Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Rahsia Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?

"Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam."



Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.|Qs. Al-Baqarah: 102|

Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. EnsyaAllah anda akan dapat mengrungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.

Siapakah yang dimaksudkan itu? Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil." |Muhammad Bin Abdullah - 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.|

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?

Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya tidak!

Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.






Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).

Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.


Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang.

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason!

Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay.


Di lukisan purba Freemason!



Di Lodge Freemason!



Jata Kerabat Diraja Poland



Jata negara Croatia




Kurang Jelas Lambang tersebut? Saya zoomkan gambar di atas. Bintang di sebelah kiri dan Bulan Sabit di sebelah kanan.


Kita selalu pening memikirkan "Kenapa umat Islam susah nak BERSATU" bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!

Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah?

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".|Qs. Al-Hijr: 39-40|

Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu.


Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain. |Qs. Yusuf:106|

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
|Qs.Yusuf 108|

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.|Qs. Al-Baqarah: 120|

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.|Qs. Al-Imran: 100|

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).|Qs. Al-Baqarah: 109|

Credit : Wake Up Project - Rise Of Islam

gravatar

Rahsia Simbol "Peace"


1 2 3! Kebiasaanya kita selalu angkat tangan Peace semasa mengambil gambar. Tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang Peace itu? Ok, di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai rahsia lambang Peace!


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Richard Nixon


Winston Churchill


Yasser Arafat

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya berasal dari simbol gerakan Illuminati!!. Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati(pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives”(Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan(Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian(antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past(Palang kanan), Present(Palang tengah) dan Future(Palang kiri).

Credit : Wake Up Project - Rise Of Islam

gravatar

Agenda Illuminati Dalam Harry Potter And The Deathly Hallows?

Oleh : Muhammad Jamal
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
[Original article by MacJay.Net]

Dalam sekuel filem ke tujuh yang juga merupakan siri penamat kepada pengembaraan ahli sihir remaja ini, Harry Potter terpaksa berdepan dengan cabaran terbaru apabila dia harus mengumpulkan kesemua Horcrux yang mengandungi nyawa Lord Voldermort, sebelum berupaya menghapuskannya.

Memang sukar bagi Harry kerana dia sendiri tidak tahu di manakah benda itu berada serta bagaimana mahu melakukannya. Namun itulah misi yang harus dilakukannya dalam siri ini.

Sesudah 13 tahun sejak buku pertama dilancarkan dan sedekad selepas kemunculan filem pertamanya, Harry, Hermione Granger (Emma Watson) dan Ron Weasley (Rupert Grint) masih berada dalam lingkungan dunia sihir mereka. Tetapi kali ini lebih lebih jelas matlamat dan arah tuju mereka, malahan, ketiga-tiganya kini semakin hampir untuk bertarung dengan musuh tradisi, Voldermort (Ralph Fiennes).

Demikianlah sedikit ulasan mengenai filem Harry Potter and the Deathly Hallows part 1 yang baru ditayang sejak beberapa minggu lalu. Namun apa yang ingin saya ulaskan secara ringkas dalam artikel MacJay.Net kali ini adalah mengenai 'mesej separa sedar' yang cuba disampaikan oleh 'tangan-tangan ghaib' melalui filem blockbuster ini. Artikel ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana blog dan laman web Melayu sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura atau Brunei.

Di alam maya, banyak forum atau blog-blog Inggeris yang sibuk membincangkan tentang satu simbol yang diterjemahkan melalui filem Harry Potter. Bagi mereka, simbol tersebut agak pelik. Apa tidaknya, dalam banyak-banyak simbol, segitiga yang mempunyai garisan di tengah dan bulatan yang menjadi pilihan pihak produksi. Selain itu, rata-rata mereka ini menyamakan simbol tersebut dengan simbol pertubuhan rahsia Yahudi yakni Illuminati. Simbol tersebut (segitiga) disampaikan melalui watak yang dipegang oleh aktor Rhys Ifans (Xenophilius Lovegood).


Xenophilius Lovegood sedang melukis simbol segitiga

Bandingkan gambar ini dengan dua gambar dibawah
Jika dilihat pada simbol diatas, ia hampir menyerupai simbol Illuminati yang seperti mana kita tahu boleh dilihat dibelakang wang kertas dollar Amerika. Simbol segitiga sememangnya boleh dilihat dengan jelas oleh penonton. Walau bagaimanapun, apabila diteliti terdapat perbezaan pada bahagian tengahnya. Lihat gambar dibawah.
Inilah simbol Illuminati. Sekarang, perhatikan gambar dibawah..
Garisan merah ini telah membentuk satu simbol yang wujud didalam filem ini
All Seeing Eyes dalam LOTR juga menampilkan bentuk 'anak mata' yang 'panjang' hampir membentuk sebuah garisan
Ia sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk memikirkannya (perbezaan kecil pada kedua-dua simbol). Seperti yang kita tahu, Illuminati dan lain-lain pertubuhan rahsia Yahudi gemar bermain dengan simbol-simbol. Mereka juga gemar menyampaikan 'mesej separa sedar' kepada umat manusia lainnya sebagai salah satu kegiatan dakwah mereka bagi mencapai hasrat utama mereka yakni New World Order yang mana akan membuatkan seluruh dunia akan 'tunduk pada hasrat mereka'. Bagi sesiapa yang pernah mengkaji rahsia disebalik Wawasan 2020 dan Israel 2020 pasti anda akan mudah memahaminya. klik di sini

David Yates, pengarah Harry Potter and the Deathly Hallows part 1
Secara ringkasnya, simbol tersebut telah diterjemahkan oleh pengarah ke dalam hasil karya JK Rowling melalui sebuah filem yang menjadi santapan seisi keluarga. Ibu bapa termasuk anak-anak ramai yang menonton filem ini. Bagi mengelakkan 'mesej separa sedar' mereka menjadi perbincangan hangat dikalangan masyarakat, pihak produksi telah mengambil keputusan untuk mengubah 'reka bentuk' dibahagian tengah simbol Illuminati itu. Jika dilihat dengan teliti, filem Harry Potter kali ini nampaknya agak 'gelap' sedikit berbanding filem-filem terdahulu seperti komen yang diberikan oleh wartawan berita harian. [klik di sini] Mengapa ya? Jika anda ingin mengetahui jawapannya, bukalah mata (hati) anda dan gerakkan minda anda untuk cuba memahami semua 'tipu daya (konspirasi)' syaitan di akhir zaman ini.

<div class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <img src="http://s.ytimg.com/yt/img/pixel-vfl3z5WfW.gif" class="icon master-sprite" alt="Alert icon"> <div class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> </div> Berikut adalah lain-lain gambar yang boleh kita perhatikan secara mendalam isi tersiratnya:

Satu adegan didalam pejabatnya, apakah yang sedang dilihat oleh Dumbledore?
Azkaban Prison
Salah satu babak dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone. Lihat dalam bulatan!
Simbol Satanic pada gaya rambut Harry Potter
Lihat pada 'hujung' huruf 'P' dan bandingkan dengan gambar diatas
Agaknya apakah yang dipegang oleh Daniel Radcliffe dalam filem pertama Harry Potter ini?

Credit: MacJay

gravatar

Secret Sign - Facebook Insignia?

|Mark Zukerberg|

Facebook merupakan laman sosial yang sangat digemari kerana keramahan serta pelbagai guna dalam menghubungkan jaringan persahabatan dengan teman-teman di seluruh dunia tidak kira masa dan tika. Facebook di asaskan oleh seorang anak muda yang bernama Mark Zuckerberg, dia juga merupakan CEO facebook. Sekadar mengajak anda untuk melihat lebih dekat siapakan Mark Zuckerberg dan facebook itu sendiri.

|Mark dan jaketnya|

Jika kita selalu mengikuti perkembangan Mark Zuckerberg ini, kita akan dapat melihat beliau sering mengenakan jaket bertudung atau dalam bahasa inggerisnya hoodie. Pada jun yang lalu suatu temuramah diadakan Rancho Palos Verdes, California, disana anak muda ini menyingkap rahsia disebalik jaket yang dipakai olehnya. Ternyata jaket itu menarik perhatian si penemuramah.

|Insignia Facebook di dalam jaket Mark|

Apabila dibuka didapati terdapat simbol berbentuk bulatan berserta anak panah yang menuju enam penjuru arah mata angin. Mungkin ia sekadar kebetulan. Jika kita mencamtumkan titik pusat keenam-enam penjuru arah mata angin kita akan mendapati ia akan membentuk star of david.

|Facebook Insignia|

“Apakah logo ini, apakah kamu mengikuti sebarang ritual penyembahan,” kata penemuramah sambil melihat jaket milik Zuckerberg.|sumber SFWeekly|

Si penemuramah juga menambah bahawa logo yang terdapat di jaket itu mengingatkan dia pada simbol illuminati. Sementara Gawker.com menambah bahawa simbol itu juga mempamerkan wajah iblis Beelzebub pada mitos Yahudi.

|Logo illuminiti|

|Beelzebub dan insignia facebook sama tak?|

|Star Of David|

Seperti yang telah kita semua ketahui Zuckerberg berasal dari keturunan keluarga Yahudi-Amerika, Edward dan Karen Zuckerberg. Ketika belajar di Universiti Havard, Jejaka yang kini berusia 26 tahun menyertai organisasi persaudaraan yahudi iaitu Alpha Epsilon Pi, sebuah organisasi persaudaraan Yahudi. Maklumat lanjut mengenai AEPi klik di sini

|AEPi|


|Mark dan abangnya|

Walaupun begitu, masih belum terdapat bukti-bukti yang cukup kuat terdapat ritual-ritual rahsia yang dilakukan oleh kelompok illuminati, di Facebook.

Menurut Mark Zuckerberg, logo tersebut hanya mengambarkan misi tidak rasmi Facebook, kerana tulisan pada logo itu sama seperti yang selalu ditekankan oleh Zuckerberg. “Facebook, Making the World Open and Connected.”

Jaket ini telah pun memasuki pasaran pada Jun yang lalu di e bay.com dan ianya terhad dengan harga sekitar USD 2.550 atau RM 7.870 sahaja. Selamat bermuka buku(facebook) semua.

Credit : Wake Up Project - Rise Of Islam

gravatar

Apa Kata 'Encik Google' Tentang Israel?

|"Encik Google" dari United Kingdom|

|"Encik Google" dari Malaysia|

|"Encik Google" dari Brunei|

|"Encik Google" dari India|

|"Encik Google" dari Indonesia|

|"Encik Google" dari Australia|

Jika tidak percaya anda boleh cuba sendiri...