Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Jom Download : Raya Tak Jadi (2011)


Release Date:

Sinopsis: Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

gravatar

Boleh Ke Berkuku Panjang ?


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodohatau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

gravatar

Software Penting Untuk PC


Bagi beginners, cuba cari software2 ni dan install dalam pc.

ANTI VIRUS
Kalo Free guna AVG je
Yang Paling Bagus: Kaspersky
Tak kisah antivirus ape, janji virus definition mesti up to date.

SOFTWARE REMOVE SPYWARE
Free dan paling bagus
Ad Aware SE Personal
Sypbot Search n Destroy
Nota: Sotfware diatas dapat bantu detect spyware yang tidak dapat dikesan oleh Anti Virus

WINZIP ATAU WINRAR
Guna untuk extract file zip dan rar.

SOFTWARE DEFRAGE
Untuk menyusun file2 dan sekaligun melajukan PC anda
Paling bagus Perfect Disk dan Disk Keeper.

SOFTWARE REGISTRY
Untuk delete / repair file registry
Boleh cuba CCleaner, Registry Booster atau Registry Mechanic.

BROWSER
Selain IE, leh guna Mozila FireFox. Tapi bagi aku, setakat ni yang terbaik adalah Lunascape.

SOFTWARE KESAN PROBLEM PC
Hijack This
-Scan guna software ni dan result log dia pastekan kat forum PC troubleshooting.
Pakar akan bagitau ape problem PC anda.

SOFTWARE MAKLUMAT PC
Guna SIW atau SISANDRA
Bleh tau detail ttg PC anda.

MULTIMEDIA
Try Korea Media Player (KMP) atau VLC Player..leh main banyak codec macam FLV, RM dan Quick Time punya files

FIREWALL
Cuba try Jetico Personal Firewall - test leak pass.
Free dan low memory.
Tapi mula2 memang leceh sebab asik kena allow2 je.

Selamat Mencuba...

gravatar

Jangan Menjilat Gam Sampul Surat Anda


Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan
bengkak biasa.

Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.

Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya.Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat."

"Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"

"Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah."

"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

gravatar

Karangan Budak Darjah 4

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

haha..buat kesimpulan korang..

gravatar

Lirik Lagu Cinta Muka Buku Najwa Latif Menghina Islam ?



KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2011: Penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang baru menempa namanya dengan lagu Cinta Muka Buku telah didakwa menghina Tuhan menerusi lirik yang dinyanyikan dalam lagu tersebut.

Semuanya gara-gara karana sebaris lirik dalam lagu itu yang berbunyi: 'itulah cinta yang satu, cinta di muka buku' yang ditulis oleh kakaknya, Syafika Latif,22. Di sebabkan sebaris lirik tersebut, Najwa Latif telah dikritik oleh beberapa pihak termasuk pengunjung laman Youtube yang menonton video muziknya. .

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan lirik yang dinyanyikan anak kelahiran Batu Pahat Johor ini kerana ia seolah-oleh telah menghina Tuhan dan mereka berpendapat cinta yang satu hanyalah pada Allah bukan kekasih.
Namun, Najwa Latif ketika dihubungi murai.com.my sekeras-kerasnya menepis dakwaan tersebut kerana dia memberitahu lirik yang ditulis itu tidak bermaksud demikian, sebaliknya apa yang cuba disampaikannya itu adalah cinta sesama manusia.

"Pertama sekali terus-terang saya dan kakak memang tiada niat untuk menduakan Tuhan menerusi lirik yang ditulisnya dan dinyanyikan oleh saya itu. Sebagai orang Islam saya tahu cinta yang agung itu hanyalah kepada Allah.

"Tetapi apa yang saya faham, yang dimaksudkan oleh kakak saya dengan lirik tersebut adalah cinta sesama manusia yang kekal hingga ke akhir hayat. Dengan maksud lain, satu-satunya cinta kekasih yang kekal hingga membawa kepada perkahwinan.

"Yelah, lagipun saya pernah dengar banyak kisah orang yang bercinta dan kenal kekasih dalam facebook kekal hingga ke jinjang pelamin.

"Tambahan pula, orang tidak boleh kaitkan lagu ini dengan Tuhan kerana lagu ini pun mengenai cinta muka buku bukan cinta pada Allah. Jadi di situ maksudnya sudah jelas," katanya yang tidak akan mengambil tindakan untuk menukarkan lirik tersebut.

Tambah Najwa lagi, dia yakin tidak semua pihak akan suka dengan apa yang dilakukan. Oleh sebab itu dia juga tidak pernah mengendahkan page Najwalatif Haters yang pernah wujud sebelum ini.
"Sehingga kini saya tak pasti siapa yang mewujudkan laman membenci saya di facebook. Bila saya dapat tahu mengenai perkara tersebut saya terus meminta nasihat ibu bapa saya.

"Mereka nasihatkan saya suapaya terima sahaja penerimaan orang kerana tidak semua orang sukakan diri dan cara kita. Bagaimanapun saya bersyukur kerana laman tersebut telah pun dihapuskan," tambah pelajar tingkatan 4 SMK Perempuan Temenggong Ibrahim Batu Pahat, Johor.

Apa yang pasti, Najwa yang mula popular lagu tersebut menerusi laman Youtube kini telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama NAR Records sejak Mac lalu.

"Saya bersyukur kerana NAR Records nampak bakat saya. Mereka yang melihat bakat saya dalam laman Youtube pada Mac lalu terus memanggil saya untuk diujibakat. Kemudian mereka setuju untuk mengambil saya sebagai penyanyi di bawah syarikat mereka.

"Selepas mereka berjaya menonjolkan lagu Cinta Muka Buka, kami kini dalam proses untuk single kedua saya yangt berjudul Carta Hati. Single kedua dijangka akan keluar pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan," jelasnya yang bakal memperlahankan aktiviti seninya mulai tahun hadapan demi menumpukan perhatian pada Sijil Pelajaran Malaysia yang akan didudukinya.

Berikut merupakan lirik penuh Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif:

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu

oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja

Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo...

Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo...

Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda

Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya

Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja

Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku

Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Sumber : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=10555&c=1&s=1

gravatar

Top 5 : Manusia Paling Berat Dunia

Dalam sejarah manusia, terdapat 5 individu yang mempunyai berat badan melampau iaitu melebihi 500kg. Baca dan lihat senarai di bawah. Ambil iktibar daripada kisah mereka dan mula amalkan gaya hidup yang sihat. Jangan makan terlalu banyak makanan berkolesterol tinggi seperti burger, KFC, pizza, semua jenis roti bakar yang dicampur dengan ayam, ikan, hotdog dan sebagainya. Rajinlah bersukan dan kawal pemakanan anda.

TOP 5

Rosalie Bradford
- Dia memang suka makan sejak kecil.
- Ketika berumur 14 tahun, beratnya mencapai 92kg.
- Ketika berumur 15 tahun, beratnya meningkat kepada 140 kg.
- Berat maksimum yang pernah dicapai adalah 544kg.
- Dia juga pernah ingin membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan berat badannya.
- Meninggal pada umur 63 tahun.


TOP 4
Walter Hudson

- Dilahirkan di Brooklyn, New York.
- Berat masimum dicapai adalah 544kg.
- Dia pernah tersekat di pintu biliknya hinggakan pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding biliknya.
- Pernah mengatakan "I just eat and enjoyed it!!!"
- Dia juga telah meninggal dunia pada umur 46 tahun.


TOP 3
Manuel Uribe

- Terlantar di katil selama 9 tahun (2001-2009)
- Pernah berkahwin pada 26 oktober 2008.
- Pernah membidas orang yang menghinanya dengan mengatakan "I am proof you can find love in any circumstances. It’s all a question of faith. I have a wife and will form a new family and livea happy life”.
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 597kg.
- Meninggal dunia pada umur 47 tahun.

TOP 2
Jon Brower Minnoch

- Gemuk sejak dari kecil.
- Ketika berumur 12 tahun, berat badannya mencecah 132 kg.
- Dia pernah dimasukkan ke hospital dan kehilangan 419 kg. Tetapi malangnya selapas keluar hospital, beratnya naik mendadak 2 kali ganda.
- Pernah berkahwin. Isterinya mempunyai berat normal dan mempunyai 2 orang anak.
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 635kg.
- Meninggal dunia pada umur 42 tahun.


TOP 1
Carol Yager

- Orang paling berat dalam sejarah manusia.
- Disebabkan dijangkiti bakteria, dia dimasukkan ke hospital.
- Dia tidak mampu untuk berdiri ataupun berjalan kerana ototnya tidak mampu menampung berat badannya.
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 727kg. - Dia maeninggal pada umur 34 tahun
disebabkan penyakit buah pinggang, kegagalan organ berfungsi dan obesiti melampau


gravatar

Sifat 'Terpuji' Ke Rakyat Malaysia ?




TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.


Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.



Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi


Ulasan :


Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas..

Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa..

Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tgklah gambar kt bawah ni sendiri..




Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya.. Ramai yg mengaut keuntungan mkn beras percuma stok sebulan.





Hahh atas ni pulak kes jip eksiden bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai dtg 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa..

Tapi yang peliknya kat bawah ni
...





PASAL APA TAK DA SAPA NAK KUTIP??
Sedangkan keenam² gambar di atas HARAM..


gravatar

Jom Download : Bini-Biniku Gangster (2011)




Release Date:

Synopsis:Ali Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


Download MKV File


PART1 | PART2

PART1 | PART2

SINGLE LINK

SINGLE LINK



Download AVI File

PART 1 | PART2 | PART3 | PART4

PART1 | PART2 | PART3 | PART4

SINGLE LINK

SINGLE LINK