Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

8 Games Yang Menghina Islam

[Image: devilmaycry3pr0.jpg]

1) Devil May Cry 3

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

[Image: 2351656886_bc1b83f654.jpg]

Image has been scaled down 25% (605x454). Click this bar to view original image (800x600). Click image to open in new window.
[Image: kaabah+door.jpg]

[Image: 2351220091_cf3b7a93df.jpg]

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

[Image: 2976282013_71806869b5.jpg]
Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut.

[Image: Pintu+Kaabah.jpg]
Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying

Image has been scaled down 6% (605x724). Click this bar to view original image (640x765). Click image to open in new window.
[Image: 936full-clive-barker%2527s-undying-cover.jpg]

Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

[Image: game-undying3.jpg]

[Image: game-undying.jpg]

Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki

[Image: zackwikiqu261149.jpg]

Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.


Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia

[Image: Prince-Of-Persia-Sands-Of-Time-Front-Cover-19197.jpg]

Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


Image has been scaled down 41% (605x454). Click this bar to view original image (1024x768). Click image to open in new window.
[Image: prince-of-persia-wallpaper.jpg]

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

Image has been scaled down 6% (605x454). Click this bar to view original image (640x480). Click image to open in new window.
[Image: okmkr5.jpg]

Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader

[Image: stronghold-crusader-extreme-1.jpg]

Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

[Image: guitar-hero-3.jpg]

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

[Image: gitarkeji2.jpg]

Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

[Image: gitarkeji1.jpg]

Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap

Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

[Image: 50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo:

[Image: Copy+of+50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8) Resident Evil 4

[Image: resident_evil_4-350x279.jpg]

Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

Image has been scaled down 25% (605x595). Click this bar to view original image (800x786). Click image to open in new window.
[Image: motif.jpg]

Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

Image has been scaled down 63% (605x379). Click this bar to view original image (1600x1000). Click image to open in new window.
[Image: Resident+Evil+4.jpg]

Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

Image has been scaled down 63% (605x379). Click this bar to view original image (1600x1000). Click image to open in new window.
[Image: game_me-2009-11-21-14-48-20-04.jpg]

Zoom pada pintu tersebut

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.

[Image: The+Door.jpg]
Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Image has been scaled down 54% (605x307). Click this bar to view original image (1290x653). Click image to open in new window.
[Image: side-by-side.jpg]

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Image has been scaled down 54% (605x307). Click this bar to view original image (1290x653). Click image to open in new window.
[Image: side-by-side-with-motif.jpg]

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.

Anda Sayangkan Islam? Kongsikan Artikel Ini.

gravatar

Jom Download : Seru (2011)


Seru (2011) PPVRip AVI,MKV & RMVB Mediafire

Synopsis
Mengisahkan sebuah produksi yang membuat penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung tiba-tiba salah seorang kru telah dirasuk. Pada mulanya mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa, namun seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Tetapi kamera yang digunakan masih terus merakamkan aksi yang terjadi. Mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui? Saksikan SERU untuk mengetahui kesudahannya.

Genre
Horror

Cast
Nora Danish, Awal Ashaari, Cut Mutia

Trailer


Screenshot

Download

MEDIAFIRE

MKV V1 (777MB)
part 1- http://adf.ly/1aVGl
part 2- http://adf.ly/1aVGz
part 3- http://adf.ly/1aVHA
part 4- http://adf.ly/1aVHS

MKV V2 (332MB)
part 1- http://adf.ly/1aVrg
part 2- http://adf.ly/1aVrz

AVI (694MB)
part 1- http://adf.ly/1aVuq
part 2- http://adf.ly/1aVv6
part 3- http://adf.ly/1aVvK
part 4- http://adf.ly/1aVvZ

RMVB (322MB)
part 1- http://adf.ly/1aVsx
part 2- http://adf.ly/1aVtD

gravatar

Jom Download : Kongsi : Lu Langsi Lu Mati (2011)


Kongsi: Lu Langsi Lu Mati (2011) PPVRip AVI,MKV & RMVB Mediafire

Synopsis
Filem aksi komedi dengan tagline ‘Lu Langsi Lu Mati’ mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.

Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas

Genre
Action | Comedy

Info
http://www.imdb.com/title/tt1932660/

Trailer


Screenshot

Download

MEDIAFIRE

RMVB (266MB)
part 1- http://adf.ly/1bgvZ
part 2- http://adf.ly/1bgyh

gravatar

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Umat Islam


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...



Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

gravatar

Kenapa Ramai 'Like' Status Facebook Anda?


Baru sahaja post status di facebook, tak sampai 10 minit dah berpuluh² 'like' yang anda dapat. Post status lain kali kedua, berpuluh² lagi 'like' yang anda dapat. Post status kali ketiga pun, sama juga,berpuluh² 'like' yang anda dapat.
Itu contoh la.:).

Status di facebook memang mempunyai pelbagai fungsi. Hendak bagitahu perasaan, pendangan, melontar pendapat, cebisan rasa, marah, geram, sengaja tag kawan, menyakat, update hal politik dan pelbagai lagi dengan 1001 sebab yang tak larat aku hendak taip banyak².:)

Kalau sesuatu status itu mendapat 'like' yang banyak (anda tentukan sendiri la berapa kuantiti yang anda rasa banyak tu.:), adakah anda terpikir apakah sebab-sebabnya.?. Tak kira la korang pikir atau tidak, ini aku bagitahu apa yang aku pikir la.:)

1. Status anda ayatnya power.



Ayat dalam status anda, fuhhh... Kalau berada dalam kategori 'ayat power', memang ramai yang like. "Sesungguhnya...bla bla bla.." atau " Seseorang yang bla bla bla".. dan pelbagai lagi. Status ayat power ini, boleh jadi anda pikir sendiri atau anda copy je dari mana² tempat yang anda jumpa, memang ramai akan like.(sebab aku pun akan like klu member² post status dengan ayat power² ni.:)


2. Anda seorang yang cantik/hensem

Kalau anda seorang yang cantik, dagu runcing, pipi gebu, senyuman menawan, bibir mulus, muka bak artis korea,..Anda post apa sahaja kat status FB, konfirm.. memang konfirm berlambak 'like' yang anda dapat.:)

Status 'fuhh', berpuluh like.. Status "letihnya rini" berpuluh like.. status "hari ini makan nasi lauk ikan bilis".. berpuluh like.. Kenapa ramai like.? Sebab anda cantik.:)

Juga boleh la kalau lelaki hensem. Tetapi aku rasa lebih ramai yang like pada status perempuan cantik berbanding lelaki hensem.:)


3. Kawan anda suka klik 'like'

Kawan anda di FB pelbagai. Ada yang suka komen, ada yang suka like, ada yang suka baca dan macam². Kalau member yang suka like tu, kalau boleh semua status anda dia hendak like. Reply komen pun hendak like. Kalau sekali dua tu normal la. Ini habis semua hendak sapu.ha3


Aku rasa kalau 'like' tu boleh klik banyak kali, mungkin beratus anda dapat like dari kawan korang yang kejanya memang suka klik 'like'.:)

Hint: Ada juga yang like ni kalau berlainan jantina, bermaksud dia suka anda.:)


4. Anda seorang selebriti

Anda dikenali ramai. Bukan sahaja artis, mungkin anda selebriti di tempat kerja anda, mungkin selebriti di sekolah anda, selebriti di universiti anda. Senang cerita anda ini seorang 'selebriti'.




Pun sama, update sahaja apa status, ramailah yang akan like. Kalau selebriti sebenar, jangan cakap la.:)

5. Anda ada kawan yang ramai/sangat ramai.


Contoh:

M ada 500 orang kawan dalam FB
N ada 5000 orang kawan dalam FB.
Katakan, 1% dari kawan yang ada akan like status.

M akan dapat 5 'like'
N akan dapat 50 'like'

Impression status di feed juga bertambah. So lebih ramai kawan, kemungkinan dapat 'like' lebih banyak adalah lebih tinggi.:)


BONUS
Bilangan 'like' status anda adalah sentiasa lebih satu.

Persamaan jumlah like, Y = X + 1

X adalah jumlah kawan² anda yang like status anda.
1 adalah jumlah like yang pasti kerana anda suka like status anda sendiri.:)


(Aku jenis tak suka like status aku sendiri..hehehe..:)


Masih ragu² kenapa bilangan 'like' status facebook korang banyak?.
Atau korang ada sebab lain selain di atas.?:)

gravatar

17 Belas Kali Menipu Allah Dalam Sehari

Tatkala seseorang meminta segelas air kepada orang lain, lalu orang itu memberinya, tetapi ia malah menolak, maka disebut apakah orang seperti ini ?

Dan ketika ia meminta air lagi kepada orang yang sama sampai berkali-kali, dan setiap kali orang itu memberikan air yang dimintanya, ia malah menolaknya, maka apakah boleh ia di sebut sebagai orang gila, sombong, pendusta lagi mempermainkan?

Sah-sah saja julukan-julukan seperti itu atau yang semisalnya diberikan kepadanya. Jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia melaksanakan solat, dan mereka semua membaca al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun solat yang tanpanya solat tidak akan sah.

Mereka membacanya tujuh belas kali dalam sehari semalam. ini tidak termasuk yang dibaca dalam solat-solat sunat rawatib, yang jika dihitung jumlahnya mencapai lebih dari itu. Ertinya, mereka berdoa sampai berkali-kali pada setiap kali membaca: "Kepada-Mu kami menyembah, dan kepada-Mu kami meminta pertolongan. "(Al-Fatihah: 5).

Tetapi realitinya berbicara lain. Lidah mengucapkan, "Hanya kepada-Mu kami beribadah." Yakni, hanya kepada-Mu Kami tunduk dan hanya kepada-Mu kami patuh, mengikuti, berserah diri, dan tunduk. Kami tidak takut, kecuali kepada-Mu, kami tidak berharap kecuali kepada- Mu,kami tidak tunduk kepada hukum selain hukum-Mu, dan kami tidak takut kepada seorang pun melainkan hanya kepada-Mu.

Tetapi realitinya berbicara lain. Mereka tetap tunduk kepada manusia, bertepuk tangan buat mereka yang membuat sistem perundang undangan yang diambil dan selain sistem perundang-undangan Allah. Mereka takut ketika ada seseorang yang mengancam akan memutuskan sumber rezeki atau nyawanya. Mereka mengangkat tuhan-tuhan selain Allah. Mereka tunduk, patuh, dan takut kepada tuhan tuhan tersebut, melaksanakan perintahnya dan berserah diri kepadanya.

Hawa nafsu dan keinginan, isteri-isteri, harta, pakaian, pangkat, dan seluruh perhiasan duniawi, adalah tuhan-tuhan mereka selain Allah. Namun demikian, mereka tetap mengucapkan lebih dari tujuh belas kali dalam sehari semalam: "Hanya kepada-Mu kami menyembah."

Mereka juga mengucapkan, "Dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan." Ertinya: "Kami, wahai Rabb, jika terkena musibah, bencana, sangat memerlukan-Mu, kerana kami sangat lemah, kami tidak datang kepada seorang pun selain Engkau untuk meminta tolong dan membebaskan kami dari bencana itu."

Tetapi realitinya berbicara lain. Jika tertimpa bencana atau kesulitan, mereka datang kepada sesama makhluk sebelum sang Khaliq. Mereka berkeyakinan bahwa makhluk tersebut memiliki kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat, sementara mereka menganggap terlalu rendah untuk datang, berlindung, dan bersimpuh di hadapan Allah swt.

Selanjutnya, mereka mengucapkan, " Tunjukkanlah kami ke Jalan yang lurus. "(Al-Fatihah:6).

Yaitu jalan yang dilalui oleh para salafus saleh, para pengikut anbiya', sahabat, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia hingga hari kiamat kelak. Tetapi realitinya berbicara lain. Mereka tetap terus berbuat maksiat, seperti riba, zina, memandang sesuatu yang diharamkan oleh Allah, berdusta, ghibah, namimah 'mengadu domba', menipu, dengki, mempertuhankan dunia, dan tidak berpegang teguh pada agama, lalu hidayah seperti apa yang mereka kehendaki.

Apakah ini bererti bahwa jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia berdusta di hadapan Allah dan menipu-Nya 17 kali dalam sehari semalam?

Keadaan mereka itu tidak berbeza dengan "orang gila" yang meminta air kepada kawannya dan ketika air itu diberikan ia malah menolaknya. Apakah itu merupakan kebiasaan yang mendarah daging sehingga memisahkan hubungan antara perkataan dan perbuatan? Ataukah itu kebiasaan berbohong yang menyelimuti kehidupan kita sehingga kita tidak dapat lagi membezakan antara berdusta kepada manusia dengan berdusta kepada Allah? Ataukah hal itu semacam suatu zat yang menutupi hati, semacam karat, yang membutakan mata hati manusia? Ataukah itu merupakan kemaksiatan yang membutakan hati? Ataukah semuanya itu benar? Jika benar, maka ini adalah malapetaka besar yang menimpa umat ini.

Allah berfirman:

"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan." (ash shaff : 9)


gravatar

Dan Aku Pun Hairan?

“Wahai manusia !

Aku hairan pada orang yang yakin akan kematian, tapi hidup bersuka ria.

Aku hairan pada orang yang yakin akan pertanggungjawaban segala amal perbuatan di akhirat, tapi asyik mengumpulkan dan menboroska harta.

Aku hairan pada orang yang yakin akan kubur, tapi ia tertawa terbahak-bahak.

Aku hairan pada orang yang yakin akan adanya alam akhirat, tapi ia menjalani hidupnya dengan bersantai-santai.

Aku hairan pada orang yang yakin akan kehancuran dunia, tapi ia merosakkannya.

Aku hairan pada intelektual, yang bodoh dalam soal moral.

Aku hairan pada orang yang bersuci dengan air, sementara hatinya masih tetap kotor.

Aku hairan pada orang yang sibuk mencari cacat dan aib orang lain, sementara ia tidak sedar sama sekali terhadap cacat yang ada pada dirinya.

Aku hairan pada orang yang yakin bahwa Allah SWT senantiasa mengawasi segala perilakunya tapi ia berbuat durjana.

Aku hairan pada orang yang sedar akan kematiannya, kemudian akan tinggal dalam kubur seorang diri, lalu diminta pertanggungjawaban seluruh amal perbuatannya, tapi berharap belas kasih orang lain.

Sungguh.. tiada Tuhan kecuali Aku.. dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku.

Wahai manusia !

Hari demi hari usiamu kian berkurang, sementara engkau tidak pernah menyedarinya. Setiap hari Aku datangkan rezeki kepadamu, sementara engkau tidak pernah memujiKu. Dengan pemberian yang sedikit, engkau tidak pernah mahu lapang dada. Dengan pemberian yang banyak, engkau tidak juga pernah merasa kenyang.

Wahai manusia !

Setiap hari Aku mendatangkan rezeki untukmu. Sementara setiap malam malaikat datang kepada-Ku dengan membawa catatan perbuatan jelekmu. Engkau makan dengan lahap rezeki-Ku, namun engkau tidak segan-segan pula berbuat durjana kepada-Ku. Aku kabulkan jika engkau memohon kepada-Ku. Kebaikan-Ku tak putus-putus mengalir untukmu. Namun sebaliknya, catatan kejelekanmu sampai kepada-Ku tiada henti.

Akulah pelindung terbaik untukmu. Sedangkan engkau hamba terjelek bagi-Ku. Kau raup segala apa yang Ku-berikan untukmu. Kututupi kejelekan yang kau perbuat secara terang-terangan.

Aku sungguh sangat malu kepadamu, sementara engkau sedikitpun tak pernah merasa malu kepada-Ku. Engkau melupakan diri-Ku dan mengingat yang lain.

Kepada manusia engkau merasa takut, sedangkan kepada-Ku engkau merasa aman-aman saja.

Pada manusia engkau takut dimarahi, tetapi pada murka-Ku engkau tak peduli.”

Ikhwan fillah, bersujudlah dan bertaubatlah kepada Allah SWT serta menangislah.. betapa banyak dosa yang telah kita perbuat selama ini..lihatlah betapa banyak kelalaian yang telah kita lakukan selama ini.

“Ya Allah,

kami bukanlah hambaMu yang pantas memasuki syurga firdaus-Mu, tidak juga kami mampu akan seksa api neraka-Mu, berilah hamba-Mu ini ampunan, dan hapuskanlah dosa-dosa kami, sesungguhnya hanya Engkaulah Sang Maha Pengampun, Sang Maha Agung.

Ya Allah,

dosa-dosa kami seperti butiran pasir dipantai, anugerahilah kami ampunan wahai Yang Maha Agung, umur kami berkurang setiap hari, sedangkan dosa-dosa kami terus bertambah.

adakah jalan upaya bagi kami?

Ya Allah, hamba-Mu yang penuh maksiat ini bersimpuh menghadap-Mu mengakui dosa-dosanya dan memohon kepada-Mu, ampunilah, kerana hanya Engkaulah Sang Pemilik Ampunan, bila Engkau Campakkan kami, kepada siapa dan kemana kami mesti berharap selain dari-Mu”.

“Hisablah dirimu sebelum Allah menghisabmu”.

(Ali bin Abi Talib)



gravatar

Kebencian Hari Ini,Petaka Hari Esok


Sahabat, percayakah anda, sebuah dendam dan kebencian yang ditebar hari ini membuahkan celaka bagi generasi mendatang? Mari kita tengok.

Ranjau-ranjau itu adalah sisa-sisa amarah, bekas-bekas angkara, dan jejak-jejak amuk, dan bekas-bekas kebencian. Kebencian atas penindasan dan ketidak adilan. Kebencian akan perilaku adikuasa.

Kita tak pernah tahu kapan semua itu akan tersapu bersih. Meski damai telah dijabattangankan, siapa mampu menjamin tak ada penyesalan di kemudian hari? Betapa mahalnya sebuah kebencian.

Hal ini mengajarkan pada kita untuk tidak hanya mempertimbangkan apa yang terjadi pada esok hari akibat perbuatan kita hari ini. Ketika kita membenci sesuatu, maka kebencian itu akan beranak pinak, dan akan kembali kepada kita sebesar kebencian yang kita tebarkan.

Mari tanyakan pada diri sendiri, buat apa kebencian ini? Adakah manfaatnya? Adakah akibat diesok hari buat diri kita dan anak cucu kita? Adakah jalan yang lebih baik? Karena ranjau-ranjau kebencian itu akan melukai orang yang membenci, juga orang yang dibenci. Dua-duanya sama-sama terluka.

Namun ada yang harus digaris bawahi, bahwa kebencian tidaklah sama dengan ketegasan sikap dalam menegakkan aturan dan batas-batas norma kehidupan. Kebencian lebih condong mengarah pada subjek, sedang ketegasan lebih mengacu pada perilaku dan perbuatan.

Semakin jauh kita memandang ke depan, semestinya semakin besar nilai perbuatan kita hari ini bagi kemanusiaan. Semakin berhati-hati dalam menentukan langkah dalam bertindak.


gravatar

Korang Mungkin Tak Sengaja




1)Korang mungkin tak sengaja jika..

-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..

-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

2)Korang mungkin tak sengaja jika..

-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security

*Tapi mustahil tak sengaja jika..

-Siap bawak bantal,tikar dan pakai sarung serta membaringkan badan ketika bekerja.

3)Korang mungkin tak sengaja jika..

-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..

-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

4)Korang mungkin tak sengaja jika..

-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..

-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

5)Korang mungkin tak sengaja jika..

-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..

-Terlewat hingga beberapa jam kerana jalan tren komuter jem.

6)Korang mungkin tak sengaja jika..

- Tertinggal solat kerana tertidur

*Tapi mustahil tak sengaja jika..

- Sengaja membaringkan diri anda sedangkan waktu solat dah waktu gajah (waktu dah nak habis)



gravatar

Kenapa Pelajar Perempuan Melayu Selalu Dirasuk???


Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku

diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan

tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana

salah nya........ Kita ikuti perbualan antara seorang bomoh melayu yang

mengubati gadis melayu yang terasuk itu dan syaitan yang mengganggu.

kes histeria disekolah kat Banda Seri Begawan......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa

dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk

sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.

Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu

ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu

hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun

hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari

wajah

si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua

bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang

tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

Bomoh : "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa

gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

Ketua Jin : ""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati,

Tiada Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik. Kalaulah

Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

""Aduhai... kekekeekeeee...""

Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul..... pi buat

keja cepat..

gravatar

Sajak Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari GuruSambutan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi bagi tahun ini akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Perdana Menteri Malaysia dijangka akan merasmikan majlis ini. Tema Hari Guru kali ini adalah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala tahun lepas pula ialah Guru Penjana Modal Insan Gemilang.

Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru untuk tatapan dan renungan bersama.


Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

gravatar

Blog Anti-Islam?Anti-Malay?

Pagi ini saya telah melawat blog syazelle dan tertarik dengan komen dari Habib mengenai blog dan islam (maaf, tajuk post syazelle bukan nie ya)

Saya petik komen beliau:

?Assalamualaikum fellow bloggers,
syaz dah promote blog member2 dier,sayer ni dier tak anggap member pon,x pe la,
anyway sebagai pengunjung setia blog ni, saya bukan nak promote blog,tapi nak bagi tahu tentang salah satu blog yang diwujudkan bagi menyemai idea menghapuskan kewujudan ISLAM di muka bumi ini.Kandungannya agak melampau.Penuh dengan racism dan hatred.
Ader jugak mereka kutuk negara kita malaysia pasal isu murtad Lina Joy.
Mereka ini sebenarnya yang perlu kita bendung.Mereka mengaku konon penganut setia agama Kristian dan Yahudi serta menghina Nabi Muhammad dan Allah.
Tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan apa yg terkandung dalam agama Kristian,mereka lakukan seks di luar nikah dan bunuh orang sesuka hati.
Mereka ini menggunakan agama untuk menyemai kebencian.
Blog ini sangat bahaya kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam.
Mereka dengan begitu cerdiknya mempersoalkan kepincangan yang berlaku dalam umat islam hari ini.
Mereka mempersoalkan kemiskinan,seruan jihad daripada Tuhan untuk menentang kafir dan pelbagai lagi masalah yang melanda umat Islam.
Saya menyeru kepada anda dan diri saya sendiri supaya kita muhasabah balik apa yang berlaku sekarang ini kepada umat islam.
http://pedestrianinfidel.blogspot.com/

Saya juga nak memperkenal anda kepada satu blog anti-Melayu yang dibuat oleh Cina.Memang saudara akan lagi sakit hati kalau baca
http://maobi.blogspot.com/ ?

Apabila melawat blog yang diberikan oleh habib iaitu http://maobi.blogspot.com/ dan http://pedestrianinfidel.blogspot.com/, timbul perasaan marah dan geram pada perasaan saya. Ya, sangatlah marah!

Namun saya baca satu persatu post terutama diblog maobi kerana blog tersebut ditulis oleh orang Malaysia sendiri tetapi cina. Dan bila diperhatikan dibahagian komen blog tersebut, tertera nama murtad_girl. MasyaAllah, lihatlah betapa beraninya dia!

Saya kira golongan sebegini sukar diubati lagi. Bila ada blog yang saya lawati menjatuhkan Islam, InsyaAllah saya akan post kan komen tetapi bila terjadi perang mulut maka saya gunakan konsep ?Aku dengan agamaku, kamu dengan agamu?

Hal ini juga menyedarkan saya bahawa penggunaan blog pada masa kini juga boleh mendorong kepada hal-hal yang tidak elok. Ini berbalik kepada konsep, niat dan cara. Niat kita hendaklah ikhlas,benar dan wajib juga menggunakan cara yang betul.

Blog boleh menjadi senjata kepada golongan kafir tetapi jangan lupa bahawa kita, orang Islam juga mampu berbuat demikian. Caranya?

Saya berpendapatan perlu wujudnya satu ruangan khas disetiap blog untuk sembang isu semasa dan diletakkan isu mengenai isu-isu keIslaman atau isu semasa tidak kira apa-pun konsep blog: tidak kira blog anda adalah blog tutorial, blog bisnes, blog video mahupun blog bergambar. Apabila jumpa sahaja post berkaitan, terus reply diblog sendiri menggunakan fungsi backlink(jika blogspot). Beri ruang kepada anda bersuara. Saya tidak menggalakkan komen diblog tersebut kerana dengan satu klik, komen anda boleh terpadam.

Timbul juga kesedaran di hati saya untuk menyertai komuniti blog islam. Saya pasti ada dan saya akan cari, inikan dunia serba canggih. Jika tidak mampu berikan komen sekalipun, saya akan baca post mereka. Itupun jadilah.

Bagaimana dengan reaksi anda?

gravatar

Jom Download : Rio (2011)


Rio (2011) R5 MKV Mediafire

Synopsis
When Blu, a domesticated macaw from small-town Minnesota, meets the fiercely independent Jewel, he takes off on an adventure to Rio de Janeiro with this bird of his dreams.

Genre
Animation | Adventure | Comedy

Info
http://www.imdb.com/title/tt1436562/

Trailer


Screenshot



Download

MEDIAFIRE

RMVB (272MB)
part 1- http://adf.ly/1CpjF
part 2- http://adf.ly/1CpkR

gravatar

Jom Download : Dalam Mihrab Cinta (2010)


Dalam Mihrab Cinta (2010) VCDRip MKV Mediafire

Synopsis
Di sebuah pesantren di Kediri, ada seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Herlino) yang rela meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman demi tekadnya untuk belajar menuntut ilmu dan bergabung dalam pesantren.Kehidupan dalam pesantren membuatnya dekat Zizi (Meyda Sefira), seorang putri pemilik pesantren yang sebelumnya pernah menolong Syamsul saat dia dijambret di kereta.

Namun semuanya tidak berjalan dengan lancar, Syamsul kemudian dituduh mencuri oleh Burhan (Boy Hamzah) sahabatnya sendiri di dalam pesantren.Hal ini membuatnya jatuh, dia diusir dari pesantren dan keluarganya sendiri pun sudah tidak mempercayainya lagi dan menganggapnya sebagai seorang penjahat.Sehingga akhirnya dia menjadi seorang pencopet sungguhan, akibat tidak kuat menahan rasa laparnya.

Di tengah semua masalah dan kekacauan dalam hidupnya ini, Syamsul masih tetap diberikan jalan oleh Tuhan untuk melakukan tobat.Dia dipertemukan kembali dengan seorang gadis soleha bernama Sylvie (Asmirandah), dan dari sini kehidupannya berubah.Syamsul berhasil menjadi seorang guru ngaji dan belum lama ini dia mendapat tawaran untuk menjadi seorang Ustad pengisi acara dalam sebuah acara televisi swasta, kepercayaan orang-orang terhadap dirinya pun sudah mulai pulih perlahan-lahan.

Apakah ini semua berarti Syamsul berjodoh dengan Sylvie yang telah mengubah hidupnya ? ataukah Zizi cinta pertamanya yang sempat kandas ?

Genre
Drama

Cast
Dude Harlino, Asmirandah, Meyda Safira, Tsania Marwa

Trailer


Download

MEDIAFIRE MKV

CD 1 (216MB)
part 1- http://adf.ly/1N9Ca
part 2- http://adf.ly/1N9DB

CD2 (240MB)
part 1- http://adf.ly/1NhTN
part 2- http://adf.ly/1NhUG

gravatar

Jom Download : Senjakala (2011)


Senjakala (2011) PPVRip AVI,MKV & RMVB Mediafire

Sinopsis
Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.

Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri.

Genre
Horror

Pelakon
Zahiril Adzim, Liyana Jasmay, Faezah, Roslan Saleh, Aida Aris, Ruminah Sidek, Eizlan Yusof, Erin Malik, Shahronizam Noor, Abu Bakar JUah, Kamal Adli, Zed Zaidi.

Trailer


Screenshot



Download

MEDIAFIRE

AVI (700MB)
part 1- http://adf.ly/1MbF8
part 2- http://adf.ly/1MbFl
part 3- http://adf.ly/1MbFy
part 4- http://adf.ly/1MbG6

MKV (296MB)
part 1- http://adf.ly/1MmJK
part 2- http://adf.ly/1MmJd

RMVB (271MB)
part 1- http://adf.ly/1MhnS
part 2- http://adf.ly/1MhoQ