Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniah







gravatar

FIFA World Cup & Olimpik Yang Penuh Unsur Zionisme

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.


2,3 hari ini saya ada mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa pada logo FIFA Worl Cup Afrika Selatan tahun ini terdapat unsur-unsur freemason dan zionisme. Namun, hari ini baru saya sempat melihat dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Sedang membaca di blog Ust Shaari saya membuka video tersebut di youtube, dan terdapat video yang berkaitan dengan Fifa. Jadi saya sertakan sekali beberapa maklumat tambahan yang saya perolehi hasil cari di Internet.

Dan beberepa penemuan agak mengejutkan namun sudah boleh dijangka kerana saya telah menonton dokumentari The Arrival yang telah membongkar unsur anti-tuhan dan gerakan freemason yang telah menguasai dunia dan sedang belegar-legar disekeliling kita dan tanpa kita sedari ia boleh juga berada didalam dan pada pakaian kita. JAdi berhati-hati dengan setiap tingkah laku dan barangan yang kita gunakan.




World Cup 2010 pujaan dunia bermula 11 Jun ini. Saya sendiri sedang tercari-cari pasukan pilihan. Yang penting, dalam keghairahan menonton dan demam bolasepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan The Committee of 300 ketika dunia menumpu pada South Africa.

Seperti UMNO dan BN yang sering mengalihkan tumpuan petugas-petugas pilihanraya setiap kali menjelang Pilihanraya Umum dan Kecil dengan menghantar berpuluh-puluh bas yang dikatakan pengundi hantu. Maka, zionis @ Israel laknatullah lebih-lebih lagi mahu mengalihkan tumpuan ummat manusia dan ummat Islam kepada bola daripada melakukan kerja-kerja yang lebih berfaedah.

Jahbulon was a ritual freemasonic god. Jahbulon represents the devil.

Horus was a popular Egyptian god who was the son of Osiris and Isis. Osiris and Horus were both solar deities. Osiris was the setting sun, Horus the rising sun. The Pharoah was considered to be an incarnation of Horus (also known as “Amen-Ra,” the sun god). The story of Horus can be found in “The Egyptian Book of the Dead (also known as the “Papyrus of Ani”) written over 3,000 years before the birth of Jesus.







2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah 'presented' plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Shekh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.



The Global Voice of the Jewish Community desak Amerika putuskan hubungan dengan Anwar krn isu APCO. Ini bererti, DSAI perlu 'bersedia' dgn risiko nyawa krn mata2 Mossad sdg memburu.


Ini pandangan saya yang logo olimpik jika dibaca mengikut turutan boleh juga menghasilkan perkataan ZION.


Sumber Asal : Ust Shaari.

gravatar

Trend Selipar CROCS

Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Malah kat SARJANA sendiri ia sudah mula menjadi trend.Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.
Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.
Kalau entri di isuhangat semalam berkaitan kucing ada kalimah Allah, oklah. Ini benda ciptaan manusia yang kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam
Ini adalah logo crocs yang ori..




Ini pula logo crocs yang dimaksudkan
kasut crocs

gravatar

Iron Baby : Filem Terbaru???

Bagi sesiapa yang baru sahaja menonton filem Iron Man 2, tentunya terkejut mendengar berita ini. Manakan tidak, baru sahaja Iron Man 2 ditayangkan bulan lepas, tup² keluar pula khabar angin filem seterusnya akan ditayangkan lagi, kali ini Iron Baby pula. Langsung tiada publisiti, main hentam je nak tayang.



Filem ini dikuatkan lagi dengan trailer yang terlepas ke pengetahuan umum.
Sila tengok video dibawah untuk mengesahkan wujudnya Iron Baby ini.



Bagaimana, sudah habis tengok trailer filem ini.?
Tentu mendebarkan bukan.?
Kalau tidak mendebarkan pun, ada ke yang geram tengok baby comel tu..:)

Sekadar hiburan semata².
kreatif juga siapa yang buat ni.:)

Korang perasan kan muka depan trailer dah macam ni.:)


Terpikir juga, kalau la filem ini betul² dikeluarkan agak²nya dapat menyaingi Iron Man 2 tak.:)

gravatar

Mukhayyam Generasi Harapan (MEGAH) 2010









Alhamdulillah,Mukhayyam Generasi Harapan (MEGAH) 2010 yang berlangsung pada 14-16 Mac 2010 bertempat di Kem Lata Perangin,Pecah Batu,Manong,Kuala Kangsar,Perak Darul Ridzuan telah tamat dengan jayanya.Kem ini disertai oleh anak-anak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dari seluruh Malaysia yang berumur diantara 13-17 tahun.

Seronok bermain air terjun


Berehat seketika...

Menunggu giliran memanjat...

Kehausan agaknya...

Stretching sebelum memulakan kembara...

Bacaan ayat suci al-Quran


Antara orang kuat program...

Kem Komanden : Faiz Lee

Fasilitator mentasmi' hafalan hadith...

Seronoknya bermain air terjun...

Salam perpisahan...

Bersemangat menasyidkan lagu tema...

Barisan fasilitator menunggu diluar dewan utama...

Khusyuk mendengar ucapan majlis penutupan...

Ucapan penghulu...

Kenangan terindah para peserta,urusetia dan fasilitator MEGAH 2010

Barisan fasilitator dan urusetia MEGAH 2010

gravatar

Saya Dah Tak Sanggup Hidup


“Pisau kat bawah bantal hari tu, untuk apa?” Saya mula memberi tekanan.

Ema terus tunduk. Tangisannya semakin kuat. Esak tangis itulah yang menjadi teman setianya sejak hubungan dengan kekasihnya mula menghadapi masalah. Esok kekasihnya akan bertunang dengan wanita lain.

“Nak buat apa dengan pisau tu?” Saya terus menekan. Ingatan saya kembali kepada peristiwa beberapa hari lalu. Jam 2.40 pagi saya dikejutkan dengan berita bahawa ada pelajar mahu mencederakan diri. Mujurlah ketika itu dia sudah terlalu lemah kerana tidak makan beberapa hari. Tindakan segera telah diambil. Namun, spot check di biliknya menemukan saya dengan sebilah pisau ‘tolak’ (pisau pemotong kertas) yang matanya sudah sedia untuk menjalankan tugasnya. Hairannya, pisau itu diletakkan betul-betul di sebelah surah Yasin!

“Saya dah tak sanggup hidup,” jelas Ema. Suaranya berselang-seli esak hiba.

“Kalau macam tu, kenapa tak teruskan je? Teruskan je lah niat ema tu!” Suara saya makin meninggi.
“Teruskan je niat Ema tu!” tekanan demi tekanan saya berikan.

Saya tak takut kerana pisau itu telah pun saya rampas! Saya rasa perlu untuk menasihat Ema dengan memberi tekanan sementelahan nasihat lembut berhemah tidak dapat mengubat kesedihannya.

Tangisan Ema semakin kuat. Akhirnya saya merendahkan suara. Saya sedarkan dia bahawa dia masih mampu untuk membuat pertimbangan yang wajar. Masih ingat pada mak. Masih ingat pada ayah. Masih ingat pada diri sendiri. Masih ingat pada Allah tuhan yang memiliki diri itu.

Ema hanya ditinggalkan kekasih. Sedangkan Ema masih setahun jagung di menara gading. Ada banyak perkara lain yang perlu menjadi keutamaan. Untuk apa ditangisi seorang lelaki yang tidak setia, yang sanggup meninggalkan Ema… Biarkan sahaja dia pergi. Pasti ada hikmahnya. Apa yang jelas, dia bukanlah lelaki terbaik untuk Ema.

“Ema, pandang mata saya,” pinta saya.
Ema terus tunduk. Tangisan sudah tidak kedengaran.

“Pandang mata saya, Ema.” Saya terus mengarah.
Saya angkat dagu Ema. Dia tetap enggan melihat mata saya.

“Pandang mata saya” Saya terus meminta.
Perlahan-lahan Ema membuka matanya. Merah dan sembab.

“Ema nampak tak anak-anak lima orang kat bawah tu. Kecil-kecil lagi. Ema tahu tak yang diorang tu anak yatim.” akhirnya apa yang saya tak suka sebut mula meniti bibir. Saya kawal perasaan.

“Ema, awak cuma hilang kekasih. Itu adalah ujian Allah. Tapi, ujian tu tak setanding dengan ujian yang Allah berikan pada orang lain. Setiap kali kita diberikan ujian, kena ingat bahawa ujian kat atas orang lain lebih berat lagi. Kita kena sabar… Sabar banyak-banyak…”
Saya terus merenung mata Ema. Beban di bahu dan beban di hati saya hanya Allah yang tahu.

“Ema hilang kekasih, tapi Ema masih ada emak ayah. Saya dah takde emak ayah. Ema tahu tak, suami saya meninggal masa saya tengah sarat mengandung lapan bulan. Mengandung lapan bulan, Ema… Dengan perut besar, anak-anak yang lain masih kecil-kecil. Masih mahu didokong, dimandi, disuap. Saya kena lalui semuanya seorang diri. Ema hanya hilang kekasih. Saya hilang kekasih, suami, tempat bergantung dan ayah kepada anak-anak. Tapi, saya kena kuat. Apa yang Allah tentukan untuk saya tak seberat dugaan yang Allah berikan pada orang lain.” air mata mula bergenang di kelopak mata saya. Saya menarik nafas panjang-panjang. Semangat dikumpul kembali.Saya mesti kuat!

Terbayang dahulu… Saya bercuti 2 minggu, kemudian kembali ke USM dan terus memberikan kuliah seperti biasa. Selepas kira-kira 40 hari suami meninggal, saya bersalin di hospital yang sama di mana suami meninggal. Berat. Terlalu berat rasanya ujian. Tapi saya perlu kuatkan semangat kerana kehidupan perlu diteruskan. Saya mengutip semangat Maryam, Hajar dan Aminah yang masing-masing sendirian melahirkan Nabi Isa, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w. Pengalaman saya yang tidak setanding taqdir buat tiga wanita itu tercatat di (http://drhasanah.com/2008/permata-baru/)

Lebih sejam saya memberi nasihat dan motivasi. Sebelum saya meninggalkan Ema sendirian di biliknya, saya tuliskan selawat syifa di atas sehelai kertas. Saya ajarkan kepadanya. Saya minta dia ulang baca berkali-kali. Selepas melihat keadaannya agak tenang, barulah saya berani melangkah keluar meninggalkan bilik tersebut.

Semoga sabar dan tabah.
Ema, usah jadikan pengalaman hidup saya sebagai panduan hidup. Ia sekadar perkogsian pengalaman. Tapi, ambillah Allah, al-Quran dan sunnah sebagai pegangan. Kalau bukan kerana Allah, al-Quran dan sunnah, saya juga pasti telah lama kecundang.

Teman penguat semangat saya ialah janji Allah s.w.t. “Maka sesungguhnya pada kesusahan akan ada kesenangan” dan juga “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan berikan untuknya jalan keluar (yang baik), dan diberikan kepadanya rezeki dari sesuatu yang tidak disangka-sangka, dan sesiapa yang bertawakkal (berserah) kepada Allah maka cukuplah baginya….(hingga akhir ayat)”

-adaptasi dari kisah benar. Nama ema bukan nama sebenar.
-kisah ini bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, tapi dengan tujuan supaya setiap kita lebih peka dengan masalah remaja dan belia kita. Bagi saya, banyak iktibar yang boleh diambil dari peristiwa ini.

gravatar

Selamatkan Gaza Atau Selamatkan Palestin?





Dunia Palestine tidak pernah sunyi daripada disebut-sebut dari dahulu hinggalah ke saat ini. Lipatan sejarah dan apa yang kelak berlaku di bumi Palestine telahpun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalam-Nya yang benar lagi membenarkan. Kaum kuffar tidak jemu-jemu melancarkan fitnah terhadap dunia Islam, kononnya umat Islam adalah pengganas. Label pengganas tersebut menjadi lesen bagi mereka untuk menghalalkan darah kaum muslim terutamanya di bumi Palestine di mana kaum muslim telah lama menanggung penderitaan sejak 1948.

Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestine sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestine ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestine. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta. Dari dahulu hingga kini, apakah natijah rundingan-rundingan ini?

Natijahnya tidak lebih daripada menghabiskan wang ke sana ke mari, membuang air liur, dan menjadi panggung wayang bagi kaum kuffar sedunia untuk bergelak ketawa melihat gelagat pemuka Islam yang pengecut. Mengapakah masalah ini berlarutan dari tahun 1948 sehingga kini? Masih tidak cukupkah masa untuk mencabut kekuasaan haram itu? Tidak tahukah kalian, wahai pemimpin, Khalifah Mu'tasim Billah hanya mengambil masa beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom terkuat setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?

Inilah budaya yang diterapkan oleh penjajah imperialis. Mereka sedaya-upaya menerapkan semangat nasionalism. Lihat, semangat nasionalis telah memisahkan tali silaturrahim kita bersama saudara kita di Palestine. Negara-negara Arab hanya mementingkan negara mereka sendiri sahaja. Apatah lagi negara-negara yang dipisahkan dengan ribuan kilometer jauh dari Palestine. Inilah dia semangat nasionalism!

Semangat nasionalism menjadi nadi kehancuran perpaduan kaum muslim! Sungguh, para pejuang nasionalis sudahpun tersesat dengan idea kapitalis yang rosak lagi merosakkan ini. Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada juga pihak yang memandang masalah ini hanyalah masalah kaum Arab. Tidak cukup dengan itu, umat Islam di Palestine yang sememangnya terpisah dengan kaum muslim lain di serata dunia, dipisahkan lagi dengan sempadan Gaza dan Tebing Barat. Justeru, ramai pihak memandang bahawa Gaza-lah yang perlu diselamatkan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Hamas. Sungguh, mereka tertipu dengan semangat asobiyyah yang sesat lagi menyesatkan.

Ketahuilah, setiap inci dan penjuru Palestine wajib dibebaskan daripada genggaman Yahudi mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum kafir harbi Yahudi di bumi Palestine walaupun sejengkal! Hanya dengan mengerahkan bala tentera ke kawasan sebesar gelang itu dapat mencabut kekuasaan Yahudi di bumi Palestine dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah! Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, apakah jawapan kalian untuk dakwaan-dakwaan umat Islam yang menderita ketika mereka mendakwa kalian di hadapan Allah kelak?! Sesungguhnya bumi Gaza, seluruh Palestine, dan bumi Islam yang lain sedang menunggu pembelaan daripada seorang Khalifah yang merupakan junnah (perisai) kepada ummat!

gravatar

Hawa : Aurat Atau Bukan?


Mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita meletakkan bahawa suara wanita, muka dan tangannya adalah bukan aurat.

Baru-baru ini isu niqab (cadur) timbul apabila Sheikhul Azhar Sheikh Muhammad Tantawi meminta para siswi Al-Azhar agar melepaskan niqab. Walaupun ada pandangan mazhab lain mengatakan suara dan seluruh badan wanita adalah aurat namun yang jelas Mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita meletakkan bahawa suara wanita, muka dan tangannya adalah bukan aurat.

Dan yang jelas lagi, tidak ada dalil Al-Quran serta hadis mengatakan bahawa suara dan muka wanita serta tangannya itu aurat sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apakah mereka sedar bahawa Allah S.W.T membenarkan para sahabat berkomunikasi dan bercakap-cakap dengan mereka (isteri Nabi) di sebalik tirai sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Bertanyalah kepada mereka dari belakang tabir yang demikian itu lebih bersih bagi hati kamu dan mereka juga.
(Al-Ahzab: 32 dan 53)

Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja."

Hakikat ini menggambarkan sebagaimana apa yang berlaku terhadap Asma binti Abu Bakar apabila Asma datang berjumpa Nabi SAW dengan pakaian jarang dan nipis. Baginda berpaling daripadanya lalu bersabda yang bermaksud:

Wahai Asma, seorang wanita apabila sudah baligh, tidak elok lagi badan (tubuhnya) kelihatan selain muka dan tangannya sahaja.
(Riwayat Abu Daud)



Demikian juga kaum wanita itu disuruh melabuhkan (tutupkan) atas lubang tengkuknya sahaja bukan bermaksud tutup atas muka mereka. Kata Syaikh Yusuf al-Qardawi, pendapat Ibnu Abbas lebih kuat dan masyhur pada pandangan jumhur (kebanyakan) ulama, kerana katanya, banyak ayat dan hadis yang mengarahkan kaum lelaki daripada umat Islam menyekat atau menutup pandangan mata mereka, sama juga dengan kaum wanita disuruh merendahkan pandangan mata mereka.

Jika muka dan aurat wanita sudah tertutup kemas di depan mereka maka pastilah arahan tersebut menjadi sia-sia dan percuma tanpa sebarang makna dan tujuan. Pada prinsipnya suara, muka dan tangan wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya perkara tersebut memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar.

Ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr, iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan 'makhluk sosial' yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik(sesuai dan sopan).
(Surah al-Ahzab: 32)

Allah tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu. Allah melarang kaum wanita untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergugat keimanannya dan menimbulkan berahinya.

Dengan demikian, pada prinsip suara, muka dan tangan wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihat atau didengarkan. Dahulu para sahabat daripada golongan lelaki dan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah SAW tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki dan wanita yang hadir daripada sahabat-sahabat baginda. Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin.

Rasulullah SAW pernah didatangi seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah SAW dan membiarkan Rasulullah memerhatikan dirinya dari atas ke bawah, tetapi setelah tidak ada sambutan yang memberangsangkan, maka dia pun terus duduk di situ, lalu berkatalah salah seorang daripada kalangan sahabat: "Kahwinkanlah wanita ini dengan saya".

Maka Rasulullah SAW terus mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang berminat kepadanya itu.

Ini semua bukti melihat kepada muka wanita itu adalah harus dan bukan aurat. Menurut Al-Qurtubi, suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat. Demikian juga sebaliknya mereka dibolehkan membuka muka dan tangannya kerana tujuan tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki.

Ia kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati (warak), dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan 'azan' kecuali untuk jemaah wanita sahaja.

Di dalam syariat fikah, apabila seorang wanita ingin menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah, maka ia tidak boleh menegur dengan membaca 'tasbih' sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki, tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir merupakan aurat.

Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan. Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.

Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah SAW sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya.

Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu'ats. Ku lihat Rasulullah SAW berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku.

Katanya, "Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?''

Mendengar seruan itu, Nabi SAW menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata:

"Biarkanlah kedua-duanya, wahai Abu Bakar".

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut:

Suatu hari Rasulullah SAW pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata,

"Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan".

Mendengar hal itu, Rasulullah SAW bersabda:

"Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan".

Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita dan perhiasan yang zahir daripadanya bukan aurat. Rasulullah SAW juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita seperti mana ketika menerima bai'at daripada kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan dari segi syarak, baginda tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca qasidah atau syair.

Jika suara wanita itu dianggap aurat, sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.
Keterangan ayat al-Quran dan hadis, ditambah dengan kisah-kisah yang dapat dijadikan teladan pada zaman Rasulullah SAW dahulu seharusnya membuka mata fikir kita untuk tidak terus 'menzalimi dan menghukumi' wanita secara sewenang-wenangnya.