Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Showing posts with label berita. Show all posts

gravatar

Istiadat Pertabalan Agong Ke-14

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

gravatar

PETUA AGAR KERJA KITA JADI PEKERJA YANG TERBAIK DAN SUPAYA KITA TIDAK MENGALAMI STRESS KETIKA BEKERJA

Menurut seorang ulamak tasauf....antara cara untuk menjadi cemerlang di dalam kerja kita maka ada lima konsep yang mesti kita lestarikan:

،{ أولها: اختيار الشدة على النعمة ، وثانيها: اختيار الجهد على الراحة ، وثالثها: اختيار الذل على العز ، و رابعها: اختيار السكوت على الفضول ، وخامسها: اختيار الموت على الحياة}.

1- Pertamanya....memilih untuk membiasakan diri dengan budaya susah dari bersenang lenang di dalam suatu kerja.

Orang yang biasa buat kerja-kerja yang susah akan merasa senang dengan kerja yang biasa.Begitu juga orang yang biasa hidup susah akan menghargai kesenangan yg diperolehinya..setelah berjaya

2- Memilih untuk berusaha/bekerja dengan rajin daripada berehat-rehat.

Buat kerja kita sungguh-sungguh...jangan asyik cari peluang mengulat aje ye...nampak sibuk depan boss...belakang boss asyik bergayut aje macam beruk....he he he

3- Memilih merendah diri daripada menyombong diri.....

Jika kita merendah diri dan tidak sombong..... barulah teman sekerja sayang dan kasih pada kita....ingat kita bekerja sebagai satu team work..kalau tak ada sahabat kita yang buat kerjanya...jabatan kita tak akan berjaya..hatta tukang photostat di pejabat pun kalau tak ada dia kan susah...maka hargailah kerja mereka..walaupun dgn ucapan terima kasih.

4- Memilih untuk diam daripada melakukan dosa mulut.....

Banyak pergaduhan berlaku di pejabat sesama teman sekerja adalah disebabkan oleh kata-kata umpatan...kejian...isu-isu terkini....fitnah dan sebagainya....jika kita terlibat dgn kumpulan ini ..percayalah kita akan banyak membuang masa...kerana berbual kosong sehingga menjejaskan prestasi kerja kita...apatah lagi tuan badan yang diumpat pasti tak dapat membuat kerjanya dgn baik.

5- Memilih ingat mati dari hidup lama......

Mengingati mati adalah motivasi orang beriman yang ternbaik sekali...bila kita ingat mati..kita tak akan melakukan perkara yang haram di dalam kerja kita...kita tak berani menipu...ponteng...pecah amanah...rasuah...kerana secara konsepnya begini...jika kamu tidak jujur dengan kerja kamu ingat...kamu akan mati dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat iaitu kehidupan selepas mati.

Inilah lima perkara,....yang insyaalah kalau dihayati dan diamalkan ....percayalah kita akan menjadi pekerja yang cemerlang.....kalau tak percaya cubalah....

gravatar

BERITA GEMPAR !!!! TAMPARAN HEBAT UNTUK PADERI, PENDITA DAN PENGANUT KRISTIAN - Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki.

Di Ankara Turki Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vaticankerana isi didalam nya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatanganNabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan ssbelum vatican melihat nya dahulu.

Petikan dari Turkish News: www.turkishnews.com
Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turkidi Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripadaInjil asal.
Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan.

Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Akhbar Berita harian melaporkan kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripada Injil asal. Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunanNabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialahInjil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Lukedan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.


Injil Barnabas Berusia lebih 1500 tahun, Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemuiTurki ketika operasi anti penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Petikan dari Daily Mail:

Mereka pula berkata mendakwa bahawa bible yang meramalkan kedatanganMuhammad, tetapi ia tidak benar. Ini adalah kepercayaan lama yang berabad-abad, konspirasi teori oleh orang Islam

Petikan dari Macedonian Truth Forum: www.macedoniantruth.org

Terdapat biara di Turki utara Cyprus yang dipanggil sebagai biara St Barnabassebagai Rasul, yang diasaskan oleh sendiri dan didakwa mengandungi kuburnya.
Kira-kira 20 tahun yang lalu, biara ini telah dirompak oleh kumpulan yang tidak diketahui orang. Mereka digali `s lantai, dinding pada waktu malam.
Ia adalah tidak diketahui apa yang mereka ketemui dan jika mereka mencuri sesuatu yang dikebumikan di dalam ia dinding.

Seorang wartawan di Cyprus mendakwa bahawa mereka telah menemui satu salinan Injil yang sangat kontroversi St Barnabas dalam dan mencurinya
.
Kemudian manakala wartawan ini telah menyiasat isu itu, beliau telah ditembak mati.

Dari wikipedia:

Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali.

Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian.

Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zamanMaharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .

Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti.

Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16

sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

“Vatican telah didakwa mengeluarkan permintaan rasmi untuk memeriksa Alkitab yang berusia 1,500 tahun yang telah diadakan di Turki selama 12 tahun yang lalu,
http://www.huffingtonpost.com/

Injil rahsia ini di mana Isa dipercayai untuk meramalkan kedatangan Nabi Muhammad ke Bumi telah mencetuskan minat yang serius dari Vatican. Pope Benedict XVI didakwa mahu melihat buku yang berusia 1,500 tahun, yang bersuara banyak Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki untuk 12 tahun yang lalu.
http://www.dailymail.co.uk/“

Maka benarlah firman Allah:

لَّقَدۡ كَفَرَ الَّذِينَ قَآلُوا۟ إِنَّ اللّهَ هُوَ الۡمَسِيحُ ابۡنُ مَرۡيَمَ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ مِنَ اللّهِ شَيۡئًا إِنۡ أَرَادَ أَن يُهۡلِكَ الۡمَسِيحَ ابۡنَ مَرۡيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي الأَرۡضِ جَمِيعًا وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا يَخۡلُقُ مَا يَشَاء وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (17)

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam". Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

وَقَالَتِ الۡيَهُودُ وَالنَّصَارَي نَحۡنُ أَبۡنَاء اللّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلۡ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلۡ أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنۡ خَلَقَ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَإِلَيۡهِ الۡمَصِيرُ (18)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya. Katakanlah (wahai Muhammad): (Kalau betul demikian), maka mengapakah Dia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan kepada Allah jualah tempat kembali.

يَا أَهۡلَ الۡكِتَابِ قَدۡ جَاءكُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ عَلَي فَتۡرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا۟ مَا جَاءنَا مِن بَشِيرٍ وَلاَ نَذِيرٍ فَقَدۡ جَاءكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (19)

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

gravatar

Tak Tahan Asyik Diganggu Hantu Kak Limah !


MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.

Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.

Diganggu Selepas Bawa Balik Papan
“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/nasional/tidak-tahan-diganggu-hantu-kak-limah-1.14542

Karya X : Tak pasal-pasal Hantu Kak Limah yang dapat nama. :D

gravatar

Sifat 'Terpuji' Ke Rakyat Malaysia ?




TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.


Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.



Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi


Ulasan :


Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas..

Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa..

Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tgklah gambar kt bawah ni sendiri..




Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya.. Ramai yg mengaut keuntungan mkn beras percuma stok sebulan.





Hahh atas ni pulak kes jip eksiden bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai dtg 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa..

Tapi yang peliknya kat bawah ni
...





PASAL APA TAK DA SAPA NAK KUTIP??
Sedangkan keenam² gambar di atas HARAM..


gravatar

Nostalgia : Kenapa Kerajaan Melarang Bermain Mercun

LETUPAN paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor. Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua.

Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.

Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu. Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup?

Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara. Ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini. Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer.

Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan. Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar.

Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api. Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu. Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.

Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi. Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu.

Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.

Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa.

Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga rumah berhampiran kilang.

Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran.

Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah.

Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu.

Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya. Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu. Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri.

Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur! Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan.

Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak. Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun. Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu.

Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.

Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu.Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.

Tragedi Kilang Mercun 1991

Sumber : Berita harian

gravatar

Safiq Rahim Akan Ke Cardiff City


SAFIQ (kiri) bakal menyarung jersi Cardiff City dalam Liga Divisyen 2 England.

KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.

“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.

“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.

“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.

Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.

Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

gravatar

Barisan Muda Manchester United Mengganas

Selasa, 23 Ogos 2011
Source: AFP

Image © AFP
Pemain Manchester United, Anderson meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika perlawanan EPL di antara Manchester United dan Tottenhan Hotspur di Old Trafford pada 22 Ogos, 2011.

MANCHESTER, (AFP) - Danny Welbeck, Anderson dan Wayne Rooney menemui sasaran bagi membantu Manchester United mengekalkan rentak kemenangan awal musim bila menang 3-0 ke atas Tottenham di Old Trafford pagi tadi.

Dengan ketiadaan Javier Hernandez yang tercedera, Welbeck membalas kepercayaan Alex Ferguson apabila menjaringkan gol pertama United selepas sejam permainan dan sepulum minit kemudian membantu Anderson menambah jaringan pasukan tuan rumah.

Ferguon memberikan kepercayaan kepada ramai pemain muda apabila hanya Patrice Evra pemain berpengalaman di dalam kesebelasan utama United namun mereka tetap mempamerkan aksi matang dan lebih bertenaga daripada Spurs.

Rooney melengkapkan kemenangan bergaya United dengan tandukan tepat setelah menerima hantaran lintang Ryan Giggs pada minit ke-87 bagi memastikan United berkongsi tangga teratas liga bersama-sama jiran, Manchester City dan Wolves.

gravatar

Budaya Barat Serang Sekolah-sekolah Malaysia



Melalui Mickey Mouse, Astro dan berbagai saluran, institusi dan tokoh, Barat dan kuncu-kuncunya menyerang keperibadian dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Islam di sekolah-sekolah mereka.

Disamping Budaya Barat menyerang golongan belia dan dewasa di Malaysia melalui penyebaran isu-isu lucah sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak dan remaja pula diserang melalui penganjuran tarian rock, pengadilnya celebriti dari Barat. Tarikh tutup pendaftaran “My School Rocks” pada 20 Mei 2011 ini adalah menggunakan promosi ala-Mickey Mouse yang mendapat tempat dalam minda ramai kanak-kanak sedunia.


Jika tidak kerajaan, Rakyat haris bangkit menentang serangan Budaya Barat yang merosakkan generasi.

Dari penganjuran ini dapat disimpulkan beberapa perkara :

  1. Golongan kanak-kanak dan remaja menjadi salah satu sasaran pihak Barat untuk merosakkan umat Islam dari dalam terutama melalui penghakisan identiti dan jatidiri mereka sebagai umat Islam.
  2. Penganjuran yang boleh merosakkan akhlak dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Melayu Islam masih mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran sendiri terlibat secara langsung.
  3. Mickey Mouse dengan ini bukan sahaja satu entiti yanag mengeluarkan produk filem kartun, akan tetapi ia adalah satu badan yang berfungsi lebih dari itu iaitu menganjur dan mempromosikan program-program yang bertentangan dengan Islam kearah merubah keperibadian dan jatidiri salah satu golongan terpenting dalam masyarakat iaitu kenak-kanak dan remaja, generasi masa depan.


Majlis ulangtahun kelahiran atau Happy Birthday. (Foto Hiasan)


Generasi ala-Barat di Malaysia bukan lahir secara tiba-tiba. Ia dibina sejak dari alam kanak-kanak dan remaja, samada dari latarbelakang keluarga atau dari dokongan penguasa atau kedua-duanya sekali. Barat sentiasa mencari pintu-pintu masuk dari berbagai sudut, masa dan kesempatan.

Dengan ini kita mengajak semua pihak terutama pihak Kementerian Pelajaran, guru-guru besar, para pengetua, jabatan-jabatan agama dan para ibu bapa penjaga agar :

  1. Merasakan kepentingan pendidikan Islam yang sejati dan sebenar terhadap golongan kanak-kanak dan remaja, sentiasa menganjurkan program-program Islam didalam maupun di luar premis sekolah, kearah membina generasi harapan Islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang dihari muka.
  2. Bangkit, membantah dan menentang pertandingan tarian rock antara sekolah-sekolah anjuran Mickey Mouse dan sekutu-sekutunya yang tarikh tutupnya ialah 20 Mei 2011 ini dan penganjuran-penganjuran sedemikian selama-lamanya. Bekerjasama dalam apa sahaja bentuknya adalah satu dosa, kesalahan dan jenayah terhadap agama dan generasi umat akan datang. Mengenalpasti pihak-pihak yang terbabit dan membawa mereka kemuka pengadilan dan tindakan disiplin.
  3. Menarik lesen syarikat Mickey Mouse, sekutu-sekutunya dan segala produknya dengan penganjuran di atas membuktikan bahawa ia adalah satu entiti yang bermatlamatkan menghakis keperibadian Melayu Islam yanag menjadi tunggak kekuatan umat di rantau ini, dan seterusnya ia cuba menerap dan membudayakan nilai-nilai Barat yang bertentangan sama sekali dengan Islam.



Jemaah Islam dituntut agar tidak berputus asa dan terus kental berhadapan dengan tsunami Budaya Barat yang mendapat dokongan moral dan material dari berbagai pihak yang berkepentingan duniawi. Jalan terbaik ialah dengan membina individu-individu disekolah-sekolah, membina keluarga-keluarga didalam masyarakat dan generasi Islam sejati didalam negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran yang bergerak dan berperanan ditengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak, lalu mereka membetulkannya dengan petunjuk Al-Quran.

Kita berdoa kepada Allah swt agar Dia sentiasa menyelamatkan umat ini dari mara bahaya serangan ketenteraan, ideologi dan budaya musuh-musuhNya dari Timur dan Barat. Ameen.

gravatar

Keputusan SPM 2010 Dikeluarkan Pada 23 Mac 2011



Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.

Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.

Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.

gravatar

Bahana Shisha - Shisha 400 Kali Lebih Bahaya Berbanding Rokok (Bahagian 2)


Antara 45 minit sehingga satu jam, itu tempoh purata yang dihabiskan penghisap shisha pada satu-satu masa. Tapi tahukah anda, tempoh itu bersamaan menghisap 50 hingga 70 batang rokok?

Ikuti bahagian kedua laporan "Bahana Shisha" bersama Siti Khadijah Jaafar.

Berbanding rokok, shisha menggunakan jumlah tembakau yang banyak. Tidak hairanlah kandungan nikotin, karbon monoksida dan bahan kimia lain, berkali ganda tingginya.

Dr Sallehudin Abu Bakar/Pengarah Kesihatan DBKL
"Kita boleh tengok dari segi asap yang dihasilkan oleh penghisap shisha itu sendiri bahkan dia boleh memenuhi satu ruang kita boleh nampak jadi karbon monoksida ni kita tau kesan dia kepada kesihatan iaitu dari sifat kimia karbon monoksida yang bercompete dengan hemoglobin badan untuk mnerima oksigen."

Siti Khadijah Jaafar/sitikhadijah@tv3.com.my
"Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO menyatakan penghisap shisha menyedut 50 hingga 200 sedutan dalam masa 20 hingga 80 minit dan dianggarkan sebanyak 0.15 hingga 1 liter asap disedut."

Kanser mulut, paru-paru, dan kecatatan janin - antara yang menanti. Berkongsi paip shisha juga boleh menyebabkan jangkitan kuman serta risiko penyakit tibi.

Selain aspek kesihatan, amalan menghisap shisha turut mendapat perhatian dari sudut agama. Kajian mengenai hukum amalan ini sedang dijalankan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM.

Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz/Pengarah JAKIM
"Dari segi label hukumnya samada dia makruh atau haram tapi makruh atau haram dalam konteks ini sebenarnya bukan persoalan penting persoalan semangat syariah ialah dia membawa mudarat, memang benda mudarat ditegah samada pada tahap makruh atau pada tahap haram. Makruh ni benda yang Allah benci, Allah tak suka jadi mesti kita elak."

Sehingga kini, Melaka dan Kelantan mengharamkan penggunaan shisha secara terbuka.

Credit:TV3

gravatar

Bahana Shisha - Shisha 400 Kali Lebih Bahaya Berbanding Rokok (Bahagian 1)


Hookah, okka, nargeela atau argeela, nama yang berbeza tetapi merujuk benda yang sama...shisha.

Di negara ini, sejak diperkenalkan 10 tahun lalu, trend menghisap shisha terus jadi ikutan namun, yang tidak diketahui atau diambil mudah, kesan kesihatannya kepada pengguna. Ikuti kupasan Siti Khadijah Jaafar.

Sama seperti rokok, bahan asasnya ialah tembakau. Bezanya shisha menggunakan penuras air serta haba dari pembakaran arang. Untuk menikmatinya, shisha disedut melalui saluran ini. Lebih 30 perisa tembakau termasuk strawberi, mangga, pudina dan limau ditawarkan.

Siti Khadijah Jaafar/sitikhadijah@tv3.com.my
"Dahulu shisha dihidangkan di hotel-hotel mewah dan di restoran makanan di negara timur tengah. Kini dengan harga antara RM10 hingga RM15 ia mudah didapati serta menjadi pilihan muda mudi masa kini."

Di Malaysia, perniagaan shisha tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kini, shisha tidak lagi terhad di restoran arab malah turut ditawarkan di medan selera.

Peniaga
"Dia kalau ada sambutan orang ramai ada time football season ke hari minggu ke memang pack sini."

Melepaskan tekanan antara alasan pengguna menghisap shisha.

Pelanggan
"saya isap shisha tu rasa seronoklah feeling lebih, penat tu isaplah. Batuk biasalah."

Pelanggan
"First time isap memang peninglah tapi second takdelah."

Dalam keasyikan, ramai yang tidak sedar mudarat shisha. Apa tidaknya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, shisha 400 kali ganda lebih bahaya berbanding rokok.

Bahagian kedua esok mengupas lebih lanjut kesan shisha kepada kesihatan dan penggunaannya dari sudut agama.

Credit:TV3

gravatar

Berhati-hati Pilih Jersey Pasukan Bola Sepak

slam beri panduan berpakaian termasuk larangan guna lambang agama lain

RAMAI meminati pasukan bola sepak tertentu dan sokongan dizahirkan dengan memiliki jersi pasukan berkenaan. Namun, disebabkan terlalu minat dan ingin dilihat sebagai sebahagian daripada pasukan terkenal itu, ada antara kita terlepas pandang beberapa aspek yang perlu dipelihara.

Ini termasuk soal pemilihan pakaian menurut Islam hingga jersi yang mempunyai simbol keagamaan seperti lambang salib kita pakai ke sana sini sehingga membawa ke tikar solat.

Menurut Ibn Abbas seperti dinukilkan daripada Tafsir Ibn Kathir, orang pertama memperkenalkan seksaan ke atas manusia dengan kaedah menyalib ialah Firaun. Sehingga pada zaman Nabi Isa, ia dipercayai oleh orang Yahudi dan Nasrani bahawa Nabi Isa disalib.

Rentetan peristiwa itu, maka salib dijadikan lambang keagamaan bagi Nasrani. Disebabkan itu juga, antara tugas yang akan dilaksanakan dengan kebangkitan Isa al-Masih pada akhir zaman ialah menghancurkan salib.

Sahih Bukhari dalam bab kisah para nabi, Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Demi Rabb yang jiwaku ini di tangan-Nya, sungguh sudah dekat saat turunnya (Isa) anak Maryam kepada kalian sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, membunuh khinzir, menghapus jizyah dan akan melimpah ruah harta benda (disebabkan keadilannya) sehingga tidak seorang pun mahu menerimanya dan sehingga satu kali sujud lebih baik baginya daripada dunia dan seisinya.”

Islam menggariskan beberapa panduan berpakaian dan ada lapan syarat digariskan ulama berdasarkan penelitian mereka berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah untuk dipatuhi iaitu menutup aurat serta tidak jarang sehingga menampakkan kulit tubuh (khususnya bahagian aurat).
Pakaian juga tidak sendat sehingga menampakkan bentuk aurat, tidak menyerupai pakaian perempuan bagi lelaki dan sebaliknya bagi perempuan, tidak berlebihan atau menzahirkan kesombongan, bukan diperbuat daripada material diharamkan dan tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasik.

Imam Bukhari dalam bab al-Libas (pakaian) memasukkan hadis Nabi SAW daripada Aisyah katanya: “Rasulullah tidak pernah membiarkan sesuatu yang bersalib dalam rumahnya melainkan beliau menghancurkannya.”

Memakai jersi yang mempunyai lambang salib atau lambang agama lain adalah satu penyerupaan dalam menzahirkan pakaian orang kafir. Ia dilarang keras dalam Islam berdasarkan kisah disampaikan Ali.

Katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka, dia bukan daripadaku.” (Riwayat Imam ar-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat)

Memakai jersi tidak menyerupai pakaian orang kafir secara khusus, namun kewujudan lambang salib pada jersi itu yang menimbulkan penyerupaan kerana salib sudah sedia dikenali sebagai lambang agama Kristian.

Seorang Muslim amat membenci kekufuran, dosa dan maksiat. Justeru, ia tidak akan reda sebarang lambang kufur atau pelaku dosa dan kaki maksiat untuk berada pada badannya atau dilihat pada pakaiannya.

Ini jelas kerana kita diminta membenci sebarang bentuk kekufuran dan kemaksiatan. Antara doa diajar Nabi SAW ialah: “Ya Allah, jadikanlah kami kasih kepada iman, hiasilah iman itu dalam hati kami, tanamkanlah dalam diri kami kebencian kepada kekufuran, kefasikan dan maksiat. Jadikanlah kami di kalangan orang yang mendapat petunjuk.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dari ‘Abid bin Fifa’ah az-Zarqi)

Perbuatan meredai kekufuran adalah dilarang, apatah lagi kita mempromosikannya. Firman Allah yang bermaksud: “Dan jangan tolong-menolong dalam perkara dosa dan pelanggaran.” (Surah al-Maidah, ayat 2)

Begitu juga Imam al-San’ani dalam kitabnya Subul al-Salam memasukkan hadis diriwayatkan Abu Ya’la daripada hadis Ibnu Mas’ud katanya: “Siapa yang reda dengan perbuatan suatu kaum, maka orang itu termasuk di kalangan mereka.”

Bahkan ada sebahagian ulama menyatakan larangan lebih keras kerana perbuatan itu melambangkan ada sembahan setanding dengan Allah seperti dinyatakan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis riwayat Bukhari berkenaan pemakaian baju mempunyai lambang salib ketika solat.

Kesimpulannya, setiap Muslim perlu menanggalkan pakaian itu malah, tidak dibolehkan baginya mengambil salib baik untuk digantungkan atau tidak digantungkan, dipasang atau tidak dipasang. Juga tidak boleh baginya menampakkan syiar itu di jalan kaum muslimin, tempat umum atau khusus dan tidak menampalkan di bajunya.

Diriwayatkan daripada ‘Adi bin Hatim, aku mendatangi Nabi SAW sementara di leherku ada salib daripada emas. Maka Baginda bersabda: “Buanglah berhala itu daripadamu.” (Al Mausu’ah al Fiqhiyah)

Ada yang akan mengatakan, setiap perbuatan itu berdasarkan niat masing-masing atau kami hanya mengenakan jersi pasukan kegemaran kerana terlalu meminati pasukan itu dan bukan untuk bermegah dengan lambang salib.

Namun, niat tidak menghalalkan perbuatan yang jelas zahirnya menyimpang daripada ketetapan agama. Apatah lagi membabitkan persoalan akidah kerana tidak semestinya tidak memakai pakaian mempunyai lambang salib menghalang anda daripada meminati pasukan itu.

Bukankah cintakan Allah itu melebihi cinta kita kepada yang selain-Nya. Atau, atas alasan ‘minat’ dan ‘sokong’ maka kita meleraikan janji setia cinta kita kepada Sang Pencipta.

*Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis

Oleh
Muhammad Asyraf
( BH Online – Ruangan Agama (2011/02/01
)

gravatar

Kisah Sebenar Di Mesir Baca Dan Sebarkan

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

kredit>sherah

gravatar

Ketegangan Di Mesir




KUALA LUMPUR - Seramai 500 pelajar Malaysia berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai semalam.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Husaini Saleh berkata, arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Januari lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.


Mereka yang sedang menunaikan solat turut dileraikan oleh tentera polis Mesir.Betapa biadapnya mereka!

gravatar

Tips Nak Jadi Imam Muda?

Audition Imam Muda musim kedua semakin hampir. Kebetulan saya terpaksa menghadiri banyak program luar. Jadi saya tidak berkesempatan untuk mengikuti Audition yang berjalan ke seluruh negara. Namun, insyaAllah saya akan menjadi sebahagian dari pemerhati untuk Audition di Kuala Lumpur.

Apakah tips untuk sesi temuduga :

1 ) Peringkat Pertama

-Anda, dikehendaki membaca Surah al-Fatihah secara berlagu. Seperti anda menjadi seorang imam solat. Tajwid suara, fasohah itu perkara yang dilihat.

-Namun kelebihan akan diberikan kepada yang mempunyai kehalusan dan kesenian dalam pembacaan.

-Antara tips untuk memilih lagu. Kebanyakkan juri lebih suka anda membaca tanpa meniru mana-mana Syeikh atau Qari atau imam-imam yang sudah masyhur. Anda akan dinilai baik, sekiranya anda mempunyai gaya bacaan tersendiri. Serta kemampuan anda untuk mempelbagaikan gaya suara dan lagu.

- Sekiranya juri tidak berpuas hati untuk menilai suara anda, maka mereka akan cuba menyuruh anda membaca surah yang lain.

- Boleh jadi mereka akan menyuruh anda bernasyid, marhaban ataupun bertarannum. Sila bersedia dengan lagu nasyid tersendiri.

2 ) Peringkat Kedua

- Anda akan diadili oleh 2 orang panel. Antaranya yang melihat gaya anda bercakap serta keterampilan anda. Ada juga hakim yang akan menilai daya keintelektualan anda dari segi pengetahuan am dsb. Ada juga hakim yang akan mengadili cara anda berhujjah dan juga menyampaikan syarahan.

- Sila bersedia untuk berucap menggunakan bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan bonus kepada siapa yang boleh berbahasa lain dari yang disebutkan tadi.

- Sila bersedia mengetahui nama-nama negara dan ibukota seluruh dunia, matawang, nama pemimpin-pemimpin negara, serta isu-isu terkini.

- Anda juga perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah yang akan diutarakan kepada anda. Gunakan pendekatan luar biasa dalam menyelesaikan masalah tersebut.

- Pastikan anda bijak bermain-main dengan kamera.

3 ) Peringkat Ketiga

- Jawab soalan yang akan diberikan kepada anda melalui borang yang tertera. Boleh jadi ianya setebal yang mungkin.

- Jawab dengan menyatakan siapa diri anda sebenar. Bukan anda menyatakan diri orang lain, ataupun malaikat untuk dinisbahkan kepada diri anda.

- Jadilah diri anda, bukan diri saya, bukan juga hizbur, nuri ataupun Aran.

Cukup sahaja setakat ini tips ringkas dari saya jika anda berminat untuk menjadi Imam Muda. Ini adalah tips menghadapi penemuduga. Namun untuk menjadi Imam Muda anda perlulah bersedia luar dan dalam. Antaranya :

- Ikhlas, bersedia untuk tidak kaya, bersedia menerima kutukan (atau kata minami dlm DOREMI, ‘tahan maki ), bersedia untuk tidak tidur malam, bersedia untuk tidak makan seharian, bersedia untuk tidur di dalam kereta, bersedia untuk senyum setiap masa, bersedia untuk jarang bersama keluarga dan banyak lagi persediaan yang tak mampur terhurai…senang cerita, hilangkan negatif, fikir positif. Anda sebenarnya MAMPU!!

- Banyakkanlah makan vitamin, jogging lebih kerap, tidur lebih cukup dan makan lebih kenyang. Kerana kemungkinan jika anda layak bergelar Imam Muda, anda tidak akan bertemu dengan saat indah seperti ini.

Senang cerita…anda masuk Imam Muda bukan untuk diri anda, namun untuk orang lain. Bukannya apa yang akanku dapat dengan Imam Muda, namun apakah yang akanku mampu beri dengan gelaran Imam Muda..Ingat, ini bukan pilihan juri semata, namun ianya melibatkan pilihan Allah SWT.

“Anda beruntung kerana anda tahu apakah itu Imam Muda dan apakah tips audition Imam Muda, berbanding kami dahulu yang redah serbu tak pakai helmet!!!…Wasalam..


Sumber:http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=228

gravatar

K.Rajagobal Mendapat Gelaran Datuk

K. Rajagobal bergelar Datuk secara rasmi esok sempena Hari Wilayah Persekutuan. Juga menerima pengiktirafan itu jirannya ketika kecil di Air Panas, Setapak, Santokh Singh.


Datuk Rajagobal dan isteri tercinta, Datin Chantra

Anugerah Datuk kepada Rajagobal bukan saja atas kejayaan membimbing anak buahnya mengutip pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam sejarah, bahkan mendorong masyarakat bersatu menyokong pasukan negara tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

"I never expected this kind of response, la Rizal," katanya ketika membawa Rajagobal dengan kereta Hondanya ke Wisma Ali Bawal awal bulan ini. Rajagobal terkejut kerana begitu ramai yang mengucapkan tahniah, mahu berjabat tangan dan bergambar dengannya susulan kejayaan Piala AFF.

Aku bertanya kepada Datin Chantra, bagaimana Rajagobal di rumah?

"Kalau dia pegang remote control TV nak tengok bola, jangan kacau. Dia ada rutin dia sendiri, cukup disiplin.

"Kalau dia balik rumah, mesti sentiasa kemas, kita tidak mahu dia stress. Kalau dia ada tugasan besar di luar negara, anak-anak pun tidak boleh ada perselisihan faham dan bergaduh kerana kita tidak mahu tumpuan dia terjejas.

"Saya juga tidak lupa bersembahyang dan berdoa kejayaan dia setiap kali ada tugasan," kata Datin Chantra yang berasal dari Pahang.

Rajagobal juga mendedahkan perkara yang sama ketika pasukan negara bertemu peminat dalam sesi yang dianjurkan Nike.

"I wish to thank my wife for her constant prayers and support, likewise to the wives and families of coach Faozi Mukhlas and Tan Cheng Hoe who also provided the support and the pillars of our strengths," said Rajagobal.

Tahniah kepada Datuk Raja...kalau berjaya di peringkat Asia, Maha Raja...

gravatar

Perak Perkenal Dinar Emas,Dirham Akhir Bulan Depan

( Foto hiasan)



IPOH, (Bernama) -- Kerajaan Perak akan memperkenalkan mata wang dinar emas dan dirham pada akhir bulan depan bertujuan mempelbagaikan bentuk simpanan kewangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata Perak sedang bekerjasama dengan Kuwait Finance House (KFH) untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian mata wang berkenaan.

"Apa yang pasti mata wang (dinar emas dan dirham) diperkenalkan Perak amat jauh berbeza dengan mata wang yang diperkenalkan Kelantan sebelum ini. Perbezaan itu akan dijelaskan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi KFH di sini hari Selasa.

Segala perincian, mekanisme serta bentuk mata wang berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti, kata Mohamad Zahir.

Dinar emas dan dirham itu akan dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama KFH (Malaysia) Sdn Bhd.

Pengerusi KFH Shaheen al Ghanem berharap hubungan yang terjalin termasuk dalam aspek nasihat kewangan serta sokongan dalam pengeluaran bantuan modal dengan kerajaan negeri dapat diteruskan pada masa depan.

"Kami juga sebenarnya dalam proses untuk melebarkan sayap perniagaan ke seluruh Malaysia dan sedang melihat kemungkinan mewujudkan cawangan di Ipoh pada masa terdekat kerana berpuas hati dengan inisiatif pembangunan yang ditunjukkan kerajaan negeri," katanya.

gravatar

Imej Bendera Zionis/Israel Dalam Setiap PC???


INILAH GAMBAR BERLATAR BELAKANGKAN BENDERA ISRAEL YANG HEBOH DIPERKATAKAN,YANG BERADA DI SETIAP PC/LAPTOP MAHUPUN NETBOOK SETIAP ORANG DIDUNIA INI..YAA..TERMASUK ANDA YANG MEMBACA SEKARANG!!


Heboh mengenai kewujudan imej bendera israel di dalam setiap pc dan laptop setiap orang yang memilikinya. Bagaimana perkara ini boleh di ketahui?..Berdasarkan dari mana aku sendiri pun tidak pasti, tapi jika dilihat betul-betul memang ada KEBENARANNYA!!..
Sebab apa aku berkata begitu??..sebab aku sendiri telah menyemak dan melihatnya..memang ADA!!..Jadi ramai yang mengatakan dan menyebarkan supaya imej tersebut di padam. Akan berlaku apa-apa kesan kah pada pc kita sekiranya ia di padamkan??..Jawapan nya aku sendiri tidak pasti, pendapat mengatakan cuma gambar sahaja.Lagipun aku sendiri sudah memadam imej tersebut. Tak la jadi apa-apa setakat ni la..
Persoalan nya, adakah benda ni, secara kebetulan atau ada agenda tertentu pihak yang tersebut??..Fikirkanla...
Bagaimana korang nak cek dan nak tengok samada dakwaan ni betul atau tak??..Ini caranya!

Buka komputer/laptop anda pada direktori C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama / bernomborJ0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.

Korang kena tengok betul perkataan yang aku bold dan highlight tu.. !!!..


Jumpa x??..korang rase nak delete x lepas korang jumpa tu?..terpulang lah, aku cuma menyampaikan, terpulang pada penerimaan masing-masing...
Pesanan aku??..kalau rasa baik, sebarkan lah kepada kawan-kawan kita..


p/s : aku bukan menyebarkan fahaman anti sesiapa, aku cuma menyebarkan...info..

Sumber:http://amani-blog4u.blogspot.com/2011/01/nabi-muhammad-dan-allah-swt-dihina-di.htm
l

gravatar

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

ade rakan blogger meminta kita sama-sama terlibat untuk membantu:

Adik Mohd Shah



Adik Hairuman

blogger ini mengambil keputusan untuk menderma seluruh royalti dari penjualan novelnya kepada adik-adik ini. bagi mereka yang berkemampuan, boleh la menyumbangkan ape yang patut atau membeli novelnya kerana royalti daripada hasil penjualan novel akan disumbangkan kepada adik-adik ini..


blogger yang aku maksudkan itu ialah ELEE MARDIANA..
untuk mendapat maklumat lanjut, boleh la ke blog dia ok..


aku tahu pasal ni pon dari blog Ben Ashaari, so tak salah rasanya kalau aku turut sama untuk menyebarkannya dan mari kita sama-sama menjayakan usaha murni akak Elee ini.


berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,
oleh itu, marilah sama-sama menghulurkan tangan meringankan beban.

ok,
chaw!!
salam