Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Showing posts with label tokoh. Show all posts

gravatar

Istiadat Pertabalan Agong Ke-14

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

gravatar

Kisah Hamba Allah Yang Pertama

Orang yang pertama menulis Bismillah :

Nabi Sulaiman AS

Orang yang pertama minum air zamzam :

Nabi Ismail AS

Orang yang pertama berkhatan :

Nabi Ibrahim AS

Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :

Nabi Ibrahim AS

.

Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :

Nabi Adam AS

Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :

Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :

Nabi Muhammad SAW

Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :

Abu Bakar AsSiddiq RA

Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:

Umar bin Al-Khattab RA

Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:

Al-Hasan bin Ali RA

Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:

Thuwaibah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :

Al-Harith bin Abi Halah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:

Sumayyah binti Khabbat RA

Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :

Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :

Saad bin Abi Waqqas RA

Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:

Bilal bin Rabah RA

Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :

Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:

Tamim Ad-dary RA

Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :

Az-Zubair bin Al-Awwam RA

Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:

Ibban bin Othman bin Affan RA

Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :

Khadijah binti Khuwailid RA

Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :

Imam Syafei RH

Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:

Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :

Muawayah bin Abi Sufyan RA

Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :

Harun Ar-Rasyid RH

Orang yang pertama mengadakan baitul mal :

Umar Al-Khattab RA

Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:

Ali bn Abi Tholib RA

Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :

Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

Orang yang pertama digelar Al-Muqry :

Mus'ab bin Umair RA

Orang yang pertama masuk Syurga :

Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku...

Baca dan hayatilah..

Kongsi dan sebarkanlah...

Semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2..

Insyallah..

gravatar

Titanic : Siapa Di Sebaliknya ?

Titanic (1912)

Well: while was fashioning,

This creature of cleaving wing,

The Immanent Will that stirs and urges everything

Prepared a sinister mate

For her—so gaily great—

A Shape of Ice, for the time far and dissociate.

And as the smart ship grew

In stature, grace, and hue,

In shadowy silent distance grew the Iceberg too.

dari sajak berjudul "Sea" oleh Thomas Hardy (1840 - 1928)

Thomas Hardy (1840 - 1928)

Anda pernah menonton filem blockbuster arahan James Cameron,Titanic?Jika tidak,anda sudah tentu tidak merasai kehebatan filem tersebut yang sehingga kini masih ada orang yang terkenang-kenang dirinya menangis teresak-esak di dalam pawagam semasa muda remaja.Filem ini berdasarkan kisah benar kapal Titanic yang tenggelam selepas berlanggar dengan ketulan ais besar (iceberg) yang terapung di tengah-tengah Lautan Atlantik.Titanic telah melanggar ketulan iceberg ini kira-kira 153 km (lebih kurang 95 batu) selatan Grand Banks off Newfoundland sejurus selepas tengah malam pada 14 April 1912.Dari lebih 2,220 orang yang ada di atas kapal,kira-kira 1,513 mati,termasuk jutawan Amerika yang terkenal John Jacob Astor, Benjamin Guggenheim, dan Isidor Straus.Titanic berlayar di bawah pemantauan pihak British sebagai sebahagian dari White Star Line,sebuah syarikat perkapalan yang mana dimiliki oleh Amerika dikawal oleh pelabur J.P. Morgan.

John Jacob Astor


Benjamin Guggenheim


Isidor Straus


J.P. Morgan

Kapal tersebut didakwa tidak akan tenggelam kerana mempunyai 16 bahagian penghalang pintu air. Walau bagaimanapun,ketulan ais telah menyebabkan Titanic rosak teruk membuatkan ia tenggelam kurang dari 3 jam.

Adakah Titanic benar-benar tenggelam akibat ketidakcekapan anak-anak kapalnya.Atau kesilapan kaptennya,Edward J. Smith?TIDAK SAMA SEKALI.Smith adalah kapten kapal yang berpengalaman luas selama 26 tahun dan pelayaran Titanic adalah pelayaran persaraannya.Beliau juga seorang kapten kapal yang disegani di seluruh Eropah.Adakah Titanic tidak dapat mengesan iceberg yang besar itu?Beberapa penyiasatan mendapati Titanic telah dipaksa berlayar terlalu laju di dalam situasi laut yang membahayakan dan pada masa yang sama kapten kapal seolah-olah tidak mempedulikan amaran dari penerima radio akan kehadiran ketulan ais yang besar, juga, bot penyelamat telah disediakan hanya lebih kurang separuh dari jumlah penumpang dan anak kapal seluruhnya dan yang anehnya kapal yang terdekat,Californian,tidak tiba untuk menyelamatkan Titanic dengan alasan operator radionya 'tertidur' dan di luar tugas.

Californian (1918)


Edward J. Smith

Siapakah Edward J. Smith?Beliau ialah seorang Jesuit (salah sebuah instrumen Dajjal untuk mengawal dunia Kristian) yang setia kepada Sumpah Jesuit.Siapakah J.P Morgan?Seorang pemain dalam industri kewangan Amerika,hamba Dajjal dan penyokong kuat Federal Reserved.Apakah rancangan mereka kali ini?

Mereka ingin menghapuskan seorang lagi pengkhianat dalam organisasi mereka.Seperti Abraham Lincoln,pengkhianat ini perlu dihapuskan dengan perancangan yang teliti supaya tidak mengulangi taktik yang lepas,takut-takut masyarakat Amerika mengesan konspirasi yang berjalan.Sasaran kali ini adalah beberapa tokoh yang menentang Federal Reserved.Salah seorangnya ialah John Jacob Astor.

John Jacob Astor bersama-sama Hakim Mahkamah Tinggi Amerika ketika itu Louis D. Brandeis, telah berganding bahu menentang apa yang dinamakan Bank Pusat Amerika,Federal Reserved.Bank Pusat ini secara persendirian dan bukanlah kepunyaan rakyat Amerika,telah ditadbir oleh tokoh-tokoh Jesuit yang pada masa yang sama menganggotai kuil-kuil Mason Amerika.

Louis D. Brandeis

Jadi, untuk membunuh John Jacob Astor bukanlah perkara mudah.Beliau seorang yang terkenal,jutawan Amerika,salah seorang Elit Freemason dan juga dari 13 Keturunan Illuminati.Amat sukar untuk mendekatinya kerana beliau sebagai salah seorang Elit Freemason amat tahu segala kelicikan Rothschild.Apakah yang membuka hatinya untuk menentang Federal Reserved amatlah misteri.Oleh itu perancangan untuk menghapuskannya perlu dilakukan secara berhati-hati,penuh tipu muslihat dan tersembunyi di mana tiada seorang pun yang menyangka bahawa Tragedi Titanic itu sebenarnya ialah satu 'assasination'!Untuk membunuh Astor seorang,maka beribu-ribu manusia harus dikorbankan.Ini adalah trend The Hidden Hand setiap kali mahu melaksanakan kehendaknya.Ini samalah seperti mewujudkan Perang Dunia Pertama dan Kedua bagi menubuhkan PBB seterusnya meluluskan negara haram Israel.Nyawa manusia baginya ibarat sampah sarap yang tiada nilai langsung.

Pembinaan kapal Titanic dibuat begitu mewah dan digembar-gemburkan sedemikian rupa adalah bagi menarik ramai bangsawan dan jutawan Eropah.Dan sudah tentu ada yang mengiklankan kapal ini kepada John Jacob Astor.Sasaran mereka mengena.Jutawan pembelot Freemason itu bersetuju membeli tiket Titanic yang akan memulakan pelayaran sulungnya ke New York.

Dan cerita seterusnya kita pun tahu.Bukan sahaja Jack Dawson 'berkubur' di bawah Atlantik,malah John Jacob Astor juga 'tidur' dengan selamatnya di bawah sana.

Dan Rose DeWitt Bukater pasti menyumpah-nyumpah J.P Morgan jika dia tahu cerita ini.

Bangkai kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik

gravatar

Fobia Aneh Orang-orang Terkenal

Fobia adalah rasa ketakutan pada suatu hal secara berlebihan. Seseorang yang menderita Fobia memang sangat aneh dan tidak rasional, misalnya takut melihat labah-labah(arachnofia) atau yang paling serius adalah fobia takut bertemu orang (sociophobia) ini tentunya memerlukan rawatan dan kaunseling. Berikut 5 Fobia Aneh Orang-orang Terkenal

1. Oprah Winfrey
Oprah Winfrey

Oprah Winfrey adalah penyampai televisyen popular. Beliau mengalami ketakutan phobic gula-gula getah yang telah dideritainya sejak dia masih berumur muda. Ia bermula apabila Oprah menemui longgokan gula-gula di dalam kabinet di kedai oleh neneknya. Dan penemuan yang tidak dijangka yang menyebabkan dia mengalami ketakutan gula-gula hari ini.

2. Wood Allen
Wood Allen

Wood Allen adalah seorang pelakon dan penulis skrip yang berusia 74 tahun. Beliau mengalami fobia yang agak lengkap di mana dia takut banyak perkara. Ini adalah satu yang sangat mengganggu pesakit fobia, takut ketinggian, takut ruang tertutup, takut serangga, dan persoalan yang lebih daripada orang biasa. Selain Wood juga takut warna-warna cerah, takut lif dan banyak lagi.

3. Natalie Wood
Natalie Wood

Natalie Wood pelakon. Beliau menderita daripada fobia takut air, dan sangat takut di dalam air. Dia sendiri tidak tahu sejak bila dia mula takut dengan air yang berlebihan, tetapi menurut khabarnya, fobia berlaku sejak ibunya menipu beliau supaya berdiri di atas jambatan dalam babak filem, jambatan tersebut sengaja di buat rapuh agar Natalie terjatuh ke dalam air .

4. Alfred Hitchcock
Alfred Hitchcock

Alfred Hitchcock adalah seorang sutradara dan produser . Dia menderita Fobia takut dengan telur. Menurutnya telur adalah sesuatu yang sangat menjijikkan dan tidak pernah merasa telur sepanjang hidupnya.

gravatar

Syeikh Hamzah Teguhkan Ikhwah di Jordan

Gerakan Ikhwan Muslimun bukan satu nama baru dalam dunia dakwah dan perjuangan Islam. Ia telah tersebar di seluruh pelosok dunia selepas ditekan oleh kebanyakan pemimpin negara di dunia Islam khususnya di Mesir. Semakin ditekan ia semakin dikenali dan diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa Ikhwan mempunyai cawangan di mana-mana hingga dalam negara haram Israel pun ada.


Iklan





Fokus kali ini mengajak para pembaca mengenali seorang tokoh Ikhwan di Jordan yang terpaksa mengharungi gelombang tribulasi ketika berdepan dengan golongan Sekularisme yang sememangnya mahu melihat Islam terkubur.

Walau bagaimanapun apa sahaja bentuk rintangan yang dihadapi, kerana penguasaan ilmu-ilmu agama yang mantap dan kental, Ikhwan Jordan dapat meneruskan kerja-kerja amal dengan mengajak manusia seluruhnya kepada Islam, termasuklah dalam amalan berpolitik bagi menyatakan kebenaran Islam dalam sidang Dewan Rakyat. Itulah yang dilakukan oleh Syeikh Hamzah Mansour salah seorang ahli Parlimen Ikhwan Jordan.



Mengenali Syeikh Hamzah

Syeikh Hamzah Abbas Mansour dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Mansi dalam daerah Haifa pada 1944m/1363H.


Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat rendah dan menengah di kampung asalnya, sementara di peringkat pengajian tinggi iaitu peringkat Sarjana Muda dalam takhassus Bahasa Arab dan di peringkat Sarjana pula dalam bidang Manhaj Pendidikan Bersepadu di Universiti Jordan.

Berkarier di Kementerian Pendidikan selama 24 tahun dalam pelbagai jawatan hingga bersara sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa.


Suasana politik di Jordan sama sekali tidak sama dengan di beberapa negara Arab lain seperti Mesir dan Libya. Ini kerana ia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang kini diterajui oleh Raja Abdullah 11 sekali gus sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Jordan.


Sementara yang melaksanakan pentadbiran negara pula dilakukan oleh Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan di Dewan Rakyat dan membentuk Kabinet dan membahaskan isu-isu negara dalam Parlimen.


Perdana Menteri dipilih langsung oleh Raja sementara anggota-anggota jemaah menteri dipilih dalam satu pilihan raya khas di kalangan parti-parti yang bertanding, antaranya Parti Kesatuan Demokratik Rakyat Jordan, Parti Rakyat Jordan, Parti Barisan Amal Islami (Ikhwan Muslimun), Parti Komunis Jordan dan Parti Ba'ath Kemajuan Arab.



Jawatan dalam Gerakan Ikhwan

Pengalaman luas Syeikh Hamzah dalam kementerian, telah banyak mengajar beliau mengenai kemunduran umat Islam khususnya dalam memahami ajaran agama mereka sendiri mahupun yang berkaitan dengan politik negara dan antarabangsa.


Justeru, Syeikh Hamzah rasa terpanggil untuk mengetuai pelbagai persatuan yang bersifat ilmiah, kemasyarakatan dan yang berkaitan dengan parti politik melalui Gerakan Ikhwan Muslimun itu sendiri.

Syeikh Hamzah yang dikenali di kalangan pengamal politik Jordan sebagai seorang yang bersifat sederhana yang boleh diterima oleh segenap pihak dari pelbagai latar belakang pegangan dan amalan politik kerana beliau bersikap terbuka kepada semua.


Syeikh Hamzah pernah dilantik sebagai Timbalan Majlis Pemesyuaratan Rakyat dari 1989 hingga 1997 dan dilantik semula bagi sesi 2007 hingga 2011, beliau juga dilantik sebagai Ketua Whip Parti Barisan Amal Islami untuk sesi iaitu pada 1993 hingga 1997 dan 2007 hingga 2011.


Di peringkat parti, Syeikh Hamzah merupakan pengasas Parti Barisan Amal Islami dan menganggotai Majis Syura parti sejak ditubuhkan, menganggotai Majlis Syura Ikhwan Muslimun.


Sementara di peringkat kebajikan dan kemasyarakatan pula, Syeikh Hamzah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Pelaksana bagi melindungi negara daripada ancaman luar, anggota Urusetia Persidangan Parti-parti politik Arab, Timbalan Ketua Ikatan ahli-ahli Parlimen dunia bagi mempertahan rakyat Palestin, Timbalan Ketua Lajnah Penyelamat rakyat Iraq dan Pengerusi Kesatuan Bulan Sabit Hijau Jordan hingga kini.



Penglibatan dalam bidang ilmu

Dalam kesibukan berkarier sebagai ahli politik, Syeikh Hamzah tidak lupa untuk beramal untuk hari akhirat, iaitu mengkhususkan sedikit masa bagi menyediakan amal-amal jariah melalui bidang penulisan yang dianggap sebagai satu-satunya amalan yang berterusan walaupun sudah menemui Allah SWT.

Syeikh Hamzah hanya sempat menyiapkan tiga buah buku di samping kertas-kertas kerja yang dipersembahkan dalam beberapa siri seminar mengenai keadaan umat Islam pada abad ke-15 hijrah, mengenai isu Palestin menurut hokum Syariat Islam dan lain-lain. Buku-buku yang sempat dihasilkan adalah seperti Kalimat wa Mawaqif, Wa hakaza Allamatni Dakwat al-Ikhwan Muslimin dan Nazarat fi Adaie Nuwwab al-Harakah al-Islamiah.


Syeikh Hamzah yang sudah berusi 65 tahun, masih aktif cergas berpolitik di samping menyampaikan kuliah-kuliah agama termasuk pembinaan peribadi dalam program usrah di kalangan anggota Parlimen Ikhwan mahupun di kalangan ahli-ahli biasa, keadaan ini dilihat penting bagi Syeikh Hamzah bagi memastikan generasi anak-anak muda mengetahui kedudukan dan kepentingan berjemaah dalam sebuah masyarakat seperti di Jordan. - lanh


Sumber: www.ar.wikipedia. org, http://www.jabha. net _

gravatar

Tokoh : Dr Zaghlul

"Kepetahan menyampaikan ceramah dengan gaya bahasa yang indah di samping menguasai hujah-hujah daripada al-Quran dan hais Nabi Muhammad s.a.w., pada mulanya beliau menolak tawaran itu kerana menyedari salah seorang gurunya di sekolah itu menyertai pertandingan yang sama, walau bagaimanapun nazir berkenaan tetap mahukannya menyertainya kerana alasannya bahawa guru berkenaan bukan mewakili sekolah tetapi atas tiket individu, akhirnya belaiu bersetuju dan mendapat tempat pertama sementara gurunya berada pada kedudukan yang ke-42."
Iklan






Sesungguhnya Gerakan Ikhwan Muslimun bukan sahaja mendapat tempat di kalangan mereka yang bergelar ulama� kerana pendekatannya secara langsung menyeru manusia untuk memahami hakikat sebenar penciptaan mereka, malah menarik minat golongan para saintis, pakar-pakar ilmu fardu kifayah dan lain-lain.


Kejayaan ini sebenarnya adalah disebabkan jiwa pengasas Ikhwan itu sendiri iaitu Imam Syahid Hasan al-Banna yang begitu akrab dengan Allah SWT, meletakkan segala kepentingan agama mengatasi kepentingan peribadi, justeru tidak mustahil, usahanya untuk mengembalikan kemuliaan Islam yang tercemar pada zaman hayatnya diterima banyak pihak melainkan mereka yang memang sudah sudah bersarang pelbagai penyakit dalam hati-hati mereka.



Latar belakang kelahiran dan keilmuan Dr Zaghlul


Dr Zaghlul an-Najjar dilahirkan pada 29 Rejab 1352H bersamaan 17 November 1933 di wilayah al-Gharbiah, Mesir. Datuknya seorang tokoh ulama� yang bertugas sebagai imam masjid di kampungnya, menghafaz al-Quran ketika usia masih kecil kerana bapanya seorang yang terkenal dengan sikap tegas dalam hafazan al-Quran di kalangan anak-anaknya.

Pada usia sembilan tahun, Dr Zaghlul bersama bapanya ke kota Kaherah kerana mahu melihatnya belajar secara formal di salah sebuah sekolah rendah di sana, setelah tamat pengajiannya dinsitu iaitu pada 1946, beliau memasuki sekolah menengah di Syubra dan antara bekas pelajar pertama yang memperolehi kejayaan yang luar biasa hingga beliau ditawarkan oleh nazir sekolah untuk menyertai pertandingan bahasa Arab mewakili sekolah di peringkat kebangsaan.


Pertandingan bahasa Arab itu meliputi kepetahan menyampaikan ceramah dengan gaya bahasa yang indah di samping menguasai hujah-hujah daripada al-Quran dan hais Nabi Muhammad s..a.w., pada mulanya beliau menolak tawaran itu kerana menyedari salah seorang gurunya di sekolah itu menyertai pertandingan yang sama, walau bagaimanapun nazir berkenaan tetap mahukannya menyertainya kerana alasannya bahawa guru berkenaan bukan mewakili sekolah tetapi atas tiket individu, akhirnya belaiu bersetuju dan mendapat tempat pertama sementara gurunya berada pada kedudukan yang ke-42.


Setelah menamatkan alam persekolah, Dr Zaghlul memasuki Fakulti Sains Tulen di Universiti Kaherah, pada tahun kemasukannya di situ, pihak universiti telah membuka jabatan baru di fakulti berkenaan iaitu Jabatan Kajian Geologi, di mana terdapat salah seorang pensyarahnya berbangsa Jerman telah mendorongnya supaya memasuki jabatan berkenaan.


Selama empat tahun di situ, pada 1955 Dr Zaghlul berjaya meraih kedudukan pertama keseluruhan pelajar dalam bidang kaji bumi (geologi), sepatutnya beliau dipilih untuk mengisi jawatan penolong Dekan di fakulti berkenaan, tetapi perlantikannya dibatalkan kerana beliau terlibat dalam tunjuk perasaan bersama persatuan pelajar yang anti kerajaan.


Pada 1972, Dr Zaghlul memperolehi ijazah Sarjana Sains dengan kepujian di universiti yang sama sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D di Universiti of Wales, Britain dan berjaya mendapat kedudukan �Zamalah�/fellowship setelah menamatkan pengajiannya di situ.



Kerjaya dan kepakaran dalam bidang sains


Dr Zaghlul memulakan kerjaya atau kariernya di salah sebuah syarikat petroleum cari gali �Sahara� dan mengemukakan teori melalui kertas kerjanya yang lengkap bagi mengeluarkan hasil minyak mentah di Sungai Nil, namun pendapatnya itu ditolak oleh pengurusan syaraikat setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa kerana beliau bukan sahaja disifatkan sebagai pembangkang, malah dipecat daripada syarikat berkenaan.


Menurut Dr Zaghlul, kajian yang telah dibuatnya sebelum itu adalah untuk kebaikan semua pihak, bukan sahaja syarikat yang akan dapat untung besar, malah pekerja dan negara juga akan terkenal dengan teknik baru yang diperkenalkan, tetapi atas dasar politik, pihak berkuasa menurutnya sanggup menolak bulat-bulat kajian dan pendapatnya.



Pengalaman akademik dan jawatan yang disandang


Selain bertugas sebelum ini dengan syarikat petroleum di Mesir, Dr Zaghlul pernah bertugas di Syarikat Cari gali dan Fosfat Sinai, Pensyarah Sains Geologi di Universiti �Ain Syams Kaherah, Pensyarah King Fahd Universiti di Riyadh, Universiti of Wales, Britain, Universiti Kuwait, Qatar kemudian Syarikat Petroleum dan Galian King Fahd di Zahran dari 1978-1996, menjadi Profesor jemputan di Universiti Of California (Los Angeles) pada sesi 1977-1878, Penasihat Pengajian Tinggi Sekolah-sekolah di Arab Saudi antara tahun 1996-1999, Pengarah Universiti al-Ahqaf di Yaman 1999-2000, Pengarah Pengajian Tinggi Mark Field di Britain pada 2000-2001, Ketua Biro Kemukjizatan Ilmu Sains dalam al-Quran di Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Mesir sejak tahun 2000 hingga sekarang.


Menganggotai zamalah Akademi Sains Islam yang beribu pejabat di negara teluk, haim pertandingan sains antarabangsa yang berlangsung di Jepun, pengasas Jabatan Geologi di Universiti Riyadh, Kuwait, Arab Saudi dan pernah menyelia 35 tesis peringkat M.A dan Ph.D dalam bidang Geologi di Mesir, Semenanjung Tanah Arab, dan Amerika Syarikat.

Anugerah sains yang diterima


Penglibatan Dr Zaghlul dalam dunia Sains tidak menghalangnya menyertai Gerakan Ikhwan Muslimun yang berpengkalan di Kaherah, Mesir. Namun hatinya tetap dengan alam akademik terutamanya Sains yang menajdikan tersohor bukan sahaja di dunia Arab, malah di Amerika dan Eropah terutamanya Britain. Anugerah yang diterima sepanjang terlibat dengan ilmu sains :


1- Orang pertama menerima ijazah penghargaan Sains Kementerian Pendidikan Mesir pada 1951.


2- Orang pertama menerima Ijazah Penghargaan Sains Kaji Bumi dari Universiti Kaherah pada 1955.


3- Menerima ijazah penghargaan penyelidikan sains dari Universiti of Wales pada 1963 dan 1967.


4- Menerima Fellowship Universiti of Wales pada 1963.


5- Menerima ijazah penghargaan kajian terbaik petrol di persidangan negara-negara Arab pada 1970 dan 1972.


6- Menerima ijazah pada persidangan atom, nukleur, kaji bumi di Geneva pada 1967 dan Rome pada 1970.


7- Menerima sijil penghargaan Persatuan Saintis Mesir.


8- Menerima pelbagai anugerah pingat dan penghargaan dalam ilmu sains dari beberapa negara seperti Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan lain-lain.


9- Menerima ijazah kehormat Presiden Sudan dan pingat penghargaan pada persidangan antarabangsa seni dan sains moden pada 2005.


Sepanjang penglibatan Dr Zaghlul dalam dunia Sains, beliau telah banyak menghasilkan hasil-hasil karya tersebut dan menghubungkannya dengan mukjizat al-Quran bagi memandu manusia untuk kembali kepada Allah SWT.-azm


(Sumber rujukan ; http://www.marefah. com/mouk1. asp, www.ar.wikipedia. org/wiki) _