Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Showing posts with label negaraku. Show all posts

gravatar

Istiadat Pertabalan Agong Ke-14

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

gravatar

Safiq Rahim Akan Ke Cardiff City


SAFIQ (kiri) bakal menyarung jersi Cardiff City dalam Liga Divisyen 2 England.

KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.

“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.

“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.

“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.

Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.

Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

gravatar

Lagu Negaraku Paling Metal

Anda biasa bukan dengan lagu Negaraku.? Dari sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke upacara rasmi. Mesti ada lagu Negaraku.Kalau disuruh menyanyi sekarang pun rasanya tiada masalah. Tapi itu kalau dalam irama yang biasa.





Tetapi, pernahkah anda dengar lagu Negaraku versi metal.?.:)

Yang kita selalu dengar adalah seperti berikut.








Yang kita jarang dengar dan mungkin tidak pernah dengar langsung adalah seperti berikut..









Ok, anda belum pernah dengar bukan.?.:)
Lebih best atau kurang dari yang asal.?
Aku rasa cam berjiwa tentera pula tiba-tiba ni..:)


Penting.:

-Tujuan aku post pasal lagu Negaraku bukanlah bermaksud aku berniat untuk mempermainkan lagu Negaraku.Tujuan aku post kat sini adalah untuk menunjukkan lagu Negaraku versi metal ini WUJUD dan aku ingin berkongsi dengan orang ramai. Selain itu, aku tidak tahu siapakah yang mengubahnya menjadi metal...

-Semoga Negaraku Malaysia terus gemilang.