Tazkiyatun Nafs
Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
Showing posts with label aqidah. Show all posts
Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Peringatan Hari Polis Ke-205 Kontinjen Perak.
Tarikh : 10 April 2012
Masa : 9.00 malam
Tempat : Perkarangan IPD Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak
Tajuk : "Polis dan Masyarakat : Berpisah Tiada"
Panel 1 : Supt. Haji Ghazali bin Daud (Urusetia BAKA, Bukit Aman)
Panel 2 : Al Fadhil
Ustaz Mohd. Kazim bin Elias Al Hafiz (Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah/ Pendakwah/Penceramah PerakFM)
Moderator : Al Fadhil Ustaz Mohammad Haniff bin Baderun (Pegawai Tadbir Masjid Sultan Idris Shah II)
Part 1 :
Part 2 :
Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir,
mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat
kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang
lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap
perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati
serigala.- Riwayat Thabrani dan Hakim

Sedar tak sedar…kadangkala diri kita
bergelumang dengan sifat yang Allah murkai dan laknati sehingga sifat
inilah yang menyebabkan Iblis dilaknati dan dihinakan Allah.
Sifat
membesarkan diri…..menyombongkan diri……bongkak….. itulah sifat
buruk,..yang sesiapa sahaja yang mendewakan sifat ini di dalam dirinya……
maka mereka akan dihina dan dimurkai Allah.
Seorang wali Allah yang terkenal Sufyan At-Tsauri ada menyatakan:
عَنْ سُفْيَانِ الثَّوْرِى كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ شَهْوَةٍ فَإنَّهُ
يُرْجىَ غُفْرَانُهَا وَ كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ الْكِبْرِ فَإنَّهُ
لايُرْجىَ غُفْرَانُهَا لأنَّ مَعْصِيَةَ إبْلِيسَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ
الْكِبْرِ وَزَلَّةُ آدَمَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ الشَّهْوَةِ .
Ertinya:
Setiap maksiat yang disebabkan oleh syahwat…maka masih
boleh diharapkan keampunan dari Allah…tetapi setiap maksiat yang
disebabkan oleh sifat membesarkan diri(sombong) tidak dapat diharapkan
keampunan dari Allah…..kerana maksiat yang dilakukan oleh Iblis itu
adalah disebabkan oleh sifat membesarkan diri (sombong)sedangkan
tergodanya Adam adalah kerana syahwat.
Ada ulamak tasawuf yang
menyatakan apabila kita merasa kagum dengan diri kita …maka kita sudah
menjadikan diri kita ini bergelumang dengan sifat riak……
Setiap kali kita melihat cermin memandang wajah kita… dan kita akan katakan yang kita ini hensem…kacak….macho…..maka kita sudah menjadi riak…..
Setiap kali kita menggayakan pakaian kita ..dan kita rasa pakaian kita cantik…elegan…mahal….hebat dari orang lain….maka kita sudah menjadi riak….
Setiap kali kita membandingkan kebaikan dan kebajikan kita..dengan
orang lain….dan kita rasakan kita lebih….pemurah dan banyak buat
pahala…..maka kita sudah menjadi riak…….
Setiap kali
kita…..merasakan kita lebih mulia dari orang lain dan orang lain itu
rendah standardnya daripada kita…takde class……maka kita sudah menjadi
riak……
Setiap kali kita menolak …..hukum Allah dan merasakan ada
hukum yang lebih baik daripada hukum Allah maka kitalah manusia yang
riak dan yang membesarkan diri dengan Allah.
Jauhilah sifat
riak ….ini….kerana jika anda mendewakannya dan menjadikannya sebagai
gaya hidup anda….maka anda.. akan menjadi saudara syaitan dan bakal
berjiran dengannya di dalam neraka...setelah mendapat gelaran “ yang
dilaknat Allah”….dengan pangkat kepujian di dalam bab “dimurkai
Allah”…………
waliyazubillah….!!!

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan
perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang
pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah
yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung
mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat
adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat
itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan
akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu
buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah
banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga
kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang
perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang
menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka
selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk
melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya
sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan
lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan
…..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun
membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara
dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah
ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni
insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah
tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita
ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai
seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman
suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia
berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas
dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang
namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan
nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita
membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila
seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya
tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara
mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak
bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah
disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat
itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu
perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak
seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya
yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka
dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian
kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab
di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat
contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup
aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka
menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi
jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung
walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya
dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi
ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa
diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan
ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka
pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik
sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong
mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa
kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung
pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan
oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling
muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan
aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti
mencaci..mengata…sombong..dan
sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah
keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab
mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah
selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh
tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma
dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri
mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang
sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik
namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi
benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi
kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah
dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan
tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan
berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita
boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke
detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a
gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan
harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu
sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung
menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik
itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya
faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu
betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih
ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya
mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan
perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti
terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai
tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis
saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di
dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat
kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa
insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa
saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

David: Selamat Pagi.. Ini adalah hari yang sangat indah dan bermakna..
Abdullah: Selamat pagi, jadi bagaimana dengan perayaan Krismas kamu hari ini?
David: Hebat dan saya akan menikmatinya dengan lebih baik lagi sekejap lagi...
Abdullah: Baguslah..
David: Kamu tidak mahu ucapkan Selamat Hari Krismas buat saya? ;-)
Abdullah: Islam menghormati agama lain, tetapi untuk menyambut perayaan agama lain adalah tidak dibenarkan.
David: Tetapi mengapa? bukankah ia hanya sekadar ucapan bukannya perbuatan..
Abdullah: =) bolehkah pula kamu mengucapkan dua kalimah syahadah??
David: Hmmm, tidak boleh kerana ia akan memberi kesan kepada iman saya..!
Abdullah: Tetapi kenapa? bukankah ia hanya sebuah ucapan dan bukannya perbuatan?
David: Owhh, sekarang barulah saya faham :)
Abdullah: Terima kasih kerana memahami =)
JANGAN DIUCAP SELAMAT HARI KRISMAS JIKA ANDA SAYANGKAN AQIDAH ISLAM ANDA. MENGHORMATI AGAMA MEREKA DITUNTUT DI DALAM ISLAM TETAPI JANGANLAH REDHA PADA AGAMA SELAIN ISLAM. TUGAS UMAT ISLAM ADALAH MENGEMBANGKAN AJARAN ISLAM DAN BUKANNYA MENYAMA RATAKAN (PLURALISME) SETIAP AGAMA APATAH LAGI MENYAMBUT BERSAMA PERAYAAN AGAMA MEREKA.