The Pjoy's
Blog bersawang yang bersangkut segala macam padanya.
Like My Facebook Page
Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)
Tazkiyatun Nafs
Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
Showing posts with label ajaib. Show all posts
10 Manusia Paling Berbulu Di Dunia
Jom kita tengok 10 orang di dunia nie yang mengidap penyakit pelik iaitu seluruh tubuh badan, muka ditumbuhi bulu roma yang panjang dan tebal. Bersyukurlah korang tak kena camni, tapi ada jugak yang jadi popular sebab penyakit pelik nie. Penyakit pelik ni turut dikenali sebagai "Werewolf Syndrome".
1) Yu Zhenhuan
Lahir di bandar Anshan, China, pada tahun 1979 dan bulu mula tumbuh sewaktu usianya 2 tahun dan menutupi 96% daripada badannya.
2) Jesús Aceves
Jesús "Chuy" Aceves telh lahir di Loreto, Zacatecas, Mexico, dan merupakan anak ke-2 dalam keluarganya yang mengidap penyakit ini. Mukanya dipenuhi bulu sehingga ada yang menggelarnya Werewolf @ Monkey Man. Chuy sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan (salah seorang mewarisi penyakitnya). Pada tahun 2007 dia pernah masuk dalam program Ripley's Believe It or Not! dan Guinness World Records.
3) Adik beradik Ramos Gomez brothers
Victor "Larry" dan Gabriel "Danny" Ramos Gomez sekarang menjadi ahli akrobatik. Mereka pernah berpeluang untuk memegang watak dalam siri The X-Files.
4) Stephan Bibrowski
Stephan Bibrowski (1891–1932) lahir di Warsaw, Poland, atau lebih dikenali sebagai Lionel the Lion-Faced Man, merupakan seorang penghibur. Seluruh tubuh badannya diseliputi bulu setebal inci seperti seekor singa.
5) Pruthviraj Patil
Pruthviraj Patil di Sangali berhampiran Mumbai dalam sebuah keluarga petani yang boleh dikatakan dikenali ramai. Dengan penyakit Werewolf Syndrome yang dihiapinya telah membuatkan seluruh mukanya ditumbuhi bulu. Keluarga telah mencuba pelbagai perubatan tradisional dan moden seperti pembedahan laser tetapi satu pon tidak berhasil.
6) Annie Jones
Annie Jones (1860 – 1902) adalah seorang wanita berbulu lebat di Amerika yang lahir di Virginia. Dia mengembara bersama P. T. Barnum sebagai tarikan pelancong ke sarkas. Setelah dewasa dia jadi semakin terkenal sehingga dapat mengembara ke Russia.
7) Supatra Sasuphan
Supatra Sasuphan adalah seorang gadis berusia 13 tahun di Thailand. Di sering diejek sebagai "monkey face" and "wolf girl" oleh kanak-kanak lain. Tetapi dapat berada dalam Guinness World Record sedikit sebanyak membanggakann dan mempopularkan dia kat sekolah.
8) Julia Pastrana
Julia Pastrana (1834–25 March 1860) adalah seorang wanita Mexico yang lahir dengan penyakit pelik nie. Bukan itu saja, malah telinga, hidung dan bentuk mukanya terlalu pelik.
9) Percilla Bejano
Percilla telah lahir pada 26 April 1911 di bandar Bayamon. Sejak kecil dia menarik minat orang ramai yang melihatnya serta doktor yang mengubatinya. Percilla telah meninggal dunia pada tahun 2011 pada usia 89tahun.
10) Fedor Jeftichew
Talah lahir pada tahun 1868 di St. Petersburg, Russia. Dia juga mengikut P.T. Barnum untuk mengembara sejak berusia 16 tahun. Dia boleh berkomunikasi dalam 3 bahasa iaitu Russian, German dan English.
5 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia
Ada sesuatu yang tidak betul dengan dunia yang kita tinggal ini. Sebab ada manusia yang makan sesuatu yang menurut orang kebanyakan adalah sesuatu yang menjijikkan. Berikut adalah diantaranya..
Balut (Camboddia)
Telur-telur ini sengaja dibiarkan sehingga embrio di dalamnya wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih. cara untuk memakannya ialah dengan diletakkan sedikit garamt. Makanan ini dimakan untuk suatu upacara di daerah setempat.
Black Pudding (England)
Sosej ini dimasak dengan darah, lalu membeku ketika didinginkan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi.
Surstromming (Sweden)
Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera.
Baby Mice Wine (Korea)
Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake.
Scrapple (Amerika)
Pengisi roti ini adalah macam agar-agar yg dibuat dari bahagian tubuh babi (bibir, mulut, atau bahagian organ lainnya) yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk dikeraskan.
12 Manusia Dengan Keadaan Fizikal Terbesar Dunia
Manusia mempunyai bahagian tubuh yang normal dalam ukuran yang normal, namun bagaimana jika salah satu bahagian tersebut besar dan panjang? Pasti akan menjadi suatu keistimewaan dan menjadi perhatian di mata masyarakat. Berikut adalah 12 manusia dengan organ tubuh terbesar di dunia.
1. Stephen Taylor - lidah terpanjang di dunia
Deria rasa yang lazimnya kita miliki biasanya hanya sepanjang 5 hingga 6 sentimeter. Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara England bernama Stephen Taylor.
Beliau mempunyai lidah sepanjang 9,5 sentimeter dari hujung sehingga bahagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup. Stephen menerima gelaran tersebut dalam acara 'Lo Show dei Record' di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 yang lalu dan hingga sekarang ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut.
2. Francisco Domingo Joaquim - mulut terbesar di dunia
Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh juga menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia.
Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho ini menyertai pertandingan mulut terbesar di dunia di Roma, Itali. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman softdrink boleh dimasukan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun ini.
3. Mehmet Ozyurek - hidung terbesar di dunia
Semasa pertandingan hidung terbesar di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8 cm. Hujung hidung sahaja mencapai 3,5 cm.
4. Kim Goodman - mata terbesar di dunia
Namanya adalah Kim Goodman. Kim Goodman adalah seorang wanita yang mampu menonjolkan matanya keluar dari rongga mata sepanjang 12 milimeter (0,47 inci). Dia memegang rekod dunia untuk penonjolan bola mata paling jauh.
Beliau tinggal di Chicago, Illinois. Kim mengetahui bakatnya ini suatu hari ketika ia menerima pukulan di kepala dengan kayu hoki. Bola matanya melompat keluar lebih jauh daripada biasanya dan sejak hari itu dia boleh menonjolkannya dalam keadaan sedar, dan juga ketika ia menguap.
5. Leonard Traenkenschuh - alis mata terpanjang di dunia
Leonard Traenkenschuh dari Port Townsend, Washington, mempunya 3 setengah inci alis mata (dan masih terus memanjang). Untai terpanjangnya adalah 3 ½ inci.
"Saya tidak bertujuan untuk menyimpannya untuk memecahkan rekod," ujar lelaki yang tinggal di Port Townsend sejak tahun 1980 dan bekerja di rumah sakit sebagai petugas transkripsi catatan perubatan.
"Ini baru saja terjadi." Leonard, 56 tahun, bukan orang yang sangat berbulu. Dia tidak punya janggut dan tidak memiliki jambang tebal atau bermisai. "Saya hanya ada alis mata subur," katanya.
6. Badamsinh Juwansinh Gurjar - misai terpanjang di dunia.
Misai selalu menjadi bahagian penting dalam kehidupan lelaki. Beberapa dari mereka sangat berdedikasi dan bangga dengan misai, mereka akan sangat kecewa jika mereka kehilangan misai.
Bagi sesetengah lelaki misai adalah lambang kehormatan dan kelelakian. Beberapa dari mereka percaya bahawa mereka akan ditolak tanpa misai. Misai atau rambut wajah adalah sesuatu yang tumbuh selama bertahun-tahun dengan banyak perhatian dan kesabaran.
7. Sarwan Singh - janggut terpanjang di dunia
Rekod dunia janggut terpanjang dipegang oleh seorang lelaki bernama Sarwan Singh. Semasa satu upacara yang berlangsung di Surrey, Columbia, England. Singh mengukur panjang janggut yang dimilikinya.
Dia menginginkan panjang janggut yang ia miliki boleh memecahkan rekod Guiness Book Of Records. Setelah diukur, janggut Singh mempunyai panjang 189,5 cm dan memecah rekod dunia.
8. Radhakant Bajpai - bulu cuping telingga terpanjang di dunia.
Radhakant Bajpai, 50 tahun, mempunyai berhelai-helai rambut di telinga yang terbit keluar dari telinganya. Guinness Book kemudian mencatatnya setelah mendapat pengesahan dari doktor R.P. Gupta, penguji kedoktoran.
Ketika tercatat dalam Buku Guinness tahun 2003, panjang bulu telinganya 13.2 cm (5.19 inci.) Pada masa ini panjang bulu telinga Radhakant Bajpai sudah mencapai kira-kira 25 cm.
9. Chenq Shiquin - rambut terpanjang di dunia
Chenq Shiquin, wanita berasal dari Guangxi Cina mempunyai rambut dengan panjangnya mencapai 18 fit (atau lebih kurang 6 meter) pada tahun 2004. Dia mulai menyimpan rambutnya dari umur 13 tahun. Khabarnya beliau memiliki salon kecantikan sendiri.
10. Andre The Giant - kepala terbesar di dunia
Ahli gusti ini benar-benar luar biasa. Andre The Giant merupakan salah seorang ahli gusti dengan kepala terbesar dan disegani sepanjang sejarah WWE Smackdown. Andre mempunyai tinggi lebih dari 7 kaki dan 4 inch (2,24 meter) serta berat badan 520 pound (260kg).
Andre The Giant merupakan WWE Hall of Famer kerana pertandingan melibatkannya berlaku di kejohanan besar seperti melawan Hulk Hogan. Seperti Big Show, Andre mengidap sindrom Acromegaly, yang mengakibatkan badannya membesar sangat cepat. Acromegaly sendiri berhubungan dengan Gigantisme.
11. Greg Valentino - otot bisep terbesar di dunia
Greg Valentino adalah seorang ahli bina badan yang mempunyai ukuran bisep terbesar di dunia. Ia mulai latihan mengangkat beban pada usia 14 tahun. Ukuran bisepnya sekarang mencapai 28 inci (70 cm), dan ia dapat melakukan bicep curl seberat 300 lbs (136 kg).
Sayangnya untuk mendapatkan otot bisep sebesar itu, Greg telah menggunakan banyak steroid. Ia mengakui hal tersebut pada tulisannya, "Ramblin Freak, the biggest biceps in the world", di majalah Muscle Development.
12. Leonid Ivanovych Stadnyk - telapak tangan terbesar di dunia
Unik aneh dan menarik untuk lelaki ini. Bagaimana boleh telapak tangannya begitu besar, sehingga membuat orang di sekitar takjub dengan tangannya yang besar. Berjabat tangan pun sangat ketara kelihatan bahawa tangan orang ini sangat besar.
10 Serangga Pemegang Rekod Di Dunia
Serangga adalah haiwan-haiwan kecil namun menyimpan beraneka ragam keunikan.Serangga adalah haiwan dengan spesies terbanyak di dunia. Ini 10 serangga pemegang rekod di dunia:
1. Serangga Paling Cantik: Sunset Moth from Malagasy
sayap serangga ini sebenarnya tidak mempunyai pigmentasi apa-apa. Warna yang muncul di sayapnya berasal dari pembiasan cahaya dari pita-pita mikro padasayapnya. Serangga ini aktif pada siang hari, ketika serangga dari family yang sama aktif pada malam hari. Mereka berasal dari Madagascar dan Amerika Selatan, dan sayapnya berganti warna dari biru ke hijau keemasan dan lalu ke warna kuning ketika dilihat dari sisi yang berbeza.
2. Semut Paling Berbahaya: Black Bulldog Ant of Australia
Secara literatur, semut ini diketahui pernah membunuh manusia. Serangga ini merupakan jenis yang paling primitif dari semua semut dan sangat agresif. Panjangnya sekitar 1 inchi dan dapat tumbuh hingga 2 inchi. Sesuai namanya, semut ini hanya ditemui di Australia dan gerakannya pun sangat cepat.
3. Serangga Terbang Tercepat: Horse Fly
Serangga ini boleh terbang dengan kelajuan 90 MPH (miles per hour). Ia juga mempunyai manuver yang sangat baik di udara. Ia dapat melencong dan berganti arah dengan kelajuan cahaya. Ia juga mempunyai mata yang sangat besar, dan dapat melihat dengan sudut hampir 360 darjah.
4. Serangga Terberat: Goliath Beetle
Serangga ini berasal dari keluarga scarab beetle, dan suka memakan tanaman mati. Ia mempunyai panjang 2 hingga 4,3 inchi dan berat sekitar 3 hingga 3.5 oz (sekitar 28,35gram). Mereka memainkan peranan penting dalam ekosistem sebagai dekomposer.
5. Serangga Paling Mengganggu: No-See-Um
Serangga ini merupakan lalat yang sangat kecil yang berkumpul dalam sebuah kumpulan dan terbang dalam arah yang tidak jelas. Mereka dapat melewati celah-celah pintu atau tingkap. Mereka biasanya hidup di tempat yang ada sumber airnya. Hanya yang betina yang menggigit dan menghisap darah, dengan tujuan untuk mendapatkan protein untuk membesarkan telur-telurnya.
6. Serangga Terpanjang: Giant Stick Insect
Panjangnya sekitar 163 mm, dan jika dikira ketika kakinya semua terentang,panjangnya menjadi 295 mm. Pada beberapa kes, panjangnya boleh mencapai 20inchi. Ada lebih dari 3.000 spesies serangga ini yang ditemui, dan beberapa dari mereka mempunyai sayap dan boleh terbang.
7. Serangga Ternyaring: Brevisana brevis
Spesies cengkerik ini bunyinya boleh terdengar hingga 1 batu jauhnya. Pada jarak dekat, bunyinya boleh mencapai 120 dB. Sebagai perbandingan, muzik pada diskotik'hanya' bersaiz 100 dB.
8. Serangga dengan Bentuk Teraneh: Thorn Bug
Saiz dan warna serangga ini sangat berbeza, namun biasanya, serangga dewasa berukuran tinggi sekitar 0,5 inchi dan berwarna hijau. Mereka ditemui di Amerika Tengah dan Selatan, Mexico, dan Florida Selatan.
9. Serangga dengan Waktu Hidup Terawal: Queen of Termites
Serangga ini diketahui telah hidup selama 50 tahun. Mereka telah ada di bumi sejak 200 juta tahun yang lalu. Serangga ini memakan kayu-kayu kering dan menyebabkan kerosakan pada rumah-rumah berbanding kebakaran dan badai. Ratunya boleh menghasilkan 5.000-7.000 butir telur per hari.
10. Serangga Paling Merosakkan: Desert Locus
Jika anai-anai seperti di atas menyebabkan banyak kerosakan pada rumah, itu tidakada artinya jika dibandingkan dengan kerosakan yang dihasilkan oleh Desert Locus.Mereka masing-masing makan dengan saiz yang sama dengan berat tubuhnya.Mereka memakan hampir semua jenis sayur-sayuran, daun, bunga, padi, buah, dan biji-bijian. Tahun 2003-2005 merupakan tempoh serangan desert locus yang paling buruk di Afrika Barat. Mereka telah menceroboh lebih daripada 20 buah negara, dan kos yang telah dikeluarkan untuk memerangi mereka melebihi $ 400 juta. Kerosakanyang dihasilkan pada ladang bernilai lebih daripada $ 2.5 bilion.
Binatang Ini Mengajar Kita Erti Kasih Sayang
Manusia makhluk terbaik dalam ciptaan Allah SWT. Tetapi di alam dunia ini, banyak yang telah Allah tunjukkan untuk pedoman manusia agar memperingati bahawa mereka adalah ciptaan yang lebih mulia, tidak melakukan perbuatan yang menurunkan martabat mereka dari seorang manusia.
huuu... cian dia..
Ulat Bulu Berkonvoi
Kebiasaanya mat-mat rempit yang berkonvoi. Tetapi kali ini ulat bulu pula yang berkonvoi. Mari kita saksikan bagaimana rupanya ulat bulu berkonvoi ^_^
Waaaahhhhhhh lurusnya barisan. Kalau lah orang-orang yang konvoi itu barisannya lurus seperti ini, alangkah cantiknya. Gambar ini ditangkap oleh Jamie Rooney di Taman Nasional Kruger yang terkenal di Afirika Selatan. Tahniah kepada ulat bulu kerana berkonvoi dengan kemas.
Lelaki Minum Minyak Tanah Gasolin Selama 42 Tahun Sebagai Ubat
Chen Jejun tinggal berseorang di sebuah pondok usang di wilayah Shuijiang China. Dia terkenal di kampungnya sebagai seorang yang mempunyai tabiat luar biasa iaitu meminum gasolin. Setiap bulan dia akan minum lebih kurang 3-3.5 liter gasolin untuk melegakan sakit2 di badannya.
Dia mula mempunya tabiat yang pelik nie pada tahun 1969 apabila dia diserang batuk yang teruk dan sakit di dadanya. Dia mencuba pelbagai ubat tetapi tidak berkesan, kemudian ada orang2 yang lebih berusia menyatakan dia berkemungkinan mengidap penyakit "tuberculosis" dan boleh mencuba minum minyak tanah untuk melegakannya.
Selepas meminum minyak tersebut, dia mengalami sakit2 di perut dan pergi tidur. Satu jam selepas tue, dia bangun dan mendapati batuk dan sakit dadanya telah sembuh. Sejak itu dia mula meminum minyak tanah untuk melegakan sakitnya.
Pada tahun 2001, dia bertukar kepada gasolin kerana lebih mudah didapati di kampungnya kerana penduduk menjadikan gasolin sebagai bahan bakar generator. Doktor yang melawatnya baru2 nie menyesahkan dia dalam keadaan sihat, doktor menyatakan bahawa tubuh badan Chen Jejun mungkin telah mengeluarkan antibodi untuk mencegah gasolin tadi daripada merosakkan sistem tubuh badannya.
Cerita nie ada kat dalam China Daily, tapi korang jangan cuba buat macam atuk ni pulak sebab dia sorang ja yang boleh hidup kalau minum gasolin. Kalau orang lain dah lama mati dah kalau minum gasolin walaupun sikit.-ayep-
Minum Kopi Terbalik di Acheh
Hanya di Indonesia boleh jumpa minum kopi dengan cawan terbalik atas piring. Cara minum kopi ini dengan menggunakan straw dengan menghisap dengan secara perlahan-lahan.
Kopi ini lain-lain dari yang lain kerana susah larut dalam air kerana itu perlu diterbalikkan. Nampak seperti menarik boleh minum sampai 2 atau 3 orang sekali..
Sumber: http://www.buaya-merah.com


