Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Showing posts with label kreatif. Show all posts

gravatar

Ada hantu ? Panggil Datin Maimoon !


Jika ada hantuuuuu...yang menganggu you...sapa you nak panggilllllll...????? Datinnn Maimoooonnnnn.....jika ada hantuuuuu....yang nak cekik youuuuu......sapa you nak panggilll........?datinnnnnn....Maimooooonnnn......ha ha ha ha.....

Memang hebat watak datin Maimon yg dibawa oleh Afdlin Syauki di dalam rancangan realiti maharaja lawak....sehingga membekas di hati sesiapa sahaja yg melihatnya.....dan ada pula pihak yang panas punggung..dan tidak suka......

Datin Maimoon seorang kenamaan yang kaya raya.....mempunyai taste yg tinggi...suka bershopping...ingin glamour...minat nak berduet dengan artis macam anuar zain...aktif dengan kegiatan surau dan keagamaan untuk glamour dan pengaruh......suka juga majlis soaila perti poco-poco...dan sebagainya....suatu pakej lengkap dari lakonan Afdlin Syauki...sebagai peringatan pada mak-mak datin.......tahniah Afdlin.......saya paling suka dialognya yang berbunyi.....

"Panggil saya datin Maimoon...atau I sue you.....(saya saman awak)....ha ha ha ha

gravatar

Taman Syurga Di UAE ?

Subhanallah, sungguh indah pemandangan di Taman Al-Ain Paradise di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam 40 hadis peristiwa akhir zaman, Abu Hurairah ra berkata : "Bersabda Rasulullah SAW: "Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan di aliri sungai-sungai".

Sekarang kita telah mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu.

Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tiada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.

*Jadi jangan terkejut kalau kat sana sekarang dah cantik sebab kiamat semakin menghampiri kita semua. Wallahu'alam.

gravatar

Jambatan Moses Terilham Daripada Kisah Nabi Musa a.s

LAZIMNYA jambatan dibina di atas permukaan air bagi membolehkan pengguna melintasi sungai, parit, tasik dan sebagainya untuk ke seberang.

Lain pula ceritanya di Belanda, disifatkan sebagai sebuah "jambatan halimunan" atau Jambatan Moses. Rekaan Jambatan Moses ini diilhamkan daripada sejarah Nabi Musa membelah laut merah ketika misi menyelamat Bani Israel daripada tentera Firaun, maka sebab itu ia dibina di bawah permukaan air.

Jurucakap pereka jambatan unik itu, Ad Kils berkata, konsep halimunan ini dapat menghalang musuh daripada melihat kita melintasi air dan konsep ini boleh dipraktikkan di dalam sistem pertahanan.

Jambatan ini terletak di Belanda dan direka khas menggunakan kayu Accoya yang tahan lasak.

Apabila diitanya bagaimanakah jika air melimpah masuk ke dalam ruangan jambatan, Ad Kils menjawab;

"anda tak perlu bimbang, kerana ia hanya risiko yang kecil".

gravatar

5 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Ada sesuatu yang tidak betul dengan dunia yang kita tinggal ini. Sebab ada manusia yang makan sesuatu yang menurut orang kebanyakan adalah sesuatu yang menjijikkan. Berikut adalah diantaranya..

Balut (Camboddia)

Telur-telur ini sengaja dibiarkan sehingga embrio di dalamnya wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih. cara untuk memakannya ialah dengan diletakkan sedikit garamt. Makanan ini dimakan untuk suatu upacara di daerah setempat.

Black Pudding (England)

Sosej ini dimasak dengan darah, lalu membeku ketika didinginkan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi.

Surstromming (Sweden)

Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera.

Baby Mice Wine (Korea)

Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake.

Scrapple (Amerika)

Pengisi roti ini adalah macam agar-agar yg dibuat dari bahagian tubuh babi (bibir, mulut, atau bahagian organ lainnya) yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk dikeraskan.

gravatar

“KUBAH KIAMAT” (DOOMSDAY VAULT) Di Norway Kutub Utara

(Ini sekadar satu maklumat bagaimana manusia begitu taksub pada amalan meramal masa depan. Namun jika diikuti pula pada kajian sains sememangnya dunia akan berdepan dengan satu malapetaka besar pada suatu masa nanti namun tak siapapun tahu bilakah masa terjadinya. Sesungguhnya hanya kepada Allah kita serahkan semua urusanNya)

Masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti terjadinya perubahan iklim yang extreme, penggantian musim menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan disuatu tempat, dan banjir disertai badai dahsyat di kawasan-kawasan lain. Gejala universal ini yang dijangkakan akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali satu tempat pun.

Kesan paling teruk daripada perubahan iklim dunia akan dirasakan negara-negara membangun. Ekosistem subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim. Petani² akan menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana² alam musibah daripada perubahan suhu dunia.

Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek ‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway.

Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti airport, hotel dll. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina ‘Kubah Kiamat’-Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.

Kubah Kiamat Svalbard dibina di dalam sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen. Ia juga dikenali sebagai ‘Bank benih’ kerana mereka juga melakukan transaksi perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan. Pembinaan SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor atau letupan nuklear. Pintu pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan, dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu meter. Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih berbeza dari seluruh dunia.

Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa hadapan. Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus untuk mengeluarkan embun atau stim yang lembap. Di bank benih ini tidak akan ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk kesana akan memudahkan ‘mereka’ mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan NATO yang akan mengawasinya secara automatik.

Kawasan Spitsbergen dianggap ideal kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan membantu pemuliharaan benih secara semulajadi. Bank Benih ini terhampar pada ketinggian 130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan tetap kering meskipun puncak puncak gunung ais di Kutub Utara mencair kesemuanya. Kemudahan ‘Kubah Kiamat’ Svalbard ini akan menyediakan kuasa untuk unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai antarabangsa yang disyorkan -18 ° C (0 ° F). Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya kerana global warming, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu meningkat ke -3 ° C (27 ° F) kerana diakibatkan oleh batuan dasar pasir sekitarnya panas.

Global Crop Diversity Trust (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk penghantaran sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center – Pusat Sumber Daya Genetik. Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi tahunan untuk kemudahan tersebut. Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan strukturnya.

Dengan sokongan daripada Bill & Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat membantu genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta pusat-pusat penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke kubah benih. Dewan Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.

Dan telah diadakan Perayaan Ulang Tahun Seedbank Svalbard melalui suatu Persidangan Para Ahli Genetik Pembenihan Antarabangsa pada Jun 2010 di Longyearbyean, Svalbard-Norway. Negara-negara Asia diwakili oleh 6 orang ahli dari Korea (Korea Polar Institute) dan Jepun (University Tsukuba).

Anda bolehlah melihatnya menggunakan perisian Google Earth pada koordinat 78°14′23″N, 15°29′43″E. Di bawah ada sedikit lagi gambar² di dalam “KUBAH KIAMAT” (DOOMSDAY VAULT):


Mereka mungkin menyangka kiamat itu adalah kemusnahan bumi yang dahsyat tapi masih ada manusia yg terselamat utk meneruskan kehidupan selepas itu seperti yang digambarkan dalam filem 2012. Walhal, setiap makhluk & benda di dunia ini pasti akan musnah pabila tibanya kiamat yang dijanjikan.

gravatar

Kasut Diperbuat Daripada Rambut


Pemilik sebuah salon rambut kecil di kota kecil Taichung Taiwan, Tsai Shiou-ying telah berjaya menarik perhatian media dengan serangkaian karya seninya yang asli yang diperbuat daripada rambut manusia.

Sepasang kasut tinggi ini mengambil masa sebulan penuh untuk membuat, dan Tsai Shiou-ying memerlukan rambut daripada tiga orang, biasanya diambil daripadan teman dan jiran tetangganya. Beliau mengatakan hanya rambut asli sahaja yang dapat digunakan untuk menghasilkan karya seninya yang luar biasa ini.

gravatar

Motosikal Terpanjang Dunia

Inilah motosikal terpanjang yang direka cipta oleh Oleg Rogov dari Russia. Motosikalnya mendapat pengikhtirafan daripada Guiness Book Of Record. Motosikal ini mampu memuatkan sehingga 16 orang pembonceng sekaligus.

gravatar

Inilah Jenis Kucing Paling Unik Di Dunia

Kucing rapat dengan manusia sudah sejak ribuan tahun yang lalu, binatang unik ini bahkan menjadi haiwan peliharaan paling popular di seluruh dunia. Ada juga yang menyebut kucing sebagai binatang kesayangan. Kucing adalah binatang yang tergolong dalam jenis karnivor atau pemakan daging. Kucing juga termasuk predator paling hebat di dunia dalam memburu mangsa . Tetapi kerana ukurannya yang kecil, kucing tidak begitu berbahaya bagi manusia ,satu-satunya bahaya yang dapat timbul adalah kemungkinan terjadinya jangkitan 'penyakit anjing gila' akibat gigitan kucing dan juga cakaran dari kuku kucing yang sangat pedih dan menyakitkan. Diantara banyak jenis kucing yang ada di dunia , berikut jenis kucing paling unik di dunia

1. Scottish Fold
Kucing Scottish Fold ini memiliki keunikan yang tidak di miliki kucing lainnya, seperti cuping telinganya yang kecil sehingga kucing ini mirip burung hantu. Suaranya hampir tak kedengaran sewaktu merayu untuk mengajak bermain.Keunikan lain dari kucing ini adalah mudah menyesuaikan diri terhadap suasana baru ,tidak panik di suasana yang ramai misalnya anda membawanya kemana sahaja yang penuh dengan orang atau haiwan lain misalnya anjing.
Scottish Fold

2. Sphinx
Anda sudah melihat keunikan dari kucing ini sewaktu pertama kali melihatnya, tubuhnya hampir tidak mempunyai bulu .Keturunan ini dihasilkan dari kucing-kucing yang mengalami perubahan genetik. Jumlah kucing keturunan ini juga masih sangat sedikit.Anda mungkin pernah melihat kucing jenis sphinx ini tampil di TV atau di film-film luar Hollywood ?
sphinx

3. Turkish Angora
Kucing unik ini berkembang biak di Turki . Memiliki bulu, bola mata indah adalah daya tarikan kucing ini. Turkish Angora ini juga jarang di temukan ,mungkin hanya segelintir orang saja yang memilikinya kerana harganya yang sangat mahal juga jarang ditemui.
Turkish Angora

gravatar

Budaya Barat Serang Sekolah-sekolah Malaysia



Melalui Mickey Mouse, Astro dan berbagai saluran, institusi dan tokoh, Barat dan kuncu-kuncunya menyerang keperibadian dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Islam di sekolah-sekolah mereka.

Disamping Budaya Barat menyerang golongan belia dan dewasa di Malaysia melalui penyebaran isu-isu lucah sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak dan remaja pula diserang melalui penganjuran tarian rock, pengadilnya celebriti dari Barat. Tarikh tutup pendaftaran “My School Rocks” pada 20 Mei 2011 ini adalah menggunakan promosi ala-Mickey Mouse yang mendapat tempat dalam minda ramai kanak-kanak sedunia.


Jika tidak kerajaan, Rakyat haris bangkit menentang serangan Budaya Barat yang merosakkan generasi.

Dari penganjuran ini dapat disimpulkan beberapa perkara :

  1. Golongan kanak-kanak dan remaja menjadi salah satu sasaran pihak Barat untuk merosakkan umat Islam dari dalam terutama melalui penghakisan identiti dan jatidiri mereka sebagai umat Islam.
  2. Penganjuran yang boleh merosakkan akhlak dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Melayu Islam masih mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran sendiri terlibat secara langsung.
  3. Mickey Mouse dengan ini bukan sahaja satu entiti yanag mengeluarkan produk filem kartun, akan tetapi ia adalah satu badan yang berfungsi lebih dari itu iaitu menganjur dan mempromosikan program-program yang bertentangan dengan Islam kearah merubah keperibadian dan jatidiri salah satu golongan terpenting dalam masyarakat iaitu kenak-kanak dan remaja, generasi masa depan.


Majlis ulangtahun kelahiran atau Happy Birthday. (Foto Hiasan)


Generasi ala-Barat di Malaysia bukan lahir secara tiba-tiba. Ia dibina sejak dari alam kanak-kanak dan remaja, samada dari latarbelakang keluarga atau dari dokongan penguasa atau kedua-duanya sekali. Barat sentiasa mencari pintu-pintu masuk dari berbagai sudut, masa dan kesempatan.

Dengan ini kita mengajak semua pihak terutama pihak Kementerian Pelajaran, guru-guru besar, para pengetua, jabatan-jabatan agama dan para ibu bapa penjaga agar :

  1. Merasakan kepentingan pendidikan Islam yang sejati dan sebenar terhadap golongan kanak-kanak dan remaja, sentiasa menganjurkan program-program Islam didalam maupun di luar premis sekolah, kearah membina generasi harapan Islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang dihari muka.
  2. Bangkit, membantah dan menentang pertandingan tarian rock antara sekolah-sekolah anjuran Mickey Mouse dan sekutu-sekutunya yang tarikh tutupnya ialah 20 Mei 2011 ini dan penganjuran-penganjuran sedemikian selama-lamanya. Bekerjasama dalam apa sahaja bentuknya adalah satu dosa, kesalahan dan jenayah terhadap agama dan generasi umat akan datang. Mengenalpasti pihak-pihak yang terbabit dan membawa mereka kemuka pengadilan dan tindakan disiplin.
  3. Menarik lesen syarikat Mickey Mouse, sekutu-sekutunya dan segala produknya dengan penganjuran di atas membuktikan bahawa ia adalah satu entiti yang bermatlamatkan menghakis keperibadian Melayu Islam yanag menjadi tunggak kekuatan umat di rantau ini, dan seterusnya ia cuba menerap dan membudayakan nilai-nilai Barat yang bertentangan sama sekali dengan Islam.



Jemaah Islam dituntut agar tidak berputus asa dan terus kental berhadapan dengan tsunami Budaya Barat yang mendapat dokongan moral dan material dari berbagai pihak yang berkepentingan duniawi. Jalan terbaik ialah dengan membina individu-individu disekolah-sekolah, membina keluarga-keluarga didalam masyarakat dan generasi Islam sejati didalam negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran yang bergerak dan berperanan ditengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak, lalu mereka membetulkannya dengan petunjuk Al-Quran.

Kita berdoa kepada Allah swt agar Dia sentiasa menyelamatkan umat ini dari mara bahaya serangan ketenteraan, ideologi dan budaya musuh-musuhNya dari Timur dan Barat. Ameen.

gravatar

Supertots - Animasi 100% Buatan Malaysia

Masa kecik-kecik dulu kita selalu tengok Keluang Man, dah besar sikit kita tengok Upin dan Ipin. Sekarang ini muncul lagi satu animasi 100% buatan anak Malaysia yang diberi nama Supertots. Sila tengok preview Supertos di video yang kami sharekan di atas tue ye. Nampak cantik dan kemas animasi yang dibuat oleh syarikat NetCarbon. Tahniah saya ucapkan.

supertots

Supertots mengisahkan 5 kanak-kanak yang mempunyai “superpower” dan mereka bertanggungjawab menjaga keamanan galaksi kita. Captain Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq bersama kapal angkasa mereka, Atoq menjalankan misi mencari dan menyelamat makhluk asing dari ancaman Zeeboz, genius jahat tak menjadi (wannabe).

Satu peraduan sedang berjalan sekarang iaitu Supertots : Legion of Friends contest. Ianya senang dan percuma, cuma perlu klik “LIKE” di facebook.com/supertots. Boleh menang iPad lagi. Setakat ini sudah hampir 14 ribu orang like page Supertots. Not bad jugaklah kan?

gravatar

Guna Pokok Ganti Tayar

Hahah..kreatif sungguh.Menjadikan batang pokok sebagai pengganti tayar yang tercabut..