Tazkiyatun Nafs
Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
Showing posts with label agama. Show all posts
Keputusan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali Ke-22 malam semalam di Dewan Saadah Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
Nasyid Tradisional
Johan - Zinnirah (Selangor)
Naib Johan - Muhammad (Sabah)
Ketiga - CG Farhana (Perak)
Nasyid Moden
Johan - Zara (Sabah)
Naib Johan - Zulfa (Selangor)
Ketiga - CG Fannan (Perak)
Persembahan Terbaik - Zara (Sabah)
#Kali pertama Sabah jadi tuan rumah peringkat kebangsaan. Jauh sangat
ke Sabah, tak dapat nak tengok live, kat TV pon takde live. Huhu. =(
Papepon tahniah kepada wakil Perak, CG Farhana & CG Fannan kerana kedua2nya mendapat tempat 3 terbaik ! Tahniah !
Orang selalu cakap, New York adalah kota yang tidak pernah tidur. Mungkin mereka tak pernah pergi Mekah kot?
Teringin sangat nak ke kota yang tak pernah tidur ni iaitu Mekah untuk buat Haji. Tapi kalau tak dapat pon, dapat buat umrah pon jadilah kan ? Kalau dapat buat umrah dah bersyukur sangat.
Kata ustaz, mengerjakan haji adalah wajib kepada yang mampu. Tapi sekarang, saye tengok, banyak orang yang mampu, tapi duit nya di habis kan dengan melancong ke negara lain. Sayang nya. selesaikan lah apa yang patut dulu kan. Tapi tak nak kata lebih. mungkin deme ada perancangan sendiri.
Cadangnye, lepas tamat belajar ni nak selesai kan dahulu hutang dengan MARA. Tapi berharap sangat dapat senarai dekan la. Hehe, akan di tukar jadi biasiswa ye dak? Tak perlu susah-susah nak bayar balek. Senang sikit nak kumpul duit nak pegi haji kalau pinjaman MARA dah ditukar jadi biasiswa. Hehe.
Sebab yang wajib di selesaikan dahulu adalah hutang. Kalau kita ade hutang, kita perlukan selesai kan hutang kita dulu. Ustaz kat sekolah dulu pernah cakap :-
"Kalau kite mati tak kerjakan haji, takde apa lagi. Tapi kalau kite mati, kita ada hutang, jasad ni antara bumi dengan langit."
Maka, InsyaAllah cube segera langsaikan hutang dulu nanti. Lepas tu, cari kerja dan kumpul duit untuk mengerjakan Haji atau Umrah. Tapi, layak ke saye ke sana? Pasti lah layak untuk seluruh umat Islam. Kite perlu yakin dan jangan bersangka buruk dengan Allah. Allah akan sentiasa menerima hamba Nya yang membuat kebaikan. Kan kan?
Kome perasan tak dalam filem Istanbul Aku Datang macam mengesahkan Malaysia ni 'bukan negara Islam'?
Ada satu scene time kat University tu mase Dian (Lisa Surihani) ngan Azad (Tomok) bersembang dan berpeluk, perasan tak dialog yang diucapkan Azad? Lebih kurang macamni laa bunyinya.
Azad: Janganlah peluk depan2 orang macam ni. Tak elok orang tengok.
Dian : Haa? U peluk I kat KL ok jer.
Azad : Tu lain. Kita kan kat negara orang. Negara Islam pulak tu. Hormatlah sikit.
Maaflah, ini ape yang aku perasan laa. Kot lah kome tak perasan. Tapi Malaysia pon negara Islam jugak kan ? Kat negara sendiri taknak hormat pulak, boleh je peluk2 bagai. Tapi, kat negara orang reti pulak nak hormat.
Kita belajar Ilmu Fiqh untuk mengesahkan amal zahir. Belajar Ilmu Tauhid (Aqidah) supaya hati (roh) kenal Allah dan tidak sesat jalan hidup.
Kita belajar dan menghayati ilmu tasawwuf agar dapat mengubati penyakit mazmumah seperti ego, bongkak, takabbur atau riak. Penyakit penyakit ini adalah syirik kecil yang tersembunyi pada diri kita yang boleh membatalkan amal Fiqh dan amal Tauhid.
Ilmu tasawwuf mendidik hati manusia yang berakhlak "keras/kasar/biadab". Tasawwuf mengajar jadi "ihsan", sentiasa yakin bahawa "Allah tahu dan melihat apa yang kita buat". Buat hati jadi lembut, perangai juga lembut, tidaklah lagi melihat keburukan orang, mengata orang, memaki hamun orang,mengaibkan orang, dan suka buruk sangka terhadap orang. Tasawwuf mengajar kita supaya sentiasa bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Belajar Fiqh dan Tauhid sahaja tidak cukup untuk mendidik hati. Ilmu Tasawwuf menjernihkan hati.
Kesimpulannya : Ilmu Aqidah adalah pokoknya, Fiqh adalah batangnya, Tasawwuf adalah buahnya.
Semoga posting ini ada manfaatnya. Wallahu'alam. =)
Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Peringatan Hari Polis Ke-205 Kontinjen Perak.
Tarikh : 10 April 2012
Masa : 9.00 malam
Tempat : Perkarangan IPD Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak
Tajuk : "Polis dan Masyarakat : Berpisah Tiada"
Panel 1 : Supt. Haji Ghazali bin Daud (Urusetia BAKA, Bukit Aman)
Panel 2 : Al Fadhil
Ustaz Mohd. Kazim bin Elias Al Hafiz (Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah/ Pendakwah/Penceramah PerakFM)
Moderator : Al Fadhil Ustaz Mohammad Haniff bin Baderun (Pegawai Tadbir Masjid Sultan Idris Shah II)
Part 1 :
Part 2 :
Hahaha, semalam ada makcik dok sembang dengan
saya sewaktu Forum Perdana Hal Ehwal Islam di IPD Perak Tengah sambil merungut-rungut pasal hari ini ramai anak-anak gadis yang
pakai seksi hingga boleh nampak seluar dalam dan warnanya sekali. hehehe (hanya mampu tersengih je.), dan makcik tu pon bagitau kalau muka tu lawa ok la jugak tapi, muka
kalau budak kecik tengok mengigau malam? Kan Islam dah kata tutup la
aurat, sekiranya kita tutup yang tak lawa pun akan nampak lawa. Apa
komen kome?
Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir,
mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat
kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang
lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap
perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati
serigala.- Riwayat Thabrani dan Hakim

Sedar tak sedar…kadangkala diri kita
bergelumang dengan sifat yang Allah murkai dan laknati sehingga sifat
inilah yang menyebabkan Iblis dilaknati dan dihinakan Allah.
Sifat
membesarkan diri…..menyombongkan diri……bongkak….. itulah sifat
buruk,..yang sesiapa sahaja yang mendewakan sifat ini di dalam dirinya……
maka mereka akan dihina dan dimurkai Allah.
Seorang wali Allah yang terkenal Sufyan At-Tsauri ada menyatakan:
عَنْ سُفْيَانِ الثَّوْرِى كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ شَهْوَةٍ فَإنَّهُ
يُرْجىَ غُفْرَانُهَا وَ كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ الْكِبْرِ فَإنَّهُ
لايُرْجىَ غُفْرَانُهَا لأنَّ مَعْصِيَةَ إبْلِيسَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ
الْكِبْرِ وَزَلَّةُ آدَمَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ الشَّهْوَةِ .
Ertinya:
Setiap maksiat yang disebabkan oleh syahwat…maka masih
boleh diharapkan keampunan dari Allah…tetapi setiap maksiat yang
disebabkan oleh sifat membesarkan diri(sombong) tidak dapat diharapkan
keampunan dari Allah…..kerana maksiat yang dilakukan oleh Iblis itu
adalah disebabkan oleh sifat membesarkan diri (sombong)sedangkan
tergodanya Adam adalah kerana syahwat.
Ada ulamak tasawuf yang
menyatakan apabila kita merasa kagum dengan diri kita …maka kita sudah
menjadikan diri kita ini bergelumang dengan sifat riak……
Setiap kali kita melihat cermin memandang wajah kita… dan kita akan katakan yang kita ini hensem…kacak….macho…..maka kita sudah menjadi riak…..
Setiap kali kita menggayakan pakaian kita ..dan kita rasa pakaian kita cantik…elegan…mahal….hebat dari orang lain….maka kita sudah menjadi riak….
Setiap kali kita membandingkan kebaikan dan kebajikan kita..dengan
orang lain….dan kita rasakan kita lebih….pemurah dan banyak buat
pahala…..maka kita sudah menjadi riak…….
Setiap kali
kita…..merasakan kita lebih mulia dari orang lain dan orang lain itu
rendah standardnya daripada kita…takde class……maka kita sudah menjadi
riak……
Setiap kali kita menolak …..hukum Allah dan merasakan ada
hukum yang lebih baik daripada hukum Allah maka kitalah manusia yang
riak dan yang membesarkan diri dengan Allah.
Jauhilah sifat
riak ….ini….kerana jika anda mendewakannya dan menjadikannya sebagai
gaya hidup anda….maka anda.. akan menjadi saudara syaitan dan bakal
berjiran dengannya di dalam neraka...setelah mendapat gelaran “ yang
dilaknat Allah”….dengan pangkat kepujian di dalam bab “dimurkai
Allah”…………
waliyazubillah….!!!

Menurut seorang ulamak tasauf....antara cara
untuk menjadi cemerlang di dalam kerja kita maka ada lima konsep yang
mesti kita lestarikan:
،{ أولها: اختيار الشدة على النعمة ،
وثانيها: اختيار الجهد على الراحة ، وثالثها: اختيار الذل على العز ، و
رابعها: اختيار السكوت على الفضول ، وخامسها: اختيار الموت على الحياة}.
1- Pertamanya....memilih untuk membiasakan diri dengan budaya susah dari bersenang lenang di dalam suatu kerja.
Orang yang biasa buat kerja-kerja yang susah akan merasa senang dengan
kerja yang biasa.Begitu juga orang yang biasa hidup susah akan
menghargai kesenangan yg diperolehinya..setelah berjaya
2- Memilih untuk berusaha/bekerja dengan rajin daripada berehat-rehat.
Buat kerja kita sungguh-sungguh...jangan asyik cari peluang mengulat
aje ye...nampak sibuk depan boss...belakang boss asyik bergayut aje
macam beruk....he he he
3- Memilih merendah diri daripada menyombong diri.....
Jika kita merendah diri dan tidak sombong..... barulah teman sekerja
sayang dan kasih pada kita....ingat kita bekerja sebagai satu team
work..kalau tak ada sahabat kita yang buat kerjanya...jabatan kita tak
akan berjaya..hatta tukang photostat di pejabat pun kalau tak ada dia
kan susah...maka hargailah kerja mereka..walaupun dgn ucapan terima
kasih.
4- Memilih untuk diam daripada melakukan dosa mulut.....
Banyak pergaduhan berlaku di pejabat sesama teman sekerja adalah disebabkan oleh kata-kata umpatan...kejian...isu-isu
terkini....fitnah dan sebagainya....jika kita terlibat dgn kumpulan ini
..percayalah kita akan banyak membuang masa...kerana berbual kosong
sehingga menjejaskan prestasi kerja kita...apatah lagi tuan badan yang
diumpat pasti tak dapat membuat kerjanya dgn baik.
5- Memilih ingat mati dari hidup lama......
Mengingati mati adalah motivasi orang beriman yang ternbaik
sekali...bila kita ingat mati..kita tak akan melakukan perkara yang
haram di dalam kerja kita...kita tak berani menipu...ponteng...pecah
amanah...rasuah...kerana secara konsepnya begini...jika kamu tidak jujur
dengan kerja kamu ingat...kamu akan mati dan akan dipertanggungjawabkan
di akhirat iaitu kehidupan selepas mati.
Inilah lima
perkara,....yang insyaalah kalau dihayati dan diamalkan ....percayalah
kita akan menjadi pekerja yang cemerlang.....kalau tak percaya
cubalah....

WAJAH SAYU…KESEDIHAN DAN KETAKUTAN
SUDAH TIADA LAGI…
TANGISAN ESAKAN DAN RINTIHAN…..
SEAKAN SUDAH KEHABISAN….TIADA BERBAKI
PERASAAN MARAH DAN TERKILAN
MELIHAT KETIDAK ADILAN DAN KEZALIMAN
BERSILIH GANTI MENGHUNI SANUBARI
DARAH MERAH YANG MENGALIR MENJADI SAKSI
BILA TERDENGAR LAUNGAN TAKBIR….
MENYERU NAMA ILAHI…TANDA BANGKITLAH UMAH
TAMATKANLAH TRAGEDI DAN MIMPI NGERI INI
AYUH BANGUNLAH…TEGAKKAN PANJI KEBENARAN
TIADA GUNA HARTA..PANGKAT DAN WANG BERJUTA
JIKA MARUAH DAN HARGA DIRI DICABULI PENDUSTA
BIAR HIDUP DERITA MENEGAKKAN HAK MANUSIA
DARI HIDUP DERITA…DIBAWAH TEKANAN SANG DURJANA
BEBASLAH DIRIKU..BEBASLAH..UMMAHKU…BEBASLAH
BEBASLAH NEGERIKU…BEBASLAH TANAHAIRKU…..
BEBASLAH JIWAKU…JANGAN TERBELENGGU
KERANA MARUAH KAMI MULIA JANGAN DIHINA.
BIAR TUBUH KAMI DIROBEK PELURU TAK BERMATA
BIAR TUBUH KAMI LUKA PARAH DI PUKUL BELANTAN
BIAR TUBUH KAMI KAKU TIDAK BERNYAWA……..
BIAR TUBUH KAMI YANG TAK BERDAYA MENYUARAKAN KEBENARAN
KAMI YAKIN PASTI DISUATU HARI…..
DOA KAMI AKAN DIMAKBULKAN
DOA KAMI YANG BERKUMANDANG DI MASJID DAN DI JALANAN
DOA ORANG DIZALIMI DIMAKBULKAN TUHAN.
WAHAI SAUDARA SEAGAMA SELURUH DUNIA
TAK MENGAPA JIKA HANYA MEMERHATI TANPA BERBUAT APA
TAPI INGATLAH SATU PERKARA……
JIKA TUHAN KITA BERTANYA…..APA YANG KAMU LAKUKAN
PABILA MELIHAT SAUDARAMU TERANIAYA….???????
ALLAHUAKBAR…HASBUNALLAH WA NIKMAL WAKIL…WA LA HAULA WALA
QUWWATA ILLAHI BILLAHIL ALIYILA’ZIM

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan
perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang
pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah
yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung
mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat
adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat
itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan
akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu
buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah
banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga
kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang
perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang
menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka
selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk
melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya
sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan
lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan
…..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun
membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara
dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah
ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni
insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah
tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita
ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai
seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman
suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia
berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas
dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang
namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan
nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita
membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila
seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya
tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara
mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak
bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah
disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat
itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu
perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak
seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya
yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka
dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian
kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab
di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat
contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup
aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka
menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi
jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung
walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya
dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi
ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa
diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan
ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka
pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik
sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong
mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa
kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung
pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan
oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling
muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan
aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti
mencaci..mengata…sombong..dan
sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah
keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab
mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah
selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh
tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma
dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri
mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang
sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik
namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi
benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi
kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah
dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan
tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan
berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita
boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke
detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a
gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan
harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu
sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung
menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik
itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya
faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu
betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih
ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya
mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan
perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti
terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai
tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis
saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di
dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat
kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa
insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa
saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
Hadis Nabi
Dari Abu Hurairah r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah
yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu
dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir
dibuka.”
(al-Bukhari)
Kadangkala kita susah untuk mengamalkan sunnah Nabi saw yang sekecil
ini...apatah lagi nak mendaulatkan islam dan syariatnya...iaitu sunnah
Nabi saw yang paling besar....!!!!

Di Ankara Turki Kitab Injil 1,500 tahun
ditemui, ia menggemparkan Vaticankerana isi didalam nya membenarkan apa
yang Alquran telah bawa, lebih 1500
tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan
kedatanganNabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan ssbelum vatican
melihat nya dahulu.
Petikan dari Turkish News: www.turkishnews.com
Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada
Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh
kerajaan Turkidi Ankara, Turki.
Terdapat spekulasi bahawa Injil
ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat
Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripadaInjil asal.
Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan.
Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Akhbar Berita harian melaporkan kitab Injil berusia 1,500 tahun yang
mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik
perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict
XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di
Turki sejak 12 tahun lalu.
Vatican telah membuat permintaan
rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun
bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara,
Turki.
Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu
salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa
percaya adalah sebahagian daripada Injil asal. Injil Barnabas merupakan
sebuah kitab Injil versi Barnabas.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan
sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan
penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi
Muhammad.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau
adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili
merujuk kepada bangsa Arab keturunanNabi Ismail.
Menurut laporan,
umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialahInjil Saint
Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Lukedan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot
dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Injil Barnabas Berusia lebih 1500 tahun, Ia dikawal ketat oleh pihak
berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan
dipamerkan tidak lama lagi.
Gunay berkata, kitab Injil
berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan
bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan
paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah
nama diberkati.
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta
untuk melihat buku itu, yang ditemuiTurki ketika operasi anti
penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai
artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum
diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama
lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan
bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan
mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi
Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad
kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama
sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi
Petikan dari Daily Mail:
Mereka pula berkata mendakwa bahawa bible yang meramalkan
kedatanganMuhammad, tetapi ia tidak benar. Ini adalah kepercayaan lama
yang berabad-abad, konspirasi teori oleh orang Islam
Petikan dari Macedonian Truth Forum: www.macedoniantruth.org
Terdapat biara di Turki utara Cyprus yang dipanggil sebagai biara St
Barnabassebagai Rasul, yang diasaskan oleh sendiri dan didakwa
mengandungi kuburnya.
Kira-kira 20 tahun yang lalu, biara ini telah
dirompak oleh kumpulan yang tidak diketahui orang. Mereka digali `s
lantai, dinding pada waktu malam.
Ia adalah tidak diketahui apa yang mereka ketemui dan jika mereka mencuri sesuatu yang dikebumikan di dalam ia dinding.
Seorang wartawan di Cyprus mendakwa bahawa mereka telah menemui satu
salinan Injil yang sangat kontroversi St Barnabas dalam dan mencurinya
.
Kemudian manakala wartawan ini telah menyiasat isu itu, beliau telah ditembak mati.
Dari wikipedia:
Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali.
Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan
ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus.
Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai
untuk mengembangkan agama Kristian.
Kuburnya ditemui di pulau
Cyprus di Laut Mediterranean pada zamanMaharaja Zeno ( 478 m). Satu
salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada
jenazah St Barnabas .
Injil ini popular dalam kalangan orang
Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas
hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan
dengan Triniti.
Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip
iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam
bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16
sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.
“Vatican telah didakwa mengeluarkan permintaan rasmi untuk memeriksa
Alkitab yang berusia 1,500 tahun yang telah diadakan di Turki selama 12
tahun yang lalu,
http://www.huffingtonpost.com/
Injil rahsia ini di mana Isa dipercayai untuk meramalkan kedatangan
Nabi Muhammad ke Bumi telah mencetuskan minat yang serius dari Vatican.
Pope Benedict XVI didakwa mahu melihat buku yang berusia 1,500 tahun,
yang bersuara banyak Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh
kerajaan Turki untuk 12 tahun yang lalu.
http://www.dailymail.co.uk/“
Maka benarlah firman Allah:
لَّقَدۡ كَفَرَ الَّذِينَ قَآلُوا۟ إِنَّ اللّهَ هُوَ الۡمَسِيحُ ابۡنُ
مَرۡيَمَ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ مِنَ اللّهِ شَيۡئًا إِنۡ أَرَادَ أَن
يُهۡلِكَ الۡمَسِيحَ ابۡنَ مَرۡيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي الأَرۡضِ جَمِيعًا
وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا يَخۡلُقُ مَا
يَشَاء وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (17)
Demi
sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah
ialah Al-Masih Ibni Mariam". Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu
tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah
sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam
berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan
segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang
dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
وَقَالَتِ الۡيَهُودُ وَالنَّصَارَي نَحۡنُ أَبۡنَاء اللّهِ
وَأَحِبَّاؤُهُ قُلۡ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلۡ أَنتُم بَشَرٌ
مِّمَّنۡ خَلَقَ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَلِلّهِ
مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَإِلَيۡهِ الۡمَصِيرُ
(18)
Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah
anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya. Katakanlah (wahai Muhammad):
(Kalau betul demikian), maka mengapakah Dia menyeksa kamu dengan sebab
dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan)
bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain
yang diciptakanNya. Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Dia menyeksa
sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa
pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya
dan kepada Allah jualah tempat kembali.
يَا أَهۡلَ الۡكِتَابِ
قَدۡ جَاءكُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ عَلَي فَتۡرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ
أَن تَقُولُوا۟ مَا جَاءنَا مِن بَشِيرٍ وَلاَ نَذِيرٍ فَقَدۡ جَاءكُم
بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (19)
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami
(Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam)
ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu
tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada
kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran
(yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu
seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Baru-baru
ini saya pergi menggunting rambut di kedai gunting milik seorang
India...sedang saya mendapatkan khidmat tukang gunting itu...kedai itu
riuh rendah dengan suara beberapa orang India berbual sambil
ketawa....apabila saya perhatikan melalui cermin ....saya dapati mereka
sedang leka menonton satu filem Tamil yang agak menarik...tajuknya "Sivaji The Boss"
Saya pun tersebyum sambil bertanya: "Ane...ini filem bagus ka?"
Tukang gunting tu pun menjawab...."Ayoyo tuan...ini filem banyaaakkk bagusss.."
"Hmmm....apa pasal u kata bagusss"
"Ini filem tuan....itu Rajni Khan sudah berlakon jadi dia punya
hero...ini hero banyak bagus...banyak baik....dia sudah tolong sama
orang miskin.....macam saya....dia kasi hantam sama ...itu
menteri...sama dia punya gang....itu raskal...#$%&%#*&^%....punya orang"
"oooooo...itu macam ka?"...u tarak suka tengok filem Melayu kaa?
"Tarak tengoklah tuan...ada satu kali saya tengok....Melayu punya filem..suma ada cinta...kaya....cinta....perempuan...sudah cinta..sama anak dato....tara apa pengajaran tuan......."
Saya jadi panas telinga juga bile dengor ane tukang gunting ni beri komen..'"
Dalam hati saya berkata apa yang best sangat ceghite Tamil ni...yang
aku tahu depa ni kalau menari dalam satu filem sampai lima kali tukar
baju.!!!
Tetapi ..bila saya tengok sekejap filem ini
ternyata ada kebenarannya....Rajini Khan yg melakonkan watak sivaji the
boss..berjaya menggunakan bakat dan pengalamannya...memprovokasikan
hubungan antara orang kaya dan menteri yg korup....dengan rakyat miskin
India...sehingga filem ini adalah di antara box office di india kerana
mesej yang hendak disampaikan itu mewakili penderitaan rakyat yg
miskin.
Ketika itu barulah timbul rasa segan pada diri
saya kerana filem kita banyaknya berkisar pada cinta...moto
besar..tahyul...toyol...pocong.....puntianak.....sedangkan mereka pengarah di india sudah maju dari segi kreativiti karya yang bebas dari mana-mana tekanan politik....
Memang benar ...filem Tamil lebih berani di dalam menegakkan hak orang miskin...
Nukilan : Ustaz Ahmad Munawir Salehuddin (Penceramah PerakFM & Pengetua Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Felda Lasah, Sungai Siput, Perak)
Tiada hospital kerana tiada orang sakit, jika ada pun mereka akan solat sunat 2 rakaat dan penyakit akan sembuh, kenapa? kerana mereka punya pegangan iman yang sangat kuat, yakni Allah menyembuhkan, bukannya ubatan, jika tak sembuh, mereka akan redha dan anggap kesakitan itu kafarah dosa..
Tiada penjara kerana susah nak jumpa orang buat perkara dilarang, kerana iman mereka sangat tinggi dalam mentauhidkan Allah dan hukum Allah digunapakai. Jika ada pun tawanan perang yang beberapa hari kemudian akan peluk Islam..
Tiada universiti kerana semua akan belajar di Masjid Nabi s.a.w segala ilmu Allah..
Ada pemimpin pulak kata...
'ZAMAN NABI (s.a.w) TAK ADA PISAU CUKUR, SEBAB ITU NABI (s.a.w) TAK CUKUR JANGGUT!'
Zaman ini pulak ada orang berpengaruh kata..
'ANDAINYA HUDUD DIJALANKAN, NESCAYA KITA TAK CUKUP BATU NAK BUAT JALAN'... Terfikir pulak, rupanya pada pandangan beliau, rakyat Malaysia ni ramai yang jahat dan pasti direjam jika hudud dijalankan!
Berhati-hatilah selalu dan perbanyakkanlah berzikir dan mengingati Allah supaya kita tidak tergolongan didalam 72 golongan yang akan ke neraka kelak.hanya 1 golongan yang akan ke syurga di antara 73 golongan..moga Allah SWT melindungi kita dari termasuk kedalam golongan tersebut..NAUZUBILLAH..

Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada YANG ESA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB DI ALAM BAQA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB NERAKA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku menghadapi DASYATNYA AKHIRAT SANA
Gugurlah engkau kala KEINSAFAN di atas segala DOSA-DOSA
Gugurlah engkau kala RASA HINANYA diriku di sisi YANG MAHA ESA
Gugurlah engkau kala ku MEMOHON diampun DOSA DAN ALPA
Gugurlah engkau kala ku MERAYU taubatku DITERIMA
Gugurlah engkau kala kumemohon PETUNJUK-NYA
Gugurlah engkau kala kumemohon segala BANTUA-NYA
Gugurlah engkau kala ku memohon mati dalam RAHMAT-NYA
Gugurlah engkau kala kumemohon menghuni SYURGA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap REDHA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap CINTA-NYA
Gugurlah engkau kala kurindu pada PENCIPTA ku YANG NYATA
Gugurlah engkau kala kurindu HAMPIR PADA-NYA
Gugurlah engkau kala ku rindu pada KEKASIH-NYA
Gugurlah engkau kala ku SUJUD pada yang Kuasa
Gugurlah engkau kala ku TADABBUR Kalam yang Esa
Gugurlah engkau kala ku ZIKIR pada Yang Kuasa
Gugurlah engkau kerana YANG ESA
Kerana kuingin setiap titismu menjadi PEMBELA ku
Kerana kuingin setiap titismu menjadi SAKSI ku
Kerana kuingin setiap titismu PENYELAMAT diriku
Kerana kungin setiap titismu MEMBAWA ku KESYURGA idamanku
Kerana kuingin setiap titismu ku DAPAT MELIHAT wajah Rabbku..
Kerana kuingin setiap titismu BAWA BAHAGIA ABADI buatku
WALAU ENGKAU HANYA SETITIS AIR MATA MEMBASAHI PIPIKU...
Namun Nilainya hanya Tuhan sahaja yang tahu..............

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.
Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.
Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.
Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Karena orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan.

Ketahuilah tipu daya syaitan kepada kita ketika kita ingin melakukan ibadat :
1- Apabila kita nak buat ibadat syaitan akan melarang kita, katanya " jangan kamu lakukan" maka kata padanya " aku perlu mencari bekalan akhirat".Kalau kita berjaya.
2- Syaitan akan cuba menangguhkan ibadat kita,katanya " nanti dulu,kita masih muda lagi nanti tua kita beribadatlah", maka katakan padanya " Kematianku bukan ditanganmu, aku takut mati dalam keadaan menangguhkan amal".kalau kita berjaya.
3- Syaitan akan galakkan kita buat ibadat banyak2,katanya "cepatlah buat amal agar boleh buat banyak2 amal" maka katakan padanya "Amal yg sedikit lagi sempurna lebih baik dari banyak tapi tak sempurna".kalau kita berjaya.
4- Syaitan akan suruh pula buat amalan yg sempurna agar dilihat oleh orang ibadatnya elok.katakan padanya " Ibadatku hanya dinilai oleh Allah bukannya manusia".kalau kita berjaya.
5- Syaitan akan puji ibadat kita biar kita rasa ujub dalam ibadat kita katanya " Tinggi darjatmu kamu orang terpilih disisi Allah"katakan padanya "Semua keagungan hanya milik Allah, Allahlah yg menentukan darjat manusia, semua ibadatku adalah taufik dari Allah, sekiranya tanpa taufik-Nya apakah erti amalanku jika dibandingkan dgn ibadatku yg bercampur dgn dosaku yg banyak".kalau kita berjaya.
6- Jika dia gagal lagi,Syaitan akan berkata " Bersungguh2lah buat ibadat secara sembunyi, nanti Allah akan memberitahu orang lain bahawa kamu orang ikhlas".Ini boleh menyebabkan kita merasakan diri kita sudah baik dan ikhlas. Katakan padanya " Hei laknat, engkau tak henti2 mengodaku dgn berpura2 menyuruh aku mengelokkan ibadat sedangkan engkau mahu merosakkan ibadatku,jika dikehendaki Allah, dialah yg menzahirkan hambanya ikhlas atau tidak, aku tidak kira amalan aku dilihat orang atau tidak, itu bukan urusan manusia".
7- Gagal cara itu, syaitan akan berkata " Hai manusia jgn engkau menyusahkan dirimu, segalanya telah ditetapkan pada azali, kalau syurga tetap bahgia walau ibadat sikit, kalau neraka tetap neraka walau ibadat banyak sekalipun".katakan padanya " Aku hamba Allah, wajib mengikut perintah Allah, sekiranya aku masuk neraka dalam keadaan taat lebih aku sukai daripada masuk neraka dalam keadaan maksiat"
Semoga Allah merahmati kita, sesungguhnya tipudaya syaitan amat banyak utk kita lalui, nasihat ustaz carilah guru mursyid agar selamat dunia akhirat.
Rujukan Minhajul Abidin Imam Al Ghazali.

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
