Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Showing posts with label dunia. Show all posts

gravatar

Never give up my friends.

Apabila dilanda masalah, carilah seseorang yang dapat menjadi perangsang bagi dirimu agar kamu jadi lebih kuat dan kental untuk menghadapi setiap cabaran dan ujian yang datang.

Apabila ditimpa masalah, jangan diminta kurangkan ujian, tetapi mintalah agar dikuatkan iman dan dikentalkan jiwa untuk terus kuat menghadapi ujian2 yang mendatang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah, ayat 286.

gravatar

YA ALLAH JAUHKANLAH AKU DARI SIFAT KESYAITANAN INI…

Sedar tak sedar…kadangkala diri kita bergelumang dengan sifat yang Allah murkai dan laknati sehingga sifat inilah yang menyebabkan Iblis dilaknati dan dihinakan Allah.
Sifat membesarkan diri…..menyombongkan diri……bongkak….. itulah sifat buruk,..yang sesiapa sahaja yang mendewakan sifat ini di dalam dirinya…… maka mereka akan dihina dan dimurkai Allah.

Seorang wali Allah yang terkenal Sufyan At-Tsauri ada menyatakan:

عَنْ سُفْيَانِ الثَّوْرِى كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ شَهْوَةٍ فَإنَّهُ يُرْجىَ غُفْرَانُهَا وَ كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ الْكِبْرِ فَإنَّهُ لايُرْجىَ غُفْرَانُهَا لأنَّ مَعْصِيَةَ إبْلِيسَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ الْكِبْرِ وَزَلَّةُ آدَمَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ الشَّهْوَةِ .

Ertinya:
Setiap maksiat yang disebabkan oleh syahwat…maka masih boleh diharapkan keampunan dari Allah…tetapi setiap maksiat yang disebabkan oleh sifat membesarkan diri(sombong) tidak dapat diharapkan keampunan dari Allah…..kerana maksiat yang dilakukan oleh Iblis itu adalah disebabkan oleh sifat membesarkan diri (sombong)sedangkan tergodanya Adam adalah kerana syahwat.

Ada ulamak tasawuf yang menyatakan apabila kita merasa kagum dengan diri kita …maka kita sudah menjadikan diri kita ini bergelumang dengan sifat riak……
Setiap kali kita melihat cermin memandang wajah kita… dan kita akan katakan yang kita ini hensem…kacak….macho…..maka kita sudah menjadi riak…..

Setiap kali kita menggayakan pakaian kita ..dan kita rasa pakaian kita cantik…elegan…mahal….hebat dari orang lain….maka kita sudah menjadi riak….
Setiap kali kita membandingkan kebaikan dan kebajikan kita..dengan orang lain….dan kita rasakan kita lebih….pemurah dan banyak buat pahala…..maka kita sudah menjadi riak…….

Setiap kali kita…..merasakan kita lebih mulia dari orang lain dan orang lain itu rendah standardnya daripada kita…takde class……maka kita sudah menjadi riak……
Setiap kali kita menolak …..hukum Allah dan merasakan ada hukum yang lebih baik daripada hukum Allah maka kitalah manusia yang riak dan yang membesarkan diri dengan Allah.

Jauhilah sifat riak ….ini….kerana jika anda mendewakannya dan menjadikannya sebagai gaya hidup anda….maka anda.. akan menjadi saudara syaitan dan bakal berjiran dengannya di dalam neraka...setelah mendapat gelaran “ yang dilaknat Allah”….dengan pangkat kepujian di dalam bab “dimurkai Allah”…………

waliyazubillah….!!!

gravatar

Istiadat Pertabalan Agong Ke-14

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

gravatar

BERITA GEMPAR !!!! TAMPARAN HEBAT UNTUK PADERI, PENDITA DAN PENGANUT KRISTIAN - Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki.

Di Ankara Turki Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vaticankerana isi didalam nya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatanganNabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan ssbelum vatican melihat nya dahulu.

Petikan dari Turkish News: www.turkishnews.com
Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turkidi Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripadaInjil asal.
Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan.

Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Akhbar Berita harian melaporkan kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripada Injil asal. Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunanNabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialahInjil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Lukedan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.


Injil Barnabas Berusia lebih 1500 tahun, Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemuiTurki ketika operasi anti penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Petikan dari Daily Mail:

Mereka pula berkata mendakwa bahawa bible yang meramalkan kedatanganMuhammad, tetapi ia tidak benar. Ini adalah kepercayaan lama yang berabad-abad, konspirasi teori oleh orang Islam

Petikan dari Macedonian Truth Forum: www.macedoniantruth.org

Terdapat biara di Turki utara Cyprus yang dipanggil sebagai biara St Barnabassebagai Rasul, yang diasaskan oleh sendiri dan didakwa mengandungi kuburnya.
Kira-kira 20 tahun yang lalu, biara ini telah dirompak oleh kumpulan yang tidak diketahui orang. Mereka digali `s lantai, dinding pada waktu malam.
Ia adalah tidak diketahui apa yang mereka ketemui dan jika mereka mencuri sesuatu yang dikebumikan di dalam ia dinding.

Seorang wartawan di Cyprus mendakwa bahawa mereka telah menemui satu salinan Injil yang sangat kontroversi St Barnabas dalam dan mencurinya
.
Kemudian manakala wartawan ini telah menyiasat isu itu, beliau telah ditembak mati.

Dari wikipedia:

Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali.

Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian.

Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zamanMaharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .

Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti.

Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16

sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

“Vatican telah didakwa mengeluarkan permintaan rasmi untuk memeriksa Alkitab yang berusia 1,500 tahun yang telah diadakan di Turki selama 12 tahun yang lalu,
http://www.huffingtonpost.com/

Injil rahsia ini di mana Isa dipercayai untuk meramalkan kedatangan Nabi Muhammad ke Bumi telah mencetuskan minat yang serius dari Vatican. Pope Benedict XVI didakwa mahu melihat buku yang berusia 1,500 tahun, yang bersuara banyak Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki untuk 12 tahun yang lalu.
http://www.dailymail.co.uk/“

Maka benarlah firman Allah:

لَّقَدۡ كَفَرَ الَّذِينَ قَآلُوا۟ إِنَّ اللّهَ هُوَ الۡمَسِيحُ ابۡنُ مَرۡيَمَ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ مِنَ اللّهِ شَيۡئًا إِنۡ أَرَادَ أَن يُهۡلِكَ الۡمَسِيحَ ابۡنَ مَرۡيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي الأَرۡضِ جَمِيعًا وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا يَخۡلُقُ مَا يَشَاء وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (17)

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam". Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

وَقَالَتِ الۡيَهُودُ وَالنَّصَارَي نَحۡنُ أَبۡنَاء اللّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلۡ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلۡ أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنۡ خَلَقَ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَإِلَيۡهِ الۡمَصِيرُ (18)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya. Katakanlah (wahai Muhammad): (Kalau betul demikian), maka mengapakah Dia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan kepada Allah jualah tempat kembali.

يَا أَهۡلَ الۡكِتَابِ قَدۡ جَاءكُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ عَلَي فَتۡرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا۟ مَا جَاءنَا مِن بَشِيرٍ وَلاَ نَذِيرٍ فَقَدۡ جَاءكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (19)

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

gravatar

Kita suka jika musuh-musuh Islam itu hancur !

"Kita suka jika musuh-musuh Islam itu hancur. Dan kita juga suka duduk diam. Maka sukalah juga dengan kenyataan bahawa itu semua hanya angan-angan kosong sahaja."

Allah swt akan tetap menghancurkan mereka sekalipun kita berdiam diri. Tapi rugilah jika tidak dapat ambil bahagian dalam peluang yang telah Allah sediakan di dunia ini.

Maksud firman Allah:

"Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang."

(Al Maidah:56)

dan,

Maksud firman Allah:

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada didalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."

(AnNuur:55)

gravatar

Kota-kota Di Dunia Pada Waktu Malam

Tokyo,Jepun

Kota ini kelihatan sangat terang pada malam hari, dengan penduduk 33 juta orang ini juga mempunyai keunikan tersendiri yang banyak menarik minat pelancong.

London, England

Kota ini sudah berusia 2000 tahun, tetapi tidak kehilangan keindahannya terutama pada malam hari.kota ini bahkan mempunyai 20 tempat yang pelancongan yang hanya dibuka pada malam hari

Moscow, Russian Federation

Ibukota dan bandar terbesar di Rusia.

New York City, USA

New York City

Paris, France

Paris telah lama menjadi salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di dunia, seni binanya dan laman budaya yang menarik lebih dari 30 juta pengunjung asing setiap tahun. di Paris Pada malam hari di Paris, mereka berkata, semua impian anda menjadi kenyataan.

Madrid, Spain

kecantikan bandar Madrid terletak pada keputusan untuk mempertahankan paparan dan persekitaran sejarah pada bandar dan jalan-jalan. Suatu malam yang terbaik di Madrid adalah menghabiskan masa dengan mendengar muzik, baik di konsert atau di taman, ini sentiasa mencipta suasana yang menyenangkan untuk jalan-jalan malam.

Athens, Greece

Athens pada malam hari akan membuat anda takjub akan keindahannya. monumennya seperti hidup, kotanya mungkin biasa pada siang hari, tapi menjadi sangat berubah pada malam hari.

Beijing, China

Beijing mempunyai dua sisi yang saling bertentangan dengan sejarah, satu yang indah dan lain-lain berdarah. kota ini berubah sangat drastik hanya dalam masa beberapa dekad.

Las Vegas, USA

Las Vegas, yang digelar Ibukota Hiburan Dunia, terkenal kerana jumlah resort kasino dan kemudahan hiburan malamnya.kota yang penuh dengan dosa sekaligus indah.

Hongkong, China

Hong Kong dikenali dengan pemandangan kotanya yang luas.

Kuala Lumpur, Malaysia