Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Jom Download : Aku Masih Dara (2010)





Sofea (Raja Farah) , Hani (Diana Amir) dan Aleesya (Yana) merupakan kawan baik walaupun berlainan latarbelakang. Masing masing mempunyai pandangan yang berbeza tentang islam. Setiap malam mereka akan ke disko dan melakukan maksiat. Sofea berbeza , beliau hanya menyimpan “mahkotanya” untuk seorang lelaki yang akan membimbingnya ke jalan allah. Kemunculan Daus (Ashraf Muslim) mengubah persepsi Sofea terhadap islam. Sofea ingin berubah, malangnya ditentang oleh dua rakan karibnya. Saksikan Aku Masih Dara untuk mengetahui kesudahan filem yang menginsafkan ini.

Hotfile Single Link Download

http://hotfile.com/dl/96558902/dc19dff/Aku.Masih.Dara.DVDRip.XviD.Jiwang.WS.avi.html

FileServe Single Link Download

http://www.fileserve.com/file/BRCSpkD

gravatar

Logo Baru @ Rasmi Liga Malaysia,Liga Super & Liga Premier Musim 2011-2014



Wah..memang menarik kan logo baru Liga Malaysia kita kan...kenapa korang tertanya-tanya kan kenapa tukar logo Liga M nih?

Sebabnya,Telekom Malaysia (TM) sudah tidak lagi menaja dan Astro telah grab untuk jadik penaja utama liga Malaysia untuk musim 2011 sehingga 2014.

Maka,sebab tu la logo kene re-design balik...kalau korang perasan,logo yang lamo tuh perkataan liga Malaysia kan dekat jer dengan logo TM tuh..


Design terbaru Liga Malaysia 2011 nie telah direkabentuk khas oleh Arena Graphic Team..alah yang Astro Arena tuh..saluran khas untuk sukan kat Malaysia dan antarabangsa.

Pada pendapat peribadi aku lah,logo terbaru nih memang nampak gempak sikit..ala-ala epl kan...dengan ade nyer logo baru nih,baru lah nampak bersemangat pemain nak main kah (macam ade kaitan..keh3).

gravatar

Jom Download : Ngangkung (2010)


Language : Malay
Subtitle : Malay / English [IDX Sub]
Pelakon : Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Eira Syazira, Putri Nurdiana, Angah Raja Lawak, Azlee Senario, Mazlan Pet Pet, Ruzaidi Abd Rahman
Kutipan Kasar : RM 8.12 Juta

Sinopsis
Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Sebuah lagi filem komedi seram terbitan Metrowealth (MIG)








Download Link:
http://www.mediafire.com/?v64jk896yd467
or
http://www.megaupload.com/?d=Q6E9MVZU
or
http://hotfile.com/dl/95606748/57b88c7/Ngangkung.2010.DVDRip.x264.AC3-KaRLJWG.avi
or
http://www.fileserve.com/file/B3uWrrR

Watch Online:
http://www.megavideo.com/?d=Q6E9MVZU


download cepat sblom di'remove'


Cara Download: Setelah korang downlod semua file melalui link yg diberikan, file2 trsebut di'save'kn dlm format 'WinRAR'.
Extract file2 trsebut dan ia akn di'save'kn pula dlm format 'WinRAR ZIP'.
Extract sekali lagi file trsebut dan ia akn di'save'kn dlm format 'rmvb' sebnyk 4 files.. (rmvb.001-rmvb.004)
Extract dgn menggunakn software WinRAR (boleh download free)
Gunakan HjSplit utk mencantumkan file 'rmvb' tersebut.
Apabila korang klik kt HjSplit, cari button 'Join' & klik kt situ..
Klik kt input file & masukkan file 'rmvb.001' shj.
Tekan 'start' Habis!! Boleh tengok dah movie tu.. tp kenalah ada 'RealMedia Player'... downlod free je player tu.. pilih version11..

gravatar

Facebook Bakal Ditutup Pada Mac 2011

Apabila Facebook ditutup,perkara sebegini tidak akan terjadi lagi

PERISTIWA 1

amin : waaa..mat, ko nampak tak awek kat depan tu? lawa siot!
mat : perghhh...ni tak boleh jadi ni, tak dapat no fon, dapat add facebook dia pon jadi ni.




PERISTIWA 2

puan heliza : ok, lau korang ade pape hal, nak tanye tentang assignment ke, group projek korang ke, boleh je contact saya melalui facebook saya ok, cari je name saya heliza jonggang.
student : ok puan, saje je kan puan tak nak bagi no pon.hehehe






PERISTIWA 3

jusoh : wei, mu dah bace belom surat khabar today?
mail : belom kenapa?
jusoh : nah, mu tengok sendiri la, aku dah malas nak baca benda cam ni.













ish, macam-macam benda yang jadi angkara facebook ni, ade kebaikan dan ade gak keburukan.
mungkin benda-benda macam ni dah tak kedengaran bile benda ni benar-benar terjadi..


FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!


facebook akan ditutup! haaa..bagi yang penggemar online facebook ni mesti amat rase sedikit hampa bila dengar berita ni..nak tahu lebih lanjut? bace sini!!

facebook membunuh atau memajukan kita?

sama-sama kita renungkan. terima kasih google image dan weekly world news

chaw!!

salam

gravatar

Video Karam Singh Walia Diugut Mohon Maaf Pada Orang Melayu

Orang yang dihormati seperti Mr. Karam Singh bercakap hanya melalui skrip malangnya apabila tidak ada skrip tersingkaplah kebenarannya... amat malang tahap 1Malaysia.Dalam video ini Mr Karam di minta untuk memohon maaf atas pernyataan dia ketika dia mabuk di Restoran Al-Bidayah Andalas, Klang.Mr Karam Singh Walia berkata bangsa Melayu bukan berasal dari Malaysia dan juga bukan berasal dari Indonesia.Terus naik berang orang Melayu dekat kedai tu!! Mr Karam Singh Walia pon mengamuk jugak sebab ada seorang mamat tu kata dia maki perkata lancau dan sakai kepada orang Melayu ketika dia mabuk...tetapi mr Karam menafikan bahawa dia tidak mengatakan perkataan tersebut!!! Tapi satu benda bagusnya kalau nak tahu perangai sebenar orang tengok perangai time mabuk.Jadi konfirm Karam Singh tak suka Melayu.



gravatar

Sesi Pengajian IPT Bermula September 2011



TEMERLOH: Pengambilan pelajar bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTAS) dianjakkan dari bulan Julai ke September mulai tahun ini selaras dengan waktu pengambilan pelajar IPT antarabangsa.

Oleh kerana pada masa lalu, tiada keselarasan waktu pengambilan pelajar, IPT tempatan gagal menarik pelajar luar negara menyambung pengajian di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, bahawa keputusan berkenaan juga bagi mengelak IPTAS di negara ini "kehilangan" pelajar cemerlang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Apa yang berlaku ketika ini, ramai pelajar cemerlang lulusan SPM membuat keputusan melanjutkan pengajian mereka di luar negara daripada memilih institusi pengajian tinggi tempatan.

"Mereka (lulusan SPM) dilihat tidak mempunyai masa yang cukup untuk memutuskan (memilih) pusat pengajian tinggi terbaik dalam negara selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

"Akhirnya ramai yang memilih pengajian tinggi swasta di luar negara terutama Singapura," katanya.

- BERNAMA

gravatar

Preview Hikayat Merong Mahawangsa


"Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional.

Dan dari situ terhasillah filem epik, "Hikayat Merong Mahawangsa" yang dihiasi dengan karakter mistik, kuasa ajaib dan efek yang realistik. "Hikayat Merong Mahawangsa" menceritakan perjuangan "Merong Mahawangsa" dalam menyelamatkan Puteri China dan disatukan era dari Timur dan Barat.

Filem yang diarahkan oleh Yusry KRU dan dilakonkan oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umie Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Sebelum tu mari kita nonton trelernya!


gravatar

Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 Kali Sehari


MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
"Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.