Tazkiyatun Nafs
Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”


KUALA LUMPUR l SURYA Online - Teror sinar laser bukanlah penyebab kekalahan Indonesia dari Malaysia pada leg pertama final Piala AFF. Tim Merah Putih kalah karena kesalahan individu seorang pemain.
Demikian ditegaskan pelatih timnas Indonesia, Alfred Riedl usai pertandingan yang berakhir dengan skor telak tiga gol tanpa balas di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010) .
Tuan rumah Malaysia membuka kemenangan melalui gol yang dicetak oleh Mohd Safee pada menit ke-61. Gol kedua dilesakkan oleh Mohd Ashari Bin Samsudin pada menit ke-68, dan gol ketiga kembali dibuat oleh Safee pada menit ke-73.
Sebelum terjadinya gol pertama, pertandingan sempat dihentikan menyusul protes dari kiper Indonesia Markus Horison. Menurut Riedl, Markus dan sejumlah pemain terganggu oleh sinar laser yang menyorot wajah mereka.
“Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau,” ujarnya.
“Ini bukan soal laser, tetapi kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok,” tambahnya.

DOWNLOAD
download cepat sblom di'remove'
Cara Download: Setelah korang downlod semua file melalui link yg diberikan, file2 trsebut di'save'kn dlm format 'WinRAR'.
Extract file2 trsebut dan ia akn di'save'kn pula dlm format 'WinRAR ZIP'.
Extract sekali lagi file trsebut dan ia akn di'save'kn dlm format 'rmvb' sebnyk 4 files.. (rmvb.001-rmvb.004)
Extract dgn menggunakn software WinRAR (boleh download free) Gunakan HjSplit utk mencantumkan file 'rmvb' tersebut.
Apabila korang klik kt HjSplit, cari button 'Join' & klik kt situ.. Klik kt input file & masukkan file 'rmvb.001' shj.
Tekan 'start' Habis!! Boleh tengok dah movie tu.. tp kenalah ada 'RealMedia Player'... downlod free je player tu.. pilih version11..

Genre: Comedy | Romance .. Dibintangi Nora Danish, Farid Kamil, Zed Zaidi, Zaibo, Cat Farish .. Arahan Ahmad Idham ..
SINOPSIS
Cerita mengisahkan Eava Ealiana(Nora Danish) merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava dan Remy ditunangkan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah(bapa kpd Remy) untuk membolot harta Tan Sri Zaini.
Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya dan memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai Morib. Disitulah pelbagai pengalaman Eava lalui dan terpikat dengan seorang pekerja hotel yang budiman bernama Omar Rudy(Farid Kamil)
DOWNLOAD
download cepat sblom di'remove'
Cara Download: Setelah korang downlod semua file melalui link yg diberikan, file2 trsebut di'save'kn dlm format 'WinRAR'.
Extract file2 trsebut dan ia akn di'save'kn pula dlm format 'WinRAR ZIP'.
Extract sekali lagi file trsebut dan ia akn di'save'kn dlm format 'rmvb' sebnyk 4 files.. (rmvb.001-rmvb.004)
Extract dgn menggunakn software WinRAR (boleh download free) Gunakan HjSplit utk mencantumkan file 'rmvb' tersebut.
Apabila korang klik kt HjSplit, cari button 'Join' & klik kt situ.. Klik kt input file & masukkan file 'rmvb.001' shj.
Tekan 'start' Habis!! Boleh tengok dah movie tu.. tp kenalah ada 'RealMedia Player'... downlod free je player tu.. pilih version11..
Sabda nabi s.a.w. :
من تشبه بقوم فهو منهم
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari kalangan mereka.
Daripada hadith kini sudah jelas menunjukkan bahawa sekiranya kita menyerupai atau merayakan hari raya kaum lain, maka kita tergolong daripada kalangan mereka. Hari ini kita lihat di Malaysia masyarat sudah hilang sensitiviti keagamaan sehingga secara sedar atau pun tidak, mereka telah terkeluar/kufur daripada agama Islam dengan merayakan yang disambut oleh agama lain.
Terutama menjelang hari krismas yang berlangsung setiap tahun pada 25 Disember, dan disambut oleh penganut agama Kristian. Terdapat juga segelintir pekerja Islam di pusat membeli belah yang terpaksa memakai pakaian santa claus atas arahan majikan. Dalam hal ini mereka sepatutnya bertegas untuk tidak melaksanakannya kerana ia ditegah oleh agama Islam, manakala bagi majikan sendiri, mereka perlu sedar sensitiviti agama lain.
2010/12/23
KOTA BHARU: Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, di Pekan Kok Lanas, hari ini.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah Musa, 42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, telah dilanggar dengan sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal keluar simpang jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa.
Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu juga, lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang berhenti di lampu isyarat dan berada di belakang motosikal mangsa, sebelum lori itu terbalik."Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah telah diseret oleh lori berkenaan dan tersepit di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah tercampak dari motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Jurucakap polis itu berkata kesemua mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu, termasuk pemandu lori hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berhampiran.
Ayah Aishah, Zakaria Muhamad, 43, pesara tentera berkata anak dan isterinya baru keluar tiga kilometer dari Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif sebelum terlibat dalam kemalangan itu.
Beliau berkata ketika kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam Kem Tentera Desa Pahlawan berniaga sebagai pembekal pakaian seragam sukan dan guru anaknya memaklumkan bahawa Siti Aishah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR.
Katanya, beliau hanya menyedari kejadian itu daripada rakannya melalui telefon pada 1.15 tengah hari dan berkejar ke tempat kejadian.
“Setiba di tempat kejadian saya mendapati mayat isteri saya sudah diangkat manakala mayat anak saya masih berada di bawah tayar lori yang terbalik dan sedang diangkat oleh pasukan penyelamat,” katanya yang kini menjadi pembekal pakaian seragam sukan di Kem Tentera Desa Pahlawan, tidak jauh dari situ.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. - BERNAMA

KUALA LUMPUR:--- Tiket perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia yang berlangsung 26 Disember ini, mula dijual mulai Khamis ini.
Jurucakap FAM berkata, tiket-tiket pada harga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi berbumbung itu akan dijual mulai pukul 10 pagi hingga 7 petang di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Katanya, sebanyak 70,000 tiket disediakan untuk para penyokong pasukan kebangsaan manakala 15,000 lagi untuk penyokong Indonesia.
Software sangat penting untuk sesebuah komputer. Paling kurang, sesebuah komputer mesti ada antivirus. Kalau software yang lain-lain memang banyak la dengan pelbagai kegunaan.
Untuk kali ini, aku tidak berkongsi software, tetapi post berkenaan website yang boleh digunakan untuk donwload pelbagai jenis software. Hendak kata website utama aku tidak pasti la, tetapi boleh dikatakan inilah website yang aku guna untuk cari software.

Berikut adalah 4 website untuk download pelbagai jenis software. Boleh tengok sendiri melalui link yang diberikan untuk lebih jelas berkenaan website berkenaan.
1.http://download.cnet.com/

2.http://www.brothersoft.com/

3.http://www.filehippo.com/

4.http://www.softpedia.com/

--------------------
Kalau mengikut pendapat peribadi aku, website paling aku suka softpedia, kemudian filehippo. Yang dua lagi tu aku jarang guna sikit.:).
p/s: Ada senarai website lain.?
Bila sebut jururawat, atau nurse terbayang seorang perempuan dengan wajah yang cantik, muka yang manis dengan senyuman yang menawan. Terbayang semuanya muda² belaka. Walaupun sebenarnya jururawat ramai je yang sudah berusia..:)
(Aku blurkan muka sebab tak best pula ambil gambar yang mungkin persendirian ni. )(Kredit: google)Pernahkah anda terpikir, kenapa jururawat cantik.? Kerana jururawat tidak seperti pramugari yang syarat hendak masuk perlu cantik dan menarik. Jururawat lebih umum dan seseorang masuk bidang kejururawatan bukan disebabkan kecantikan semata-mata.
Jadi disini aku huraikan sedikit point² yang aku terpikir, kenapa jururawat nampak cantik.:)
1. Jururawat bekerja ditempat ber'aircond'.
Bekerja di kawasan berhawa dingin semestinya tidak sama kalau bekerja di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari ataupun bekerja di kedai² makan. Keadaan yang dingin juga mempengaruhi kecantikan seseorang. Suhu yang dingin secara tidak langsung akan mengurangkan masalah² seperti minyak di muka. So mereka berkerja di persekitaran yang baik tubuh badan, tetapi juga untuk muka mereka..:)
2. Persekitaran yang bersih.
Persekitaran juga mempengaruhi kecantikan. Cuba bayang jika orang seperti jururawat bekerja di bengkel. Comot juga mereka nanti. Oleh itu, apabila mereka bekerja di persekitaran yang bersih, secara tidak langsung keadaan mereka sentiasa bersih. Cadar, sarung bantal, meja, kerusi, dan lain² semuanya bersih. Anda juga semestinya tahu perkaitan kebersihan dan kecantikan kan.:)
3. Persekitaran yang tenang.
Apabila bekerja di persekitaran yang tenang, ia dapat mempengaruhi emosi. Tekanan juga tidak banyak seperti bekerja di tempat² lain. Mungkin tekanan sekali sekala jika ada kes kecemasan. Jadi apabila bekerja di tempat yang tenang, jiwa akan rasa aman, muka akan jarang berkerut, selalu tersenyum, dan diri berasa tenang. Mereka kelihatan cantik kerana jarang nampak mereka marah² atau berada dalam keadaan tertekan seperti kerja² lain.
4. Mereka tahu aspek kesihatan.
Mereka jururawat, sudah tentu mereka tahu apa yang ok dan tidak ok. Boleh dikatakan pengetahuan mereka berkaitan kesihatan adalah lebih baik berbanding kita orang biasa. Mereka mungkin tahu sesuatu perkara baik atau tidak berdasarkan penjelasan saintifik, bukan hanya dengar² cakap orang. Jadi mereka tahu apa yang baik untuk kesihatan kulit, muka, tubuh badan dan lain².
5. Pakaian seragam.
Percaya atau tidak, pakaian seragam yang dipakai jururawat menampakkan mereka lebih cantik.?.:)Pakaian yang mereka pakai menampakkan mereka lebih kemas. Dan ditambah lagi dengan pakaian mereka yang berwarna putih, semangnya menampakkan lagi kesucian mereka..cuba bayang jururawat pakai baju kurung yang pelbagai warna, kan kurang cantik berbanding pakai baju seragam berwarna putih.. Jadi pakaian mereka sebenarnya mempengaruhi penampilan mereka untuk nampak lebih cantik, anggun dan kemas.
6. Dah mereka memang cantik. Hendak buat macam mana.:)
Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Jika sememangnya sebelum mereka masuk jururawat lagi, mereka sudah cantik, semestinya apabila mereka masuk jururawat akan kekal cantik dan bertambah cantik.:). Untuk point ini, point² di atas menambahkan seri mereka selain sememangnya mereka adalah seorang yang memang cantik.:). Hendak buat macam mana kan.:)

------------------------------------
Point² yang aku lemparkan di atas adalah berdasarkan apa yang aku pikirkan semata². Dan aku tidak terlibat secara langsung dengan bidang kejururawatan..:). Mungkin anda ada buah pikiran yang lain.?.:) Dan aku rasa kalau ada jururawat yang baca, apa kata bagitahu buah pikiran korang betul atau tidak apa yang aku pikirkan ini.he3.
Dan satu lagi, perempuan dengan kerjaya sebagai jururawat adalah salah satu pilihan kegemaran bagi lelaki untuk dijadikan isteri.. Betul atau tidak.?. Orang laki cuba bagitahu sikit.ha3.
p/s: Tengok muka jururawat dengan muka cantik,senyuman menawan dan suara gemersik, kesakitan berkurangan separuh..:). Jangan buat² sakit sudah la ye.ha3