Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Misteri Angka 13 Kepada Melayu dan Politik Malaysia



Tajuk : Misteri Angka 13 kepada Melayu dan Politik Malaysia



Sudah lama kita tahu bahawa angka 13 memang ada kaitannya dengan Freemason dan Illuminati.Selain
dari angka 13 ini ada beberapa angka lain yang menjadi favourate kepada
pertubuhan pendokong visi Dajjal ini iaitu angka 3, 6 , 9 , 11 , 33 dan
666.Secara ringkasnya angka yang digemari mereka ialah 1,3 ,6 sama ada
dalam bentuk angka tunggal atau kombinasi atau hasil tambah atau tolak
atau gandaan dari angka-angka di atas.


Angka
13 sendiri sudah lama dikenal sebagai angka mistik yang sarat dengan
pemujaan terhadap setan dan kaitan dengan amalan sihir paganisme dan
kabbalah.


Angka 666 juga bermakna Mark Of The Beast atau dalam bahasa pakar Alkitab juga disebut sebagai The Evil Trinity, Triniti Iblis!

All Seing Eyes,
Mata Dewa Horus, adalah salah satu Dewa Utama dalam kepercayaan
paganisme dan Kabbalah.Ia juga merujuk kepada lambang Dajjal
laknatullah.


Ramai
pengkaji dan pakar konspirasi berpendapat, Freemason dan Illuminati
banyak berkomunikasi di antara sesama mereka dengan menggunakan kod-kod
rahsia berpandukan nombor-nombor.Mereka merumuskan seperti berikut :


A(1) , B(2) , C(3) , D(4) , E(5) , F(6) , G(7) , H(8) , I(9) , J(10) ,

K(11) , L(12) ,
M(13) , N(14) , O(15) , P(16) , Q(17) , R (18) ,

S(19) , T(20) , U(21) , V(22) ,
W(23) , X(24) , Y(25) , Z(26).


Sekadar beberapa contoh, mari kita cuba aplikasikan kod-kod rahsia mereka :

CIA = 3+9+3 = 13

FBI = 6-2+9 = 13

MI6 = 13+9+F = 1+4+9+F = 13F ( F= Freemason)

Banyak lagi kod-kod rahsia yang dirungkai dalam Artikel Pilihan 1 di bawah dan anda semua dijemput untuk membacanya.

Bagaimana pula jika saya ambil contoh ini :



MALAYSIA = 13 + 1+12 +1+25 + 19+9 + 1 = 81
= 13 + 13 + 26 + 28 + 1 = 81
= 13 + 13 +13+13 +13+13+2 + 1 = 81
= 13 + 13 +13+13 +13+13+ 3 = 81 = [1313131313133]
= [6 x 13] + 3 = 78 + 3 = 81

Angka 81 atau 18 boleh dipecahkan lagi kepada 8+1= 9 = 3+3+3 = 333

Bagaimana pula dengan tarikh penubuhan Negara Malaysia pula? 16.09.1963 ???

Atau … Anda boleh mencubanya sendiri!!!

SILA AMBIL PERHATIAN !!!

Untuk
membaca artikel seterusnya,kepada mereka yang kuat berpolitik…. Sila
tinggalkan ideologi politik anda seketika di luar kotak artikel ini
.[Harap
maaf bagi orang-orang politik.... blog ini bukan blog politik...
artikel ini ditulis mengikut pendapat saya sahaja,bukan bertujuan
politik ... hanya ingin berkongsi kebenaran yang kita temui,itu saja!!!]


Sila baca dengan fikiran yang terbuka dan kritis …. Seterusnya…

Bagaimana pula dengan parti – parti politik terbesar orang melayu waktu ini pula?

*Logo UMNO



*Kalaulah Logo UMNO dipusing 90 darjah ke kiri ..... nampak angka 13?


UMNO = 21+13+14+15 = 63 = 6+3 = 9 = 3+3+3 = 333


*Logo PAS - jika ditarik sedikit bentuk bulat bulan ditengah itu kesisi kiri dan kanan, jadilah ia bentuk MATA jua


PAS = 16+1+19 = 36 = 3+6 = 9 = 3+3+3 = 333

*Logo PKR atau keadilan- ramai orang sudah tahu bentuk MATA ini bukan?


PKR = 16+11+18 = 18 = 1+8 = 9 = 3+3+3 = 333


Cuba kira begini pula :

UMNO = 2+1+1+3+1+4+1+5 = 18 = 1+8 = 9 = 333
PAS = 1+6+1+1+9 = 18 = 1+8 = 9 = 333
PKR = 1+6+1+1+1+8 = 18 = 1+8 = 9 = 333

Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyat : PKR +PAS +DAP.



PKR+PAS+DAP = [16+11+18] + [16+1+19] + [ 4+1+16] = 102 = 1+2 = 3

BN(Barisan Nasional) = 2 +14 = 16 = 1+6 = 7
PR (Pakatan Rakyat) = 16+18 = 34 = 3+4 = 7

Bukankah dari segi angka ia adalah seimbang? 7(kerajaan) = 7(pembangkang),

manakala 7+7=14 pula membaca maksud yang lain pula.

Apa maksud tersirat semua ini saudara?

*Cuba lihat lambang dacing dalam Logo di atas.



Bolehkah atau setujukah jika saya katakan UMNO=PAS=PKR. Sama saja!!!

Politik kita sebenarnya dicatur oleh mereka yang berada di luar sana!

Kuasa Politik melayu telah dipisahkan menjadi 3 sisi yang seimbang iaitu
berjumlah 18 setiap sisi atau angka 333 setiap sisi menjadi 333 - 333 -
333
yang stabil


*Lihat All Seing Eyes yang bertakhta di puncak Piramid itu!


Jadi, kenapa kita harus bermusuh-musuhan sesama kita? Sedangkan , sebenarnya
ada Tangan Ghaib yang mencatur politik kita,yang mahukan Orang Melayu
pecah belah, bermusuh sesama sendiri dan tidak bersatu.


Jadi, siapa sebenarnya yang mencatur politik orang Melayu di Malaysia ini saudara???

Fikir-fikirkanlah!!!

Maka,
marilah kita bersatu dalam satu gagasan dan penyatuan orang melayu
menentang tangan-tangan ghaib yang sudah lama mengidamkan bumi bertuah
ini!


Tanpa kita sedari , kini kita ada satu gagasan baru iaitu Gagasan Satu Malaysia =
One Malaysia = 1 M = 1 + 13 ??? atau 1+13 = 14

cuba pusingkan huruf M itu ke kanan 90 darjah, huruf M akan membentuk
angka 3 juga.Jadi 1M= 13 ????



cuba pusingkan huruf M ke kanan sebanyak 180 darjah, ia akan membentuk
1W = 1 + 23 = 1 + 2+3 = 6

cuba pusingkan lagi angka M ke kanan 270 darjah , ia akan membentuk
1E = 1 + 5 = 6


Baiklah,
mulakan dengan 1M dan pusingkan ia ke kanan sebanyak 90 darjah –
selepas itu 180 darjah – selepas itu ke 270 darjah dan balik semula
kepada kedudukan asal 1M,maka turutan nombor atau angka akan jadi
begini :

14 13 6 6 = 14+13+6+6 = 39 = 13+13+13
= 3 x13

Atau ia juga boleh dikira begini : 1+4+1+3+6+6 = 21= 3 x 7 atau 21 = 2+1= 3


*Logo Satu Malaysia - Lihat ada satu bentuk / objek berupa piramid disebelahnya!!! adakah ia satu kebetulan?


Terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya mengikut persepsi masing-masing!!!

Dari satu persepsi lain yang berbeza pula , Gagasan Satu Malaysia juga boleh membuatkan Freemason dan Illuminati tidak boleh tidur lena!!! Kenapa??? Kerana konsep Satu Malaysia menyeru kearah Kesatuan dan Perpaduan Kaum
!!! Ini yang menjadikan mereka takut! Mereka takut agenda mereka ke
atas Negara Malaysia dan Orang Melayu akan gagal !!!


Ia
ibarat tiga batang tiang ( UMNO-PAS-PKR) yang disatukan menjadikan ia
SATU TIANG yang kukuh dan tidak stabil untuk Si Mata Satu atau All
Seing Eyes atau Mata Dewa Horus duduk bertenggek diatasnya!!!




Lihat
dalam youtube di atas bagaimana Freemason dan Illuminati dibawah arahan
Dajjal dan Iblis mencatur politik dunia! Jika teori ini kita
aplikasikan kepada senario politik di negara kita, kita boleh ibaratkan
Komponen BN (Barisan Nasional) melawan PR(Pakatan Rakyat) [BN=PR],
[angka 7 = angka 7] kini seperti Parti Republikan dan Parti Demokrat di
US , bila dua tiang penyokong Si
Mata Satu disatukan dalam konsep politik Malaysia, ia akan membentuk
angka 14 ,satu angka yang menjadi igauan ngeri kepada mereka!!!


Masih ingat dengan teori Thesis –Antithesis dalam artikel di blog Mistisfile,

Klik Sini.



Bukankah angka 14 itu adalah hasil tambah angka 1 dan angka 13 =
One Malaysia
= 1 M ???? .. boleh juga jadi Satu Melayu = 1M,
boleh juga dibaca Alif Mim




Jadi
,bukankah Negara kita MALAYSIA mempunyai 13 +1 negeri di awal
penubuhannya dan pada bendera kita pula ada 14 jalurnya,14 bucu
bintangnya ?


Huruf satu juga melambangkan Huruf Alif Berdiri,
Dajjal dan Iblis amat mengenali huruf ini sejak di alam Ruh lagi !!!
huruf Mim pula adalah alter rahsia tersembunyi orang melayu yang mereka
sangat-sangat takuti … mungkin Mim itu Makrifatullah!!!


Atau tanpa kita sedari kita terlebih dahulu mencuri huruf M yang disembunyikan di tapak Piramid mereka yang telah mereka sembunyikan sekian lama iaitu : MDCCLXXVI



Jadi,kita nantikan perkembangan ‘Satu Malaysia’ atau 1M ini saudara , kearah mana ia akan membawa bangsa melayu, parti politik orang melayu dan Negara Orang Melayu yang kita sayangi ini saudara.SAMAADA “1M” akan mengikut telunjuk Dajjal atau Bangkit melawan Dajjal dan Iblis !!! hanya Allah swt Yang Maha Mengetahuinya.

Sehebat
manapun musuh Allah merancang, Allah jualah yang paling hebat
perancangannya!!! Doakan kebangkitan dan kemenangan islam di akhir
zaman!


Wassalam!

Selamat Membaca dan Berfikir!!!

gravatar

The Beginning - 2010



2010 telah menjelang. Terasa begitu sekejap sahaja masa berlaku tanpa kita sedari. Semakin hari semakin tua usia kita dan semakin hampir kita kepada saat kematian. Ingatlah tiada yang kekal selamanya melainkan Allah s.w.t. Begitu juga Dajal akan mati setelah menyesatkan manusia di muka bumi ini ribuan tahun. Dari tamadun Mesir Purba, Babylon, Maya, China sehinggalah sekarang dia masih lagi menyesatkan manusia. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul kemabli dan mengaku tuhan/penyelamat.

Tetapi perasankah anda, permulaan 2010 ini penuh dengan pelbagai peristiwa seakan memberi petanda kepada kita. Bagi yang peka dengan keadaan sekeliling mungkin perasan dengan perubahan ini, tetapi bagi yang kurang mengambil tahu mungkin masih tidak tahu. Tidak mengapa, mari kita sama-sama teliti dan renungi kejadian-kejadian yang telah terjadi pada 2010 yang baru setapak melangkah. Jadikan artikel ini sebagai peringatan kepada kita dan sama-sama kita renungkan sementara pintu taubat masih terbuka untuk kita.

Pertamanya saya ingin mengajak saudara-saudari, tuan puan untuk membaca dan renungi sabda Rasullulah ini:

Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan
- Sahih Bukhari

Jika kita perhatikan hadis Rasullulah ini dengan situasi zaman sekarang. Adakah ianya bertepatan? Gempa bumi boleh dikatakan berlaku setiap hari sekarang, pembunuhan juga menjadi satu kebiasaan di mana-mana terutama penindasan umat Islam Palestin oleh rejim Zionis laknatullah.

Mari kita selidiki apa yang telah terjadi pada 2010 dengan harapan ia dapat sedikit sebanyak menimbulkan rasa keinsafan di dalam diri kita semua. Bermulanya 2010 dengan isu penggunaan kalimah suci Allah oleh agama lain yang telah mencetuskan huru-hara di dalam negara sehingga menyebabkan rumah ibadat agama diserang.

Peristiwa gerhana matahari dan bulan juga telah berlaku pada awal tahun ini. Dan peristiwa ini telah terjadi pada 1 Januari 2010 (gerhana bulan) yang telah jatuh pada hari Jumaat dan pada 15 Januari 2010 (gerhana matahari) yang juga jatuh pada hari Jumaat. Dua gerhana yang berlaku dalam jangkamasa 2 minggu dan jatuh pada hari Jumaat. Dan kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat. Adakah ini membawa sebarang petanda dari pencipta alam semesta ini kepada hambanya bahawa masanya kian hampir?



Seterusnya kita beralih kepada bencana alam yang saban hari semakin banyak berlaku. Bermulanya tahun 2010 dengan gempa bumi di Kepulauan Solomon, Haiti, California, banjir di Brazil dan letusan gunung berapi di Congo. Ini adalah antara bencana alam yang saya tahu, mungkin ada lagi yang telah terlaku tetapi tidak saya kongsikan di sini.

Gempa Bumi Di Haiti





Banjir Di Brazil




Gempa Dumi Di California



Letusan Gunung Berapi Nyamuragira di Congo




Bukanlah mahu menakutkan anda semua tetapi hanyalah untuk anda berfikir sejenak tentang perkara ini. Bumi ini sudah terlalu tua dan Rasullulah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dan jari tengah sahaja. Kini sudah lebih 1400 tahun ia berlalu dan boleh dikatakan semua tanda kecil kiamat sudah terjadi, hanya menunggu tanda-tanda besar untuk terjadi. Wahai umat Islam, sudah tiba masanya kita bangkit kembali, bersatu demi agama Islam tercinta. Sekian lama mereka memecah belahkan kita menerusi fahaman politik yang akhirnya hanya merugikan kita sendiri, Ordo Ab Chao. Bersatulah di bawah satu panji, panji Islam. Sudah masanya kita berubah dan kembali bangkit di akhir zaman.


Sebelum saya akhiri artikel ringkas dari saya, mari kita renungi firman Allah:


Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?


Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

Dan bulan hilang cahayanya,

Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"

Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

Al-Qiyaamah 1-12


Fikirkan Semula

gravatar

Istana Syaitan

Bila disebut sahaja pasal Segitiga Bermuda , semua orang akan tahu serba sedikit mengenai kisah misteri di situ. Malah ada yang mengaitkan Segitiga Bermuda dengan dajjal kerana terdapat pendapat yang mengaitkan ibu dajjal sebagai keturunan jin.


Namun ramai pembaca budiman yang tidak mengetahui terdapat 9 lagi segitiga syaitan yang ada di bumi ini. Kesemuanya mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Termasuklah salah satu daripada mereka adalah tempat penggarian dajjal (berdasarkan gambar yang ada dalam box saya).




Cuba anda lihat gambarajah di atas. Apakah persamaan mengenai segitiga-segitiga tersebut. Ianya seperti membentuk suatu garisan lurus zig-zag, keatas dan kebawah, secara tepat bila digariskan secara lurus mendatar.


Dan yang peliknya ianya selari dengan garisan Khatulistiwa. Kenapakah para syaitan bijak mengatur istana mereka disekitar satu garisan yang tertentu.



Untuk pengetahuan umum, disitulah tempat pertemuan lautan di antara arus sejuk dengan arus panas. Disitu juga tempat arus lautan berputar arah pada setiap 6 bulan. Dan di situ juga tempat pertemuan tekanan angin lemah dengan tekanan angin tinggi. Dan dari situ juga wujudnya pusaran angin bagi melahirkan angin bayu di seluruh dunia.

Jadi apakah tempat tersebut ???



Saintis menamakan pusat tersebut sebagai Pusat Anti Graviti .

Jadi apakah kaitan di antara Pusat Anti Graviti ini dengan Istana Syaitan.

Sebelum saya menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Istana Syaitan, saya minta pembaca budiman baca serba sedikit fakta-fakta semasa mengenai bumi kita dahulu. Kemudian saya akan huraikan dgn lebih lanjut berkenaan Istana Syaitan . Insya ALLAH :






-Pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007, terdapat seramai 200,000 penduduk di Johor, Pahang dan Melaka dipindahkan daripada kediaman masing-masing selama 3 hingga 4 minggu kerana banjir melanda. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1.5 billion .



-Suhu dunia semakin naik, aras laut semakin tinggi dan litupan salji di Hemisfera Utara semakin pupus.


-Suhu dunia telah meningkat pada kadar 0.74 darjah Celcius pada setiap kurun, yakni diukur sejak pada tahun 1906 sehingga 2005 .



-Kadar suhu pada 50 tahun kebelakangan ini adalah dua kali ganda lebih pantas daripada kadar purata suhu selama 100 tahun , iaitu 1.3 darjah Celcius .



-Kadar suhu dunia pada 2 dekad yang lalu adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini.


-Seluruh dunia menghadapi suhu menaik, melainkan di Lautan Atlantik. Kawasan yang paling cepat menghadapi suhu menaik adalah di Hemisfera Utara.



-Pada tahun 1961 hingga 1993, paras laut telah meningkat pada kadar 1.8 mm setiap tahun. Sedangkan pada tahun 1993 hingga 2003, paras laut meningkat pada kadar 3.1 mm setiap tahun.


-57% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh pengembangan haba dalam lautan. 28% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh kecairan bongkah ais dan glacier. Kecairan bongkah ais di Greenland dan Kutub Antartik diramalkan akan menjadi penyumbang besar kepada kenaikan paras laut secara mendadak dunia pada tahun-tahun akan datang.


-Di Malaysia sejak 100 tahun kebelakangan ini, semua tempat menghadapi kenaikan suhu, melainkan di Sarawak .



-Di Kuala Lumpur (Subang), kadar kenaikan suhu panas adalah 3.5 – 4.0 darjah Celcius per seratus tahun. Yang mana jauh lebih tinggi daripada purata kenaikan suhu dunia , iaitu 1.5 darjah Celcius per seratus tahun. Suhu di Kuala Lumpur menunjukkan trend menaik mengejut terutamanya selepas pertengahan tahun 1970.




-Hubungan dunia adalah hubungan kompleks antara atmosphere, hydrosphere, geosphere, cryosphere dan biosphere.




-Sejak 420,000 tahun kebelakangan, CO2 tidak pernah melebihi 300 ppm. Cuma sebentar sahaja kadar CO2 melepasi sedikit daripada angka 280 ppm, iaitu di sekitar 330,000 tahun yang lampau. Tetapi sekarang catatan CO2 adalah 380 ppm.




-Saintis menganggarkan pada tahun 2030-2050, kenaikan suhu adalah pada 2 hingga 5 darjah Celcius. Kenaikan sebanyak ini (5 darjah Celcius) tidak pernah terjadi sejak Zaman Ais hingga sekarang.






-Putaran Milankovitch – kitaran Zaman Glacial dan Inter Glacial . Ini adalah disebabkan oleh perubahan orbit bumi pada waktu-waktu tertentu. Sekarang kita dalam Zaman Inter Glacial sejak 10,000 tahun yang lepas.





-Namun begitu Zaman Inter Glacial sepatutnya sudah lama berakhir. Kita seharusnya bertukar ke Zaman Glacial pula. Namun disebabkan kenaikan suhu dunia yang mendadak, Zaman Glacial tidak mungkin berlaku. Saintis meramalkan pada tahun 2100, tahap CO2 adalah 3 kali ganda lebih daripada ketika waktu pra industri.



Pernahkah anda terfikir , bagaimana negara-negara sejuk mempunyai 4 musim. Sampai waktu yang tepat , daun akan berguguran seluruhnya. Dan bila masuk waktu yang lain pula, bunga pun bertumbuhan di sekeliling anda. Bukankah itu suatu perkara yang sangat menakjubkan.



Sekiranya dengan prinsip pergerakan bumi mengelilingi matahari, 4 musim boleh terwujud. Prinsip yang sama juga digunakan oleh pusaran air dan bumi. Bergantung kepada angle bumi kepada matahari, pusaran (angin dan air) yang terbentuk di Pusat Anti Graviti akan berpusing mengikut tarikan matahari. Di Pusat Anti Graviti , kompas tidak berfungsi sama sekali. Ini bagi membolehkan air dan angin dilepaskan daripada terikat dengan ikatan bumi dan flux perkutuban Utara-Selatan. Di point sinilah angin dan air berpusing dan menentukan arus air dan bayu di seluruh dunia.



Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai bagaiman pusaran ini berlaku, maka anda boleh buat research sendiri. Kerana saya tidak rasa ianya begitu penting untuk di ketahui umum.

Pusaran angin yang dihasilkan sayap kapal terbang



Namun bila pusaran ini berlaku, terdapat beberapa bulan dalam setahun yang mana kejadian misteri kerap berlaku di Segitiga Syaitan di seluruh dunia. Antara bulan-bulan yang saya maksudkan ialah bulan Disember-Januari-Februari dan Jun-Julai-Ogos.

Model pusaran air di dalam gelas



Ketika waktu-waktu inilah maka seluruh dunia akan mengkhabarkan kejadian kematian misteri. Sehinggakan ada yang membuat andaian bahawa penunggu di tempat tersebut mahukan darah manusia.



Sejauh manakah tahap kebenaran kisah-kisah misteri segitiga syaitan ini???

Atau ianya suatu cerita dongengan sahaja.

Namun , apa pun pendapat pembaca budiman, kejadian misteri ini terus-menerus berlaku sehingga kini. Nyawa tetap melayang di tempat-tempat tersebut.


Pernahkah saudara-saudari membaca kitab-kitab mengenai sifat syaitan. Antara yang saya kumpulkan ialah :

1. Syaitan berjalan dalam darah manusia.

2. Syaitan berpesta waktu senja.

3. Syaitan suka berada di antara bayangan dengan cahaya.

4. Syaitan suka kepada pertengahan antara sejuk dengan panas.


Dan mungkin banyak lagi sifat syaitan yang saya tidak ketahui. Tetapi secara umumnya, syaitan suka berada di tengah-tengah . Contohnya adalah di waktu pertukaran siang dengan malam. Di waktu senjalah, Nabi s.a.w. minta kita menutupi semua tingkap-tingkap . Ini mungkin kerana khuatirkan pesta-pesta syaitan yang berlaku di luar ditempiaskan ke dalam rumah-rumah kita.


Sekiranya anda perasan kesemua istana-istana sesat di seluruh dunia mempunyai binaan segitiga.


Piramid Firaun



Piramid Inca dan Maya



Jadi ada kemungkinan iblis sangat suka kepada rekabentuk segitiga. Sebab itulah kesemua pusat-pusat misteri mempunyai garisan segitiga sebagai tanda sempadan kejadian.

Jadi bolehlah disimpulkan bahawa syaitan membina istana yang berbentuk segitiga di lokasi-lokasi pusat anti graviti. Para syaitan ini sangat suka untuk mengumpul roh-roh yang mati lemas sebagai koleksi muzium mereka ketika waktu pesta mereka. Waktu pesta mereka ialah waktu ketika arus laut bertukar arah. Begitu juga dengan hal pertukaran arah bayu.

Jadi ada kemungkinan Nabi Daud a.s. mengetahui secara terperinci perkara ini. Maka disebabkan perkara ini, maka dajjal telah dibawa oleh Nabi Daud a.s. merentasi lautan luas terus sahaja menuju ke Segitiga Syaitan di Lautan Syaitan Jepun . Maka di situlah dajjal digari dengan Perintah ALLAH. Nabi Daud a.s. mempunyai mukjizat dapat melentur besi dengan tangan beliau. Maka terikatlah sang dajjal di timur dunia. Al-Jassassah telah diperintah oleh ALLAH untuk menjaga sang dajjal sehinggalah waktu ketika para yahudi illuminati dapat menjumpai pulau tersebut. ALLAH mengizinkan dajjal untuk lepas dari ikatan beliau bagi membolehkan dajjal menjalankan kerja penyesatan akidah Umat Islam .

ALLAH juga mengizinkan Planet Nibiru X untuk terlepas dari orbitnya untuk planet ini muncul di bumi pada tahun 2012 , dan bagi menukarkan flux graviti dalam bumi. Ini supaya bumi dapat diberhentikan ketika kedatangan dajjal nanti. Ketika kemunculan planet merah Nibiru X nanti, Imam Mahdi akan dilantik menjadi Khalifah ALLAH.

Ini semua adalah Perancangan ALLAH yang telah diberitahu oleh Nabi s.a.w. secara hint. Terpulang kpd kita utk mengkajinya secara mendalam.

gravatar

Secret Sign - Unsur Masonic Di AJL24?



Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itu kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi




Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada di pasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.


Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.


Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.



3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.




Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.


Checkered Floor









Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya.



Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apa itu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.

Di Ibu Pejabat CIA



Di Lodge Freemason



Dewa Hindu sebenarnya ialah Syaitan yang menyesatkan manusia, perhatikan lantai hitam putih.



Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang perihal kumpulan Dewa 19 yang banyak keraguan tentang siapakah mereka, bagi yang belum membacanya anda boleh Klik Sini! Di rumah vokalisnya, juga mempunyai lantai petak hitam putih ini. Sila tonton video klip dari The Lucky Laki, Superman dan perhatikan di akhir-akhir video ada 'scene' Ahmad Dhani dan anaknya di rumah.



Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!





Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.



2 tiang Temple Of Solomon, Joachim and Boaz. Untuk artikel tentang Joachim and Boaz di sejadah, Klik Sini!



Rihanna dan Unfinished Pyramid



Mungkin ada pembaca baru yang tertanya-tanya apakah itu piramid yang belum siap atau lebih dikenali dengan Unfinished Pyramid ini. Unfinished Pyramid ini tidak siap kerana rancangan arkiteknya belum lagi siap sepenuhnya. Apakah rancangan arkitek tersebut? Rancangannya ialah untuk membuat manusia terus leka di atas dunia tanpa mengingati penciptanya. Dan apabila piramid itu siap, dengan segala pelan-pelan menjauhkan manusia dari penciptanya barulah arkitek piramid itu akan keluar. Siapakah arkiteknya? Jawapannya ada di atas unfinished pyramid itu sendiri. One Eye!

All Seeing Eye di AJL







Rasanya tidak perlu diterangkan maksud lambang ini kerana saya percaya pembaca sudah tahu apakah makna di sebalik lambang all seeing eye ini. Lambang ini sebenarnya ada di mana-mana cuma kita sahaja yang tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. Sila baca artikel sebelum ini tentang All Seeing Eye ini.


The All Seeing Eye Around Us

Adakah semua ini kebetulan yang besar? Checkered Floor, All Seeing Eye, Unfinished Pyramid, Joachim and Boaz. Kami tinggalkan persoalan besar ini kepada anda untuk menilainya.


We Just Only Show You The Door But You The One That Will Choose It.




Pintu A: Teruskan dengan dunia anda sekarang dan terus berada di dunia yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan

Pintu B: Mulai sedar dari tidur yang lena dan berada di dunia yang nyata



Fikirkan semula

gravatar

Hukum Menyertai Facebook



Sumber:Harian Metro Online

Soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

gravatar

Sahabat Sejati

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.




Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’




DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.




Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”




Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

•Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
•Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
•Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
•Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
•Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
•Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
•Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
•Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
•Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
•Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
•Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
•Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
•Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
•Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.