Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Cara Buang Virus Secara Manual Tanpa Guna Anti-Virus


Pada kebiasaannya, virus akan cuba menyembunyikan fail yang dilarikan. Oleh itu, beberapa fungsi asas tetingkap akan di lumpuhkan. Fungsi-fungsi itu perlu di aktifkan semula supaya fail yang dilarikan dapat dicari dan beberapa aturan tetingkap dapat dikembalikan semula.
Virus biasanya akan menyerang registry / command prompt / task manager / Folder option dan lain-lain (Klik pada text tersebut untuk mengetahui cara-cara mengembalikan semula fungsi di atas). Sekiranya fungsi tersebut berjalan seperti biasa, barulah anda boleh menggunakan kaedah di bawah untuk mengbuang virus.
Rvhost
Buka registry, dan klik edit dan klik find. Cari file ini dan musnahkan; RVHOST. Itu sahaja.
Backdoor SDBot.H Trojan
1) Klik Start
2) Klik Find or Search (bergantung pada Windows versi)
3) Klik Files or Folders atau All Files and Folders
4) Taips I5Eexplore dan enter
5) Buang fail tersebut
6) Klik Start, Run, taip REGEDIT
7) Buang fail seperti dibawah
“Config Loadatiorin”=”
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnce
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunServices
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnce
8) Keluar dan restart komputer anda.
BadTrans Trojan Virus
1) Klik Start, Run
2) Taip SYSEDIT dan kilk OK
3) Tik dekat WIN.INI window dan cari baris RUN
4) Buang ia dan simpan file yang di edit tadi. (ctrl+S)
C:\WINDOWS\INETD.EXE
Sekarang anda update anti virus yang di install di komputer anda dan jalankan scan. Anda akan dapati fail KERN32.EXE dan CP_23421.NLS. Buang fail ini jika anti virus anda tidak boleh membuangnya. Restart komputer.
VBS.Flesh.A
Klik Start, Run, taip regedit dan enter. Pergi ke
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
Anda akan dapat melihat seperti “name REG_SZ “C:\Windows\name.vbs”"Buang fail ini. Pergi ke
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\Main
dan buang tajuk window itu. Buang fail ini “C:\Windows\name.vbs”
QAZ trojan
Klik START, RUN dan taip REGEDIT dan ENTER. Pergi ke
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
Cari fail yang mencurigakan seperti ini “startIE=XXXX\Notepad.exe.” dan terus buang tanpa berfikir panjang. Simpan dan tutup semua window, restart komputer dan anda namakan semula fail Note.com ke Notepad.exe.
Buang Virus Yahoo Messenger.
Kena disable system restore dulu sebab virus ini boleh restore balik execute fail dia bila kita buang. Cari dan buang fail ini. “svhost.exe dan svchost32.exe”. Buang autostart.inf / autorun.inf fail dalam registry, kena buka registry, dan cari kawasan ini.
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
Cari dan buang fail ini, Task Manager = “%Windows%\system\svchost32.exe” Svchost=“%Windows%\system\svhost.exe”. Buang kunci dan data ini.
HKEY_CURRENT_USER\Software\Yahoo\pager\View
Cari dan buang fail ini. YMSGR_buzz dan YMSGR_Launchcast. Cari fail
HKEY_CURRENT_USER\Software\Policies\Microsoft\Internet Explorer\Control Panel
dan buang Homepage = “1″ Cari
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
dan buang data NoRun = “1″. Tutup semua browser dan reset balik browser anda dan buang semua temporary data dan cookies dan buang apa dalam cache.
MSBLAST or MSBLASTER worm
Virus ni begitu hebat sehingga ia boleh mengakibatkan komputer anda tutup dengan sendiri. Tetapi anda boleh matikan arahan itu (jika satu popup keluar yang mengatakan “This shutdown was initiated by NT AUTHORITY\SYSTEM”) dengan anda klik pada window – run dan taip shutdown -A. Arahan ini akan menyahaktifkan arahan virus tadi. Cara nak buang virus ni susah sikit dan leceh kerana ia telah patchkan file ke beberapa tempat dalam komputer anda.
  1. Terlebih dahulu anda perlu cabut kabel internet.
  2. Anda perlu matikan beberapa fail yang diaktifkan oleh virus. Anda perlu buka task manager (ctrl+alt+del) dan tab ke processes dan matikan file ini. MSBLAST.EXE PENIS32.EXE TEEKIDS.EXE MSPATCH.EXE MSLAUGH.EXE ENBIEI.EXE.
  3. Anda kena muat turun dan install KB824146. Untuk buang virus ini, kebanyakan di internet menyuruh anda meng install DCOM RPC untuk di patch ke komputer. Microsoft sendiri yang mengeluarkan fail ini dan sebenarnya ialah adalah laluan ulat (worm) itu sendiri. Fail ini memang ada pada versi terbaru window xp dan ke atas. Oleh itu aku cadang guna yang KB824146, pon ia dari window tapi lebih selamat sikit. Jika anda mahu menggunakan DCOM RPC juga anda boleh teruskan kerana di bawah nanti anda akan tutup port yang menjadi laluan ia bergerak ke internet.
  4. Dengan fail itu, anda perlu tutup port tcp 4444 dan tutup port tcp 135 dan udp 69.
  5. Sekarang anda perlu buka registry untuk buang beberapa data yang dibuat oleh ulat. Anda perlu pergi HKEY_LOCAL_MACHINE>Software>Microsoft>Windows>Current Version>Run dan buang fail ”windows auto update” = MSBLAST.EXE (variant A), ”windows auto update” = PENIS32.EXE (variant B), ”Microsoft Inet xp..” = TEEKIDS.EXE (variant C), “Nonton Antivirus”=MSPATCH.EXE (variant E), “Windows Automation” = “mslaugh.exe” (variant F), “www.hidro.4t.com”=”enbiei.exe” (variant G).
  6. Anda sebenarnya perlu tutup system restore bagi membolehkan proses membuang ulat ini lancar. Sekarang anda perlu klik pada start dan search atau find. tab look in tu anda set pada window root (biasanya C:) dan pada advanced option anda klik search system folder dan search hidden fail. Di atas tadi aku dah senaraikan beberapa fail yang perlu di tutup dan fail itu yang anda kena cari dan buangkannya. empty recycle bin sekali.
  7. Sekarang anda perlu reboot komputer dan try tengok ada lagi ke fail ulat itu.
Kangen
  1. Anda buka search atau find, dan macam biasalah, look in kat c: (window system file). Pastu kat more advanced option, klik pada search system folder dan search hidden file. Cari fail yang bernama ccapps.exe dan kangen.exe, buangkan aja. (shift+del)
  2. Anda buka registry dan klik kat edit buka find. Cari fail ccapps.exe untuk dihapuskan. Biasanya ada kat HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run, HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnce, HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnceEx, HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunServices.
  3. Jangan lupa untuk buang fail yang terdapat pada temp folder. biasanyafolder ni ada kat window root (c:\documents and setting\temp). Kalau tak ada bukan bermakna folder itu tak wujud tetapi cuma di hidden aje. pergi kat folder option dan klik pada show hidden file dan uncheck hide extension for know file. klik apply dan ok.
MyDoom.A or Novarg.A worm
  1. Restart komputer anda dan jalan pada safe mode. tekan F8 masa mula-mula ia berjalan. Nanti akan keluar banyak pilihan dan anda pilih untuk safe mode.
  2. Bila dah masuk window, anda buka registry. Anda pergi ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run dan HKEY_CURRENT_USER\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run untuk buang data “Taskmon”=”%System%\taskmon.exe”. Selepas itu anda ke HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\ComDlg32\Version dan HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\ComDlg32\Version untuk buang data dalamnya. Pergi ke HKEY_CLASSES_ROOT\CLSID\{E6FB5E20-DE35-11CF-9C87-00AA005127ED}\InProcServer32 untuk ubah semua fail “%System%\shimgapi.dll”.
  3. Anda simpan registry dan keluar. Buka search atau find. (tutup system restore dulu. cari fail shimgapi.dll dan taskmon.exe. JANGAN BUANG FAIL SEPERTI TASKMON.EXE DALAM NORMAL WINDOW FOLDER. Fail-fail tersebut biasanya dalam keadaan tersembunyi (hide), jadi anda perlu klik pada more advanced option dan klik search hidden file.
Best!.exe
  1. Buka task manager. Ia akan prompt password tetapi anda cuba bukan sekali lagi tanpa menutup tetingkap password tersebut.
  2. di tab process, cari file window.exe atau best.exe dan terminate (end tree process)
  3. buka search, dan cari file BEST!!.exe yang ber’icon’ folder. begitu juga file window.exe. pilih semua fungsi di advanced options. buang file berkenaan.
  4. buka registri melalui command prompt, cari file best.exe dan window.exe. BUT… JANGAN ANDA TERSALAH BUANG KEY DI REGEDIT TU!!!
# untuk keselamatan, ni link yang masih ingat. #
HKEY_CURRENT_USER,SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Windows\system32\mizi\window.exe.
## ubah sesetengah fungsi di registri ##
HKEY_CURRENT_USER, Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer,NoRun,1
HKEY_CURRENT_USER, Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer,NoClose,1
HKEY_LOCAL_MACHINE,SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion,RegisteredOrganization,170188
### tidak perlu mengunakan safe mode untuk melakukan tugasan ini ###
———————————————————————————————————–
P/S ~ Jika anda telah mengikut / buat apa yang dicadangkan di atas, sila pastikan selepas itu anda:
  • Baik pulih sistem operasi (repair window) menggunakan cd yang dibeli / ada.
  • Mempebaharui (update window) sistem operasi.
  • Mempebaharui (update antivirus) antivirus dan memulakan semula sistem operasi anda (restart).
  • Scan semua fail menggunakan antivirus.

gravatar

Keputusan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali Ke-22

Keputusan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali Ke-22 malam semalam di Dewan Saadah Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.

Nasyid Tradisional
Johan - Zinnirah (Selangor)
Naib Johan - Muhammad (Sabah)
Ketiga - CG Farhana (Perak)

Nasyid Moden
Johan - Zara (Sabah)
Naib Johan - Zulfa (Selangor)
Ketiga - CG Fannan (Perak)

Persembahan Terbaik - Zara (Sabah)

#Kali pertama Sabah jadi tuan rumah peringkat kebangsaan. Jauh sangat ke Sabah, tak dapat nak tengok live, kat TV pon takde live. Huhu. =(
Papepon tahniah kepada wakil Perak, CG Farhana & CG Fannan kerana kedua2nya mendapat tempat 3 terbaik ! Tahniah !

gravatar

Kota Yang Tak Pernah Tidur !


Orang selalu cakap, New York adalah kota yang tidak pernah tidur. Mungkin mereka tak pernah pergi Mekah kot?


Teringin sangat nak ke kota yang tak pernah tidur ni iaitu Mekah untuk buat Haji. Tapi kalau tak dapat pon, dapat buat umrah pon jadilah kan ? Kalau dapat buat umrah dah bersyukur sangat.

Kata ustaz, mengerjakan haji adalah wajib kepada yang mampu. Tapi sekarang, saye tengok, banyak orang yang mampu, tapi duit nya di habis kan dengan melancong ke negara lain. Sayang nya. selesaikan lah apa yang patut dulu kan. Tapi tak nak kata lebih. mungkin deme ada perancangan sendiri.

Cadangnye, lepas tamat belajar ni nak selesai kan dahulu hutang dengan MARA. Tapi berharap sangat dapat senarai dekan la. Hehe, akan di tukar jadi biasiswa ye dak? Tak perlu susah-susah nak bayar balek. Senang sikit nak kumpul duit nak pegi haji kalau pinjaman MARA dah ditukar jadi biasiswa. Hehe.

Sebab yang wajib di selesaikan dahulu adalah hutang. Kalau kita ade hutang, kita perlukan selesai kan hutang kita dulu. Ustaz kat sekolah dulu pernah cakap :-

"Kalau kite mati tak kerjakan haji, takde apa lagi. Tapi kalau kite mati, kita ada hutang, jasad ni antara bumi dengan langit."

Maka, InsyaAllah cube segera langsaikan hutang dulu nanti. Lepas tu, cari kerja dan kumpul duit untuk mengerjakan Haji atau Umrah. Tapi, layak ke saye ke sana? Pasti lah layak untuk seluruh umat Islam. Kite perlu yakin dan jangan bersangka buruk dengan Allah. Allah akan sentiasa menerima hamba Nya yang membuat kebaikan. Kan kan? 

gravatar

Never give up my friends.

Apabila dilanda masalah, carilah seseorang yang dapat menjadi perangsang bagi dirimu agar kamu jadi lebih kuat dan kental untuk menghadapi setiap cabaran dan ujian yang datang.

Apabila ditimpa masalah, jangan diminta kurangkan ujian, tetapi mintalah agar dikuatkan iman dan dikentalkan jiwa untuk terus kuat menghadapi ujian2 yang mendatang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah, ayat 286.

gravatar

Istanbul Aku Datang macam mengesahkan Malaysia ni 'bukan negara Islam'?



Kome perasan tak dalam filem Istanbul Aku Datang macam mengesahkan Malaysia ni 'bukan negara Islam'?

Ada satu scene time kat University tu mase Dian (Lisa Surihani) ngan Azad (Tomok) bersembang dan berpeluk, perasan tak dialog yang diucapkan Azad? Lebih kurang macamni laa bunyinya.

Azad: Janganlah peluk depan2 orang macam ni. Tak elok orang tengok.
Dian : Haa? U peluk I kat KL ok jer.
Azad : Tu lain. Kita kan kat negara orang. Negara Islam pulak tu. Hormatlah sikit.

Maaflah, ini ape yang aku perasan laa. Kot lah kome tak perasan. Tapi Malaysia pon negara Islam jugak kan ? Kat negara sendiri taknak hormat pulak, boleh je peluk2 bagai. Tapi, kat negara orang reti pulak nak hormat.

gravatar

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H


Assalamualaikum.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru ( Awal Muharram 1434 ) kepada semua umat Islam di dunia.


Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Tiada yang lebih mulia dan indah dari penghijrahan jiwa dan hati yang tulus, merubah diri ke arah kebaikkan dan memaafkan serta melupakan segala perkara yang lalu dan terus istiqamah dalam amal ibadah dan berdakwah, dengan pengharapan tiada lain hanya inginkan keredhaanNya.

Hapuskan dendam, bersihkan hati dan luruskan niat.

Salam Maal Hijrah 1434H :')
Semakin dekat kita dengan kematian.

Semoga tahun baru lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. InsyaAllah.

gravatar

Bangun Tahajjud !


gravatar

Amalkan 3 Serangkai Ilmu


Kita belajar Ilmu Fiqh untuk mengesahkan amal zahir. Belajar Ilmu Tauhid (Aqidah) supaya hati (roh) kenal Allah dan tidak sesat jalan hidup.
Kita belajar dan menghayati ilmu tasawwuf agar dapat mengubati penyakit mazmumah seperti ego, bongkak, takabbur atau riak. Penyakit penyakit ini adalah syirik kecil yang tersembunyi pada diri kita yang boleh membatalkan amal Fiqh dan amal Tauhid.

Ilmu tasawwuf mendidik hati manusia yang berakhlak "keras/kasar/biadab". Tasawwuf mengajar jadi "ihsan", sentiasa yakin bahawa "Allah tahu dan melihat apa yang kita buat". Buat hati jadi lembut, perangai juga lembut, tidaklah lagi melihat keburukan orang, mengata orang, memaki hamun orang,mengaibkan orang, dan suka buruk sangka terhadap orang. Tasawwuf mengajar kita supaya sentiasa bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Belajar Fiqh dan Tauhid sahaja tidak cukup untuk mendidik hati. Ilmu Tasawwuf menjernihkan hati.

Kesimpulannya : Ilmu Aqidah adalah pokoknya, Fiqh adalah batangnya, Tasawwuf adalah buahnya.

Semoga posting ini ada manfaatnya. Wallahu'alam. =)

gravatar

Tiada idea !

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak melawat ke blog ni. Boleh jadi sudah bersawang agaknya blog ni. Hehe. Sebenarnya saye takde mase yang cukup dan sesuai untuk menjenguk dan mengepost sesuatu di blog ini dan tiada idea apa yang ingin dikongsikan bersama di blog ini. Lagipun saya ni bukanlah seorang yang rajin membuat karangan mahupun esei.

Tapi, kalau dalam exam yang ada melibatkan esei ni, entahlah, tiba-tiba je macam mencurah-curah idea keluar untuk ditulis atas kertas jawapan. Ade je perkara yang ingin ditulis di dalam esei. Lebih-lebih lagi kalau esei yang melibatkan suatu perkara fiksyen laa. Haha. Kalau kat blog ni pulak, hurmm, seperti kekurangan idea. Kebanyakkan post-post saye sebelum ini pon adalah suatu perkongsian dari emel saye yang dihantar oleh rakan-rakan.

Pernah juga terfikir untuk menulis blog yang berupa diari, ataupun kisah dan pengalaman yang dihadapi sepanjang hari. Ini kerana saya merasakan bahawa pengalaman-pengalaman yang berguna dan memberikan manfaat yang dihadapi seharian serta mampu meningkatkan motivasi diri perlu dikongsi bersama penjenguk blog ini agar kita sama-sama dapat berubah menjadi yang lebih baik.

Seandainya dalam kalangan pembaca post ini yang ingin mengemukakan sebarang idea, bolehlah memberikan komen di bawah post ini yer. Semoga segala apa yang kalian cadangkan, rekemenkan akan memberikan manfaat kepada para penjenguk yang lain.

Rasanya setakat ini sahajalah apa yang saya post untuk kali ini. Memang sesuai sangat dengan tajuk post " Tiada idea ! ". Hehe. Insyaallah, sekiranya berkelapangan dan mempunyai idea, akan saye kongsikan di blog ini. Sekian, wassalam.

gravatar

Jom Download : SeeFood (2012)




Seefood, sebuah filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia hasil terbitan Studio Animasi tersohor di Malaysia iaitu Silver Ant Sdn Bhd dan edaran oleh Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem ini berlatar belakangkan eko-sistem laut sama seperti filem Nemo yang pernah ditayangkan beberapa tahun dahulu. Jom layan filem animasi ini, sangat menarik. Terbaik!!

Format .MKV (270Mb)
part 1 | http://www.mediafire.com/?y8nuu8s5aobo980
part 2 | http://www.mediafire.com/?7ds4lsdljrrux0f

Format .MKV (400Mb) *Tunggu 5 saat,klik "Skip ad".
part 1| http://adf.ly/7nEnO
part 2| http://adf.ly/7nEq6

Format .MKV (350Mb)
part 1 | http://leechmf.com/?nGymLGA6LwHkLJZ4AmH5
part 2 | http://leechmf.com/?rKuvq2IzrGWmnGykL3um

Format .MKV (515Mb) *Tunggu 5 saat,klik "Skip ad".

part 1 | http://adf.ly/7nArf
part 2 | http://adf.ly/7nAuw
part 3 | http://adf.ly/7nAuT

Format .RMVB (290Mb) *Tunggu 5 saat, klik "Skip ad".
part 1 | http://adf.ly/7nBHl
part 2 | http://adf.ly/7nBTe

#Sila join file .001 menggunakan HjSplit (http://hjsplit.org/) dan extract file menggunakan WinRAR/WinZip bagi file .rar .

SINOPSIS: Filem Seefood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut.

Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.

Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!

gravatar

Forum Ustaz Kazim Elias di IPD Perak Tengah, Seri Iskandar 10 April 2012

Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Peringatan Hari Polis Ke-205 Kontinjen Perak.
Tarikh : 10 April 2012
Masa : 9.00 malam
Tempat : Perkarangan IPD Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak
Tajuk : "Polis dan Masyarakat : Berpisah Tiada"
Panel 1 : Supt. Haji Ghazali bin Daud (Urusetia BAKA, Bukit Aman)
Panel 2 : Al Fadhil Ustaz Mohd. Kazim bin Elias Al Hafiz (Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah/ Pendakwah/Penceramah PerakFM)
Moderator : Al Fadhil Ustaz Mohammad Haniff bin Baderun (Pegawai Tadbir Masjid Sultan Idris Shah II)

Part 1 :
 
Part 2 : 

gravatar

Kan ke cantik ??

Hahaha, semalam ada makcik dok sembang dengan saya sewaktu Forum Perdana Hal Ehwal Islam di IPD Perak Tengah sambil merungut-rungut pasal hari ini ramai anak-anak gadis yang pakai seksi hingga boleh nampak seluar dalam dan warnanya sekali. hehehe (hanya mampu tersengih je.), dan makcik tu pon bagitau kalau muka tu lawa ok la jugak tapi, muka kalau budak kecik tengok mengigau malam? Kan Islam dah kata tutup la aurat, sekiranya kita tutup yang tak lawa pun akan nampak lawa. Apa komen kome?

gravatar

Mendidik Anjing Lebih Baik !

Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.- Riwayat Thabrani dan Hakim

gravatar

YA ALLAH JAUHKANLAH AKU DARI SIFAT KESYAITANAN INI…

Sedar tak sedar…kadangkala diri kita bergelumang dengan sifat yang Allah murkai dan laknati sehingga sifat inilah yang menyebabkan Iblis dilaknati dan dihinakan Allah.
Sifat membesarkan diri…..menyombongkan diri……bongkak….. itulah sifat buruk,..yang sesiapa sahaja yang mendewakan sifat ini di dalam dirinya…… maka mereka akan dihina dan dimurkai Allah.

Seorang wali Allah yang terkenal Sufyan At-Tsauri ada menyatakan:

عَنْ سُفْيَانِ الثَّوْرِى كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ شَهْوَةٍ فَإنَّهُ يُرْجىَ غُفْرَانُهَا وَ كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ الْكِبْرِ فَإنَّهُ لايُرْجىَ غُفْرَانُهَا لأنَّ مَعْصِيَةَ إبْلِيسَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ الْكِبْرِ وَزَلَّةُ آدَمَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ الشَّهْوَةِ .

Ertinya:
Setiap maksiat yang disebabkan oleh syahwat…maka masih boleh diharapkan keampunan dari Allah…tetapi setiap maksiat yang disebabkan oleh sifat membesarkan diri(sombong) tidak dapat diharapkan keampunan dari Allah…..kerana maksiat yang dilakukan oleh Iblis itu adalah disebabkan oleh sifat membesarkan diri (sombong)sedangkan tergodanya Adam adalah kerana syahwat.

Ada ulamak tasawuf yang menyatakan apabila kita merasa kagum dengan diri kita …maka kita sudah menjadikan diri kita ini bergelumang dengan sifat riak……
Setiap kali kita melihat cermin memandang wajah kita… dan kita akan katakan yang kita ini hensem…kacak….macho…..maka kita sudah menjadi riak…..

Setiap kali kita menggayakan pakaian kita ..dan kita rasa pakaian kita cantik…elegan…mahal….hebat dari orang lain….maka kita sudah menjadi riak….
Setiap kali kita membandingkan kebaikan dan kebajikan kita..dengan orang lain….dan kita rasakan kita lebih….pemurah dan banyak buat pahala…..maka kita sudah menjadi riak…….

Setiap kali kita…..merasakan kita lebih mulia dari orang lain dan orang lain itu rendah standardnya daripada kita…takde class……maka kita sudah menjadi riak……
Setiap kali kita menolak …..hukum Allah dan merasakan ada hukum yang lebih baik daripada hukum Allah maka kitalah manusia yang riak dan yang membesarkan diri dengan Allah.

Jauhilah sifat riak ….ini….kerana jika anda mendewakannya dan menjadikannya sebagai gaya hidup anda….maka anda.. akan menjadi saudara syaitan dan bakal berjiran dengannya di dalam neraka...setelah mendapat gelaran “ yang dilaknat Allah”….dengan pangkat kepujian di dalam bab “dimurkai Allah”…………

waliyazubillah….!!!

gravatar

Istiadat Pertabalan Agong Ke-14

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

gravatar

PETUA AGAR KERJA KITA JADI PEKERJA YANG TERBAIK DAN SUPAYA KITA TIDAK MENGALAMI STRESS KETIKA BEKERJA

Menurut seorang ulamak tasauf....antara cara untuk menjadi cemerlang di dalam kerja kita maka ada lima konsep yang mesti kita lestarikan:

،{ أولها: اختيار الشدة على النعمة ، وثانيها: اختيار الجهد على الراحة ، وثالثها: اختيار الذل على العز ، و رابعها: اختيار السكوت على الفضول ، وخامسها: اختيار الموت على الحياة}.

1- Pertamanya....memilih untuk membiasakan diri dengan budaya susah dari bersenang lenang di dalam suatu kerja.

Orang yang biasa buat kerja-kerja yang susah akan merasa senang dengan kerja yang biasa.Begitu juga orang yang biasa hidup susah akan menghargai kesenangan yg diperolehinya..setelah berjaya

2- Memilih untuk berusaha/bekerja dengan rajin daripada berehat-rehat.

Buat kerja kita sungguh-sungguh...jangan asyik cari peluang mengulat aje ye...nampak sibuk depan boss...belakang boss asyik bergayut aje macam beruk....he he he

3- Memilih merendah diri daripada menyombong diri.....

Jika kita merendah diri dan tidak sombong..... barulah teman sekerja sayang dan kasih pada kita....ingat kita bekerja sebagai satu team work..kalau tak ada sahabat kita yang buat kerjanya...jabatan kita tak akan berjaya..hatta tukang photostat di pejabat pun kalau tak ada dia kan susah...maka hargailah kerja mereka..walaupun dgn ucapan terima kasih.

4- Memilih untuk diam daripada melakukan dosa mulut.....

Banyak pergaduhan berlaku di pejabat sesama teman sekerja adalah disebabkan oleh kata-kata umpatan...kejian...isu-isu terkini....fitnah dan sebagainya....jika kita terlibat dgn kumpulan ini ..percayalah kita akan banyak membuang masa...kerana berbual kosong sehingga menjejaskan prestasi kerja kita...apatah lagi tuan badan yang diumpat pasti tak dapat membuat kerjanya dgn baik.

5- Memilih ingat mati dari hidup lama......

Mengingati mati adalah motivasi orang beriman yang ternbaik sekali...bila kita ingat mati..kita tak akan melakukan perkara yang haram di dalam kerja kita...kita tak berani menipu...ponteng...pecah amanah...rasuah...kerana secara konsepnya begini...jika kamu tidak jujur dengan kerja kamu ingat...kamu akan mati dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat iaitu kehidupan selepas mati.

Inilah lima perkara,....yang insyaalah kalau dihayati dan diamalkan ....percayalah kita akan menjadi pekerja yang cemerlang.....kalau tak percaya cubalah....

gravatar

Ada hantu ? Panggil Datin Maimoon !


Jika ada hantuuuuu...yang menganggu you...sapa you nak panggilllllll...????? Datinnn Maimoooonnnnn.....jika ada hantuuuuu....yang nak cekik youuuuu......sapa you nak panggilll........?datinnnnnn....Maimooooonnnn......ha ha ha ha.....

Memang hebat watak datin Maimon yg dibawa oleh Afdlin Syauki di dalam rancangan realiti maharaja lawak....sehingga membekas di hati sesiapa sahaja yg melihatnya.....dan ada pula pihak yang panas punggung..dan tidak suka......

Datin Maimoon seorang kenamaan yang kaya raya.....mempunyai taste yg tinggi...suka bershopping...ingin glamour...minat nak berduet dengan artis macam anuar zain...aktif dengan kegiatan surau dan keagamaan untuk glamour dan pengaruh......suka juga majlis soaila perti poco-poco...dan sebagainya....suatu pakej lengkap dari lakonan Afdlin Syauki...sebagai peringatan pada mak-mak datin.......tahniah Afdlin.......saya paling suka dialognya yang berbunyi.....

"Panggil saya datin Maimoon...atau I sue you.....(saya saman awak)....ha ha ha ha

gravatar

KESAKITAN INI SUDAH TIDAK TERASA LAGI

WAJAH SAYU…KESEDIHAN DAN KETAKUTAN
SUDAH TIADA LAGI…
TANGISAN ESAKAN DAN RINTIHAN…..
SEAKAN SUDAH KEHABISAN….TIADA BERBAKI

PERASAAN MARAH DAN TERKILAN
MELIHAT KETIDAK ADILAN DAN KEZALIMAN
BERSILIH GANTI MENGHUNI SANUBARI
DARAH MERAH YANG MENGALIR MENJADI SAKSI

BILA TERDENGAR LAUNGAN TAKBIR….
MENYERU NAMA ILAHI…TANDA BANGKITLAH UMAH
TAMATKANLAH TRAGEDI DAN MIMPI NGERI INI
AYUH BANGUNLAH…TEGAKKAN PANJI KEBENARAN

TIADA GUNA HARTA..PANGKAT DAN WANG BERJUTA
JIKA MARUAH DAN HARGA DIRI DICABULI PENDUSTA
BIAR HIDUP DERITA MENEGAKKAN HAK MANUSIA
DARI HIDUP DERITA…DIBAWAH TEKANAN SANG DURJANA

BEBASLAH DIRIKU..BEBASLAH..UMMAHKU…BEBASLAH
BEBASLAH NEGERIKU…BEBASLAH TANAHAIRKU…..
BEBASLAH JIWAKU…JANGAN TERBELENGGU
KERANA MARUAH KAMI MULIA JANGAN DIHINA.

BIAR TUBUH KAMI DIROBEK PELURU TAK BERMATA
BIAR TUBUH KAMI LUKA PARAH DI PUKUL BELANTAN
BIAR TUBUH KAMI KAKU TIDAK BERNYAWA……..
BIAR TUBUH KAMI YANG TAK BERDAYA MENYUARAKAN KEBENARAN

KAMI YAKIN PASTI DISUATU HARI…..
DOA KAMI AKAN DIMAKBULKAN
DOA KAMI YANG BERKUMANDANG DI MASJID DAN DI JALANAN
DOA ORANG DIZALIMI DIMAKBULKAN TUHAN.

WAHAI SAUDARA SEAGAMA SELURUH DUNIA
TAK MENGAPA JIKA HANYA MEMERHATI TANPA BERBUAT APA
TAPI INGATLAH SATU PERKARA……
JIKA TUHAN KITA BERTANYA…..APA YANG KAMU LAKUKAN
PABILA MELIHAT SAUDARAMU TERANIAYA….???????

ALLAHUAKBAR…HASBUNALLAH WA NIKMAL WAKIL…WA LA HAULA WALA
QUWWATA ILLAHI BILLAHIL ALIYILA’ZIM

gravatar

Kisah Liberal Gurlz & Ustaz


Liberal Gurlz :

“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :

“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :

“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :

“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :

“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :

“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :

“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :

“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :

“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :

“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :

“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz :

“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :

“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :

“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :

“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :

“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :

“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :

“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz :

“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :

“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :

“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :

“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


gravatar

APAKAH BENAR KITA CINTAKAN NABI SAW....JIKA BENAR..ADAKAH KITA..PERNAH BUAT SUNNAH...WALAU HANYA SEKECIL INI?

Hadis Nabi

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.”

(al-Bukhari)

Kadangkala kita susah untuk mengamalkan sunnah Nabi saw yang sekecil ini...apatah lagi nak mendaulatkan islam dan syariatnya...iaitu sunnah Nabi saw yang paling besar....!!!!