Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Keputusan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali Ke-22

Keputusan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali Ke-22 malam semalam di Dewan Saadah Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.

Nasyid Tradisional
Johan - Zinnirah (Selangor)
Naib Johan - Muhammad (Sabah)
Ketiga - CG Farhana (Perak)

Nasyid Moden
Johan - Zara (Sabah)
Naib Johan - Zulfa (Selangor)
Ketiga - CG Fannan (Perak)

Persembahan Terbaik - Zara (Sabah)

#Kali pertama Sabah jadi tuan rumah peringkat kebangsaan. Jauh sangat ke Sabah, tak dapat nak tengok live, kat TV pon takde live. Huhu. =(
Papepon tahniah kepada wakil Perak, CG Farhana & CG Fannan kerana kedua2nya mendapat tempat 3 terbaik ! Tahniah !

gravatar

Kota Yang Tak Pernah Tidur !


Orang selalu cakap, New York adalah kota yang tidak pernah tidur. Mungkin mereka tak pernah pergi Mekah kot?


Teringin sangat nak ke kota yang tak pernah tidur ni iaitu Mekah untuk buat Haji. Tapi kalau tak dapat pon, dapat buat umrah pon jadilah kan ? Kalau dapat buat umrah dah bersyukur sangat.

Kata ustaz, mengerjakan haji adalah wajib kepada yang mampu. Tapi sekarang, saye tengok, banyak orang yang mampu, tapi duit nya di habis kan dengan melancong ke negara lain. Sayang nya. selesaikan lah apa yang patut dulu kan. Tapi tak nak kata lebih. mungkin deme ada perancangan sendiri.

Cadangnye, lepas tamat belajar ni nak selesai kan dahulu hutang dengan MARA. Tapi berharap sangat dapat senarai dekan la. Hehe, akan di tukar jadi biasiswa ye dak? Tak perlu susah-susah nak bayar balek. Senang sikit nak kumpul duit nak pegi haji kalau pinjaman MARA dah ditukar jadi biasiswa. Hehe.

Sebab yang wajib di selesaikan dahulu adalah hutang. Kalau kita ade hutang, kita perlukan selesai kan hutang kita dulu. Ustaz kat sekolah dulu pernah cakap :-

"Kalau kite mati tak kerjakan haji, takde apa lagi. Tapi kalau kite mati, kita ada hutang, jasad ni antara bumi dengan langit."

Maka, InsyaAllah cube segera langsaikan hutang dulu nanti. Lepas tu, cari kerja dan kumpul duit untuk mengerjakan Haji atau Umrah. Tapi, layak ke saye ke sana? Pasti lah layak untuk seluruh umat Islam. Kite perlu yakin dan jangan bersangka buruk dengan Allah. Allah akan sentiasa menerima hamba Nya yang membuat kebaikan. Kan kan? 

gravatar

Never give up my friends.

Apabila dilanda masalah, carilah seseorang yang dapat menjadi perangsang bagi dirimu agar kamu jadi lebih kuat dan kental untuk menghadapi setiap cabaran dan ujian yang datang.

Apabila ditimpa masalah, jangan diminta kurangkan ujian, tetapi mintalah agar dikuatkan iman dan dikentalkan jiwa untuk terus kuat menghadapi ujian2 yang mendatang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah, ayat 286.

gravatar

Istanbul Aku Datang macam mengesahkan Malaysia ni 'bukan negara Islam'?



Kome perasan tak dalam filem Istanbul Aku Datang macam mengesahkan Malaysia ni 'bukan negara Islam'?

Ada satu scene time kat University tu mase Dian (Lisa Surihani) ngan Azad (Tomok) bersembang dan berpeluk, perasan tak dialog yang diucapkan Azad? Lebih kurang macamni laa bunyinya.

Azad: Janganlah peluk depan2 orang macam ni. Tak elok orang tengok.
Dian : Haa? U peluk I kat KL ok jer.
Azad : Tu lain. Kita kan kat negara orang. Negara Islam pulak tu. Hormatlah sikit.

Maaflah, ini ape yang aku perasan laa. Kot lah kome tak perasan. Tapi Malaysia pon negara Islam jugak kan ? Kat negara sendiri taknak hormat pulak, boleh je peluk2 bagai. Tapi, kat negara orang reti pulak nak hormat.