Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Memahami Teknologi HDTV (High Definition TV)

Satu daripada teknologi yang banyak dipamerkan di pameran-pameran teknologi antarabangsa tidak kira di CeBit, Computex dan CommunicAsia adalah teknologi HDTV. HDTV adalah dari singkatan High Definition TV. TV definisi TV adalah TV Set yang mempunyai kebolehan untuk menayangkan gambar dengan kualiti yang tinggi.


Satu daripada kelainan HDTV ini adalah bentuknya, HDTV ini adalah lebih lebar berbanding dengan TV set yang biasa. Jika TV Set biasa mempunyai format 4:3 iaitu ratio ketinggian adalah 4 kepada 3 HDTV mempunyai ratio, 16:9, ini bermakna HDTV adalah lebar daripada Set TV biasa. Format HDTV adalah seperti format panggung wayang, jadi dengan menonton HDTV tidak adalahlah lagi arahan yang melarang kita membetulkan TV kerana terdapat ruang hitam diatas dan dibawah video yang ditayangkan.

Selain daripada format yang berbeza, gambar yang dipaparkan oleh set HDTV adalah lebih jelas dan lebih menyelerakan. Ini adalah kerana HDTV mempunyai resolution yang lebih tinggi berbanding dengan Set TV biasa, set TV biasa hanya mempunyi resolution atau kepadatan sebanyak 625 lines, HDTV pula mempunyai kepadatan sebanyak 1080 lines. Lebih banyak lines maka lebih terserlah gambar yang dipaparkan. Ini membuatkan gambar yang dipaparkan lebih tajam walaupun TV kita bukan berjenama Tajam.

HDTV ini sebenarnya boleh digunakan untuk disambung kepada komputer tanpa perlu membeli peralatan untuk mengubah isyarat daripada komputer ke TV seperti yang perlu dilakukan sekarang. Ini adalah kerana HDTV sebenarnya adalah sebuah skrin komputer yang besar yang diubah kepada skrin TV. Kos Set HDTV ini sebenarnya tidaklah mahal jika dibeli terus dari Kilang tanpa jenama, namun kos pengangkutannya yang tinggi. Ini adalah kerana ruang yang digunakan adalah besar.