Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Blog Anti-Islam?Anti-Malay?

Pagi ini saya telah melawat blog syazelle dan tertarik dengan komen dari Habib mengenai blog dan islam (maaf, tajuk post syazelle bukan nie ya)

Saya petik komen beliau:

?Assalamualaikum fellow bloggers,
syaz dah promote blog member2 dier,sayer ni dier tak anggap member pon,x pe la,
anyway sebagai pengunjung setia blog ni, saya bukan nak promote blog,tapi nak bagi tahu tentang salah satu blog yang diwujudkan bagi menyemai idea menghapuskan kewujudan ISLAM di muka bumi ini.Kandungannya agak melampau.Penuh dengan racism dan hatred.
Ader jugak mereka kutuk negara kita malaysia pasal isu murtad Lina Joy.
Mereka ini sebenarnya yang perlu kita bendung.Mereka mengaku konon penganut setia agama Kristian dan Yahudi serta menghina Nabi Muhammad dan Allah.
Tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan apa yg terkandung dalam agama Kristian,mereka lakukan seks di luar nikah dan bunuh orang sesuka hati.
Mereka ini menggunakan agama untuk menyemai kebencian.
Blog ini sangat bahaya kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam.
Mereka dengan begitu cerdiknya mempersoalkan kepincangan yang berlaku dalam umat islam hari ini.
Mereka mempersoalkan kemiskinan,seruan jihad daripada Tuhan untuk menentang kafir dan pelbagai lagi masalah yang melanda umat Islam.
Saya menyeru kepada anda dan diri saya sendiri supaya kita muhasabah balik apa yang berlaku sekarang ini kepada umat islam.
http://pedestrianinfidel.blogspot.com/

Saya juga nak memperkenal anda kepada satu blog anti-Melayu yang dibuat oleh Cina.Memang saudara akan lagi sakit hati kalau baca
http://maobi.blogspot.com/ ?

Apabila melawat blog yang diberikan oleh habib iaitu http://maobi.blogspot.com/ dan http://pedestrianinfidel.blogspot.com/, timbul perasaan marah dan geram pada perasaan saya. Ya, sangatlah marah!

Namun saya baca satu persatu post terutama diblog maobi kerana blog tersebut ditulis oleh orang Malaysia sendiri tetapi cina. Dan bila diperhatikan dibahagian komen blog tersebut, tertera nama murtad_girl. MasyaAllah, lihatlah betapa beraninya dia!

Saya kira golongan sebegini sukar diubati lagi. Bila ada blog yang saya lawati menjatuhkan Islam, InsyaAllah saya akan post kan komen tetapi bila terjadi perang mulut maka saya gunakan konsep ?Aku dengan agamaku, kamu dengan agamu?

Hal ini juga menyedarkan saya bahawa penggunaan blog pada masa kini juga boleh mendorong kepada hal-hal yang tidak elok. Ini berbalik kepada konsep, niat dan cara. Niat kita hendaklah ikhlas,benar dan wajib juga menggunakan cara yang betul.

Blog boleh menjadi senjata kepada golongan kafir tetapi jangan lupa bahawa kita, orang Islam juga mampu berbuat demikian. Caranya?

Saya berpendapatan perlu wujudnya satu ruangan khas disetiap blog untuk sembang isu semasa dan diletakkan isu mengenai isu-isu keIslaman atau isu semasa tidak kira apa-pun konsep blog: tidak kira blog anda adalah blog tutorial, blog bisnes, blog video mahupun blog bergambar. Apabila jumpa sahaja post berkaitan, terus reply diblog sendiri menggunakan fungsi backlink(jika blogspot). Beri ruang kepada anda bersuara. Saya tidak menggalakkan komen diblog tersebut kerana dengan satu klik, komen anda boleh terpadam.

Timbul juga kesedaran di hati saya untuk menyertai komuniti blog islam. Saya pasti ada dan saya akan cari, inikan dunia serba canggih. Jika tidak mampu berikan komen sekalipun, saya akan baca post mereka. Itupun jadilah.

Bagaimana dengan reaksi anda?