Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Bahana Shisha - Shisha 400 Kali Lebih Bahaya Berbanding Rokok (Bahagian 2)


Antara 45 minit sehingga satu jam, itu tempoh purata yang dihabiskan penghisap shisha pada satu-satu masa. Tapi tahukah anda, tempoh itu bersamaan menghisap 50 hingga 70 batang rokok?

Ikuti bahagian kedua laporan "Bahana Shisha" bersama Siti Khadijah Jaafar.

Berbanding rokok, shisha menggunakan jumlah tembakau yang banyak. Tidak hairanlah kandungan nikotin, karbon monoksida dan bahan kimia lain, berkali ganda tingginya.

Dr Sallehudin Abu Bakar/Pengarah Kesihatan DBKL
"Kita boleh tengok dari segi asap yang dihasilkan oleh penghisap shisha itu sendiri bahkan dia boleh memenuhi satu ruang kita boleh nampak jadi karbon monoksida ni kita tau kesan dia kepada kesihatan iaitu dari sifat kimia karbon monoksida yang bercompete dengan hemoglobin badan untuk mnerima oksigen."

Siti Khadijah Jaafar/sitikhadijah@tv3.com.my
"Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO menyatakan penghisap shisha menyedut 50 hingga 200 sedutan dalam masa 20 hingga 80 minit dan dianggarkan sebanyak 0.15 hingga 1 liter asap disedut."

Kanser mulut, paru-paru, dan kecatatan janin - antara yang menanti. Berkongsi paip shisha juga boleh menyebabkan jangkitan kuman serta risiko penyakit tibi.

Selain aspek kesihatan, amalan menghisap shisha turut mendapat perhatian dari sudut agama. Kajian mengenai hukum amalan ini sedang dijalankan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM.

Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz/Pengarah JAKIM
"Dari segi label hukumnya samada dia makruh atau haram tapi makruh atau haram dalam konteks ini sebenarnya bukan persoalan penting persoalan semangat syariah ialah dia membawa mudarat, memang benda mudarat ditegah samada pada tahap makruh atau pada tahap haram. Makruh ni benda yang Allah benci, Allah tak suka jadi mesti kita elak."

Sehingga kini, Melaka dan Kelantan mengharamkan penggunaan shisha secara terbuka.

Credit:TV3