Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Preview Hikayat Merong Mahawangsa


"Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional.

Dan dari situ terhasillah filem epik, "Hikayat Merong Mahawangsa" yang dihiasi dengan karakter mistik, kuasa ajaib dan efek yang realistik. "Hikayat Merong Mahawangsa" menceritakan perjuangan "Merong Mahawangsa" dalam menyelamatkan Puteri China dan disatukan era dari Timur dan Barat.

Filem yang diarahkan oleh Yusry KRU dan dilakonkan oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umie Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Sebelum tu mari kita nonton trelernya!