Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Perebutan Gelaran Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 Masih Sengit


Salam sejahtera..

Lagi berita pasal bola sepak Piala Suzuki AFF 2010.Memang best ulas pasal bola nih..Juara Piala AFF 2010 akan ditentukan malam ini,29 Disember 2010.

Final kedua ini juga akan menjadi perlawanan terakhir buat kesemua 22 pemain atas padang untuk meraih gelaran penjaring terbanyak.

Penyerang Malaysia,Safee Sali setakat ini masih memegang gelaran penjaring terbanyak dengan jaringan sebanyak 4 gol.

Di belakang Safee,letaknya pemain Indonesia,hristian Gonzales yang menjaringkan 3 gol.

Pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil,Safee menjaringkan du gol pada minit ke-61 dan 73.Dan dua lagi jaringannya pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Vietnam juga di Bukit Jalil pada 15 Disember lalu.

Gonzalez pulak yang asalnya dari Uruguay menjaringkan sebayak tiga gol setakat ini.Satu gol dijaringkn ketika Indonesia mengalahkan Malaysia 5-1 pada perlawanan pertama Piala Suzuki AFF 2010,1 Desember lalu.

Dua golnya yang lain dijaringkan sewaktu menetang Filipina di separuh akhir,Masing-masing satu gol di separuh akhir pertama dan kedua.

Sementara itu,dua pemain Malaysia telah menjaringkan 2 gol iaitu Mohd Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha.Manakala Indonesia menerusi irman Utina, Bambang Pamungkas, M Ridwan, Arif Suyono, dan Irfan Bachdim.

kalo seri malam nih..tentu la pemain Malaysia,Safee Sali yang menjadi top scorer edisi kali nih..bangga aku!!!